tag:blogger.com,1999:blog-33808601410928331972024-03-05T14:24:30.763+08:00:::Cahaya Hijrah:::"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.comBlogger413125tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-12581194600016915242022-11-14T23:30:00.001+08:002022-11-14T23:30:04.768+08:00Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and LearningAssalamualaikum dan selamat malam.

Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.

Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.

Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya.

Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.

Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two.

Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.

Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology. Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi.

1. Sincerity, deep faith & taqwa.

2. High specialisation & intellectual.

3. Well-read in Islam as a religion and a worldview.

4. Should be movement-oriented and down to Earth in his Islamic studies.

5. The image of the Islamiser about himself anda his abilities.

6. The ability to creatively integrate.

Done, copying.

Well, bagi aku buku ini 7.5/10. Aku melihat ada penambahbaikan yang benar-benar mendukung tajuk buku ini sendiri kelak. Bagi setiap pelajar psikologi terutama Muslim, sebaiknya memiliki naskah ini sebagai rujukan.

Wassalam.
Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-57310180794982809902022-06-28T12:35:00.001+08:002022-12-10T09:08:23.046+08:00Kerana sudah lama tidak menulis, tulisan ini aku unggah

Di dasar sungai itu, sekumpulan ikan sedang berenang.
Entah sejauh mana sudah mereka dibawa arus. Pun begitu hidup diteruskan.

Di setiap persinggahan, hidup bukanlah sekadar bernyawa. Ada ceritanya. Likunya. Deritanya. Bahagianya.

Ada persinggahan yang tempatnya indah. Batu-batuan sungai, air yang jernih serta tumbuhan yang saling menyokong di tebing. Kerana mereka tidak bisa memilih, kadang-kadang terdampar mereka di kali yang habitatnya bukanlah kehidupan. Ianya ujian. Cobaan.

Arus akan terus membawa pergi dan ada yang mengakhiri perjalanan sebelum sampai ke muara sungai. Cerita tentang tumpas dan tewas. Padahal ia adalah kehidupan. Setiap yang bernyawa punya benang jangka hayat. Panjangkah? Atau sesingkat mana peluang yang ada? Semuanya itu adalah rahsiaNya.

Kumpulan ikan tadi tidak pernah diam diburu, mata kail yang sering menggoda. Atau mungkin juga riuh komuniti memerang. Atau pukat yang berupa jernih. Atau diracuni saja tanpa peduli.

Oh, arus ini menyeru lagi. Selamat tinggal ibu. Selamat tinggal ayah. Di mana ibu? Di mana ayah?
Sampai waktunya tinggal kita dan arus. Sukakah? Atau dukakah yang menunggu di perhentian nanti?
Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-24919837830046187002021-11-21T23:39:00.001+08:002021-11-21T23:39:50.091+08:00Sungai Melubok, KinabatanganAssalamualaikum dan selamat malam.

Pada tahun 2019, saya dan beberapa orang rakan sekerja hendak menuju ke Kampung Kuamut. Kedudukan tempat kerja kami terletak di sempadan Hutan Simpan Malua.

Sekiranya kami merentasi Hutan Malua dan Sungai Melubok, maka sampai lah kami ke Kuamut. Namun, pada ketika itu, air sungai banjir menyebabkan kami terhalang untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Kemarin, sekali lagi saya dan kumpulan rakan sekerja yang berbeza pula kali ini mencuba nasib untuk merentas ke Kuamut tapi tetap juga tidak berjaya. Airnya sudah cetek tetapi masih belum bisa dilalui oleh kenderaan untuk menyeberang.

Pada kesempatan itu, kami pun mengambil keputusan untuk beriadah sebentar. Subhanallah sungguh indah ciptaan Allah.

Untuk lebih lanjut, saya ada merekod video dan gambar sebagai kenang-kenangan kami dan saya abadikan di laman YouTube saya. Tolong klik di sini untuk menonton - https://youtu.be/rMIGo3uVqVY

Saya tidak memaparkan foto-foto di sini kerana pada saya blog adalah wadah dalam bentuk penulisan. Cukuplah satu gambar ini mewakili.

Sebagai rujukan pengalaman peribadi, saya pernah bercuti dan beraktiviti di sungai beberapa kali. Tetapi Sungai Melubok menduduki tempat pertama di hati saya sekarang. Mungkin faktor alam yang terpelihara menyebabkan ia tampak dan secara lahiriahnya sempurna. Sungai ini belum dijentik oleh tangan-tangan manusia. Tiada komersil hanyalah penghubung dan persinggahan sebentar orang yang lalu.

Keluasannya, batu-batu sungai, kesegaran airnya, udaranya.. Semuanya benar-benar alami. Amat berharap agar keindahannya ini dikekalkan.

Sungai Melubok merupakan salah satu sungai kecil yang alirannya menuju ke Sungai Kinabatangan, jika hendak dibandingkan dengan sungai-sungai lain yang berhubung dengan Sungai Kinabatangan, Sungai Melubok adalah yang terbaik. Di tempat kerja saya ada satu lagi sungai yang berhubung dengan Sungai Kinabatangan, Sungai Malua.

Tetapi Sungai Malua tidak luas, dan agak dalam tidak sesuai dijadikan tempat untuk berekreasi kerana ada buaya berkeliaran.

Sebagai penutup kepada artikel kali ini, seberapa jauh pun keinginan kita untuk lebih maju ke hadapan, ternyata masa depan yang terbaik adalah kembali kepada alam. Ketika hidup mahupun mati, alam sentiasa menunggu kita.
Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-77395657799532933822021-11-11T00:01:00.001+08:002021-11-11T00:01:16.064+08:00Bukan Pasar MalamAssalamualaikum dan selamat malam.

Bukan Pasar Malam merupakan cerita paling dekat untuk diteladani meskipun latar masanya berlaku sekitar pascakemerdekaan Indonesia.

Berwatak utama, "aku" yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menjenguk ayahnya yang sedang sakit tenat. Melalui novel ini, pembaca sedikit demi sedikit dikisahkan tentang keperibadian ayahnya dan jalur hidupnya melewati beberapa fasa seperti pendudukan Belanda, zaman gerilya dan pascakemerdekaan,iaitu, ayahnya sebagai seorang pejuang revolusi.

Masih banyak karya Pramoedya yang belum kubaca, tapi kurasa pendekatan buku ini dari mula menghampiri titik penamat, ia bersifat peribadi. Ada unsur-unsur religi meski tidak terlampau mendalam tetapi cukup untuk memberi ingatan tentang kematian.

Temanya agak melankolik atau lebih tepatnya suram kerana ia berkisar tentang ayah yang sakit di ambang kematian. Ini ditambah lagi dengan kondisi kedaifan keluarga watak peran utama, desanya dan sepanjang jalur perjalanannya pulang ke kampung. Itu terasa amat suram. Bagiku, walau terbawa sedikit depresi, tapi itulah kemampuan Pramoedya untuk menarik pembaca masuk ke dunia penulisannya.

Tetapi, seperti karya Pramoedya di buku lainnya, dia tidak pernah sepi dengan kata revolusi, politik dan nasionalis. Dalam buku ini, meski nampak peribadi tapi ada sindiran-sindiran halus diukirnya. Ini semakin tampak jelas ketika watak ayah telah meninggal dunia di mana datang seorang tamu baru yang mengatakan kepada "aku" bahawa ayahnya gugur di medan politik.

Sebagaimana sepanjang buku sering diungkap ayah pernah berkhidmat sebagai seorang guru, pengawas sekolah dan selepas kemerdekaan diberikan jawatan besar tetapi ditolaknya, peranan-peranan ini sudah dimaklumi oleh "aku". Ungkapan tamu baru tadi bahawa ayah pergi kerana kekecewaan, kenyataan itu mengejutkan "aku" kerana sesungguhnya tiada siapa yang dapat menduga perasaan yang terpendam di lubuk hati ayah.

Pada aku, babak ini adalah turning point sekaligus titik persoalan utama meski sedikit pengembangan ayatnya. Maksud lainnya, Inti utama buku ini.

Di sini, aku temukan persamaan titik persoalan yang menjadi topik utama penulisan di antara Pramoedya dan Soseki Natsume dalam penulisan mereka. Pada era kedua-duanya, perubahan zaman telah banyak mempengaruhi penulisan mereka dan ini ternyata agak manusiawi bagiku.

Rasa kekecewaan selepas revolusi terhadap masyaraktnya. Baik dari kesepian kerana individualis, kerana sendiri memperjuang bangsa. Ya, kalau dfikir-fikir, orang beranggapan perjuangan itu cuma terkait penjajahan dan perang walhal pascakemerdekaan masih banyak yang perlu diperjuangan untuk bangsa.

Rasa kecewa yang dipendam yang mematikan.

Buku ini masih relevan pada zaman ini, lebih-lebih lagi sindiran halus terhadap "orang-orang besar" yang hanya asyik dan sibuk mengurus dan memperkaya diri sendiri. CUMA, masih WUJUDKAH SEORANG YANG BERPERAN SEPERTI WATAKNYA AYAH? Seorang pejuang revolusi, seperti apa agaknya revolusi orang sekarang..

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-41345817326508145472021-05-15T21:54:00.001+08:002021-05-16T09:12:50.796+08:00Timun JepunAssalamualaikum dan selamat malam.

Hampir setahun tidak mengolah ayat di sini. Selalu ada tetapi setahun dua ini terlalu banyak yang terjadi dan masih banyak yang perlu dipelajari.

Bagaimana dengan kalian?

Ya. Kita berjuang dengan kehidupan masing-masing. Semoga semua yang dipertaruhkan adalah yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita.

Kembali ke asal, setahun dua ini terlalu sulit untuk memujuk hati. Ketakutan, insecure, anxiety, bermacam rasa bergolak dalam jiwa, dan aku memilih untuk menanganinya dengan mencipta/mengulang memori sewaktu kecil. Besar harapan, itulah cara untuk mengenyahkan segala unsur negatif...

Menanam amat sinonim dengan keluarga kami kerana bapa lazimnya begitu. Cuma tidak pernah terlibat secara langsung. Pengalaman dan ceritanya ada tapi bukan menulisnya. Bapalah yang berpengaruh besar tentangnya dan kini aku dan mak, kami masing-masing berusaha untuk mencipta suasana itu kembali.

Berbanding dengan mak, aku agak terumbang ambing.. Tetapi semuanya mengarah satu inti hidup bahawa, dengan niat untuk menanam itu sendiri memberikan aku seribu macam pengharapan.

Aku tidak akan banyak berbicara untuk julung kali tulisan di tahun ini, semoga ada lain kalinya untuk memperpanjang tulisan. InshaAllah.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-21451520165903075052020-07-07T18:59:00.000+08:002020-07-07T19:05:46.598+08:00Something to listen to (my current lists)

Assalamualaikum dan selamat malam.

Ingatkah satu ketika dahulu, ketika idea menulis dan semangatnya tidak bersatu, aku selalu mencari ruang baru agar tetap terus menulis. Sampai sekarang aku masih belum move on bahawa Yonder Music dibawah seliaan Celcom sudah lama ditamatkan khidmatnya.

Aku tanpa paksaan terpanggil untuk berkongsi kecenderunganku terhadap aplikasi itu dahulu . Serius, sesuatu kesempatan yang terbiar... Semoga aplikasi itu bisa dimajukan semula. Aku pasti akan menjadi pengguna setia ya.. Sungguh!

Semenjak Yonder Music sudah tiada, aku cuma bergantung kepada aplikasi YouTube sebagai media halwa telinga.

Berikut adalah senarai terbaruku bagi bulan Julai 2020. Untuk senarai lagu sebelum tahun 2020, mungkin boleh rujuk entri terdahulu. Cubalah luangkan masa, mungkin ada beberapa lagu yang memikat hati dan pendengaran kalian.

1) Yoon Jiyoung - Shame

Aku agak pemilih bila terkait penyanyi perempuan. Tapi Jiyoung ni, aku rasa suara dan tune lagu ini seiring menyebabkan aku tidak berfikir panjang untuk meletakkannya dalam senaraiku. Cuma, cubalah liriknya punya terjemahan, mungkin ia lebih memudahkan aku untuk menyusun entri kali ini. (?)

2) Sik-K - Darling (feat Crush)

Aku yakin Sik-K merupakan antara artis yang lagunya sentiasa dalam rekomendasiku. Boleh rujuk entri senarai Yonder Muzik yang aku tulis sebelum ni. Pertama kali dengar Darling ni aku senyum sendiri. Perasaan tu kan, macam real, penantian kepada si dia peneman hidup yang tidak tahu bila berkunjung tapi excited betul. Hahahahaha oh Darling! Walaupun Sik-K popular dengan auto tune, aku tetap utuh menjadi peminat setia nyanyiannya.

3) Lim Young Woong - Trust In Me

Pertama kali dengar lagu ni tanpa translasi, aku sebak. Melankolik yang memberi pengharapan, seperti tajuknya. Misal kata rentetan daripada pencarian tadi (lagu Darling) , kronologi sekarang, sesuatu yang selama ini dicari adalah peneman perjalanan yang mana, kita memerlukan seseorang sebagai sandaran suka dan duka. Itu tafsiranku untuk lagu ini dan masih lagi dengan prinsip untuk tidak mencari terjemahan liriknya. Mahuku abadikan rasa sebak itu selama yang ku mampu.

4) Eunji Apink - Aloha (cover)

Lagu asal oleh Cool dan ia juga merupakan OST bagi drama Hospital Playlist. Manis yang amat. Romantis. Pada kepercayaan untuk Sama-sama menempuh hari mendatang.

5) Jooyoung - Here We Are

Tidak semua indah dalam perhubungan. Masih kukenang drama Find Me In Your Memory, bagaimana menempuh hari menuju destinasi yang sama dengan perbezaan yang masing-masing punya. Apakah saling mendukung atau melepaskan atas alasan demi kebahagian yang satu pihak lagi. Aku pun dilema.

6) Hoppipolla - Enough

Selalu ego hadir saat kita perlu belajar mencintai. Dan selalu saja peluang yang disiakan akan berakhir dengan penyesalan kerana gagal menghargai. Rasa ingin kembali tapi semuanya sudah berakhir. Ini translasi lagu ini bagi aku.

7) Bandage - Invisibles

Aku suka suara vokalis ini. Serius. Band ni punya lagu terbaru tapi aku lebih menyukai lagu mereka yang satu ini. Post broken relationships. Inilah yang aku rasa. Terlalu banyak hal yang tidak terlihat pada satu-satu perpisahan.

8) Shin Seung Hun - Like The First Goodbye

Kalau tengok mv lagu ni, lepas tu dengar time hujan-hujan.... Sedih sungguh! Sampai aku yang bukan dalam relationship pun terikut merasa heart break. Nama juga penyanyi legend.

9) Ash Island - Error (feat Loopy)

Aku suka semua tentang lagu ini. Penyanyi kedua selepas Sik-K yang menggunakan Autotune yang aku suka. Aku pun nda pasti kalau sebelum ni aku pernah kata yang aku merupakan peminat Loppy, bagi aku range suaranya unik. Saking minat terasa singkat Benar lagu ini.

10) Onestar - Hello

Pertama kali mendengarkan suara Onestar, aku terus terpukau. Dan syukur juga ada translasi lagu, aku sentiasa berharap agar pada setiap penghujung perhubungan akan berakhir seperti mana yang dinyatakan dalam lagu ini. Semoga, satu hari nanti apabila kita bertemu semula, anggap saja kita tidak kenal dan semoga yang kamu temui bukanlah aku, dan sapalah, hello.. Anyyeong.

11) J_ust - WILL Be Happy

Dengar malam-malam ni boleh nangis. Sedih oh. Terasa dekat kisahnya dengan diri.

12) LUCY - Flowering

Aku suka band ni sebab ada violin.

13) Junny - THANK YOU

sangat rekomen lagu ini dan lagunya yang lain untuk didengar.

Sekian. Panjang pula ni entri.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-56792121593300269292020-05-23T22:26:00.000+08:002020-05-23T22:30:13.899+08:00Find Me In Your Memory | Temukan Aku Dalam Memorimu

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Entah keberapa kali sudah kukatakan bahawa aku akan sentiasa menulis, memperbanyak perkongsian, tetapi selalu saja berakhir dengan mengejar dunia kerja yang tiada kesudahan.

Apabila melihat penulisan yang sebelum ini, aku merasakan aku yang sekarang ini terlalu kosong. Buat sekian kalinya juga, aku mohon apologi sangat-sangat kepada mereka yang belum sempat aku balas komennya. Saat aku membaca komen yang ditinggalkan, yang selalunya berisi persoalan, aku bertanya kepada diri sendiri "apa mungkin detik ini masih diperlukan jawapanku...seberapa jauh aku ketinggalan kepada rentak blog ini? atau akukah yang terlalu cepat berlalu?

Baru-baru ini, aku menerima notifikasi di laman muka buku iaitu namaku disebut dan beberapa rakan yang lain oleh rakan seperjuangan perihal beberapa episod semasa zaman belajar dulu, di UIA. Aku tercengang, kerana memori itu sudah pudar dari ingatanku. Aku ketawa sendiri bila mengenangnya kembali. Tapi kendur senyumku bila menyedari berapa banyak lagi memori yang sudah semakin terlupakan.

Sebelum memulakan penulisan ini, aku bercadang hendak memasukkan gambar sebagai pengiring entriku, sedang memilih foto milikku, aku periksa entri sebelum-sebelum ini khuatir kalau-kalau sudah dipaparkan dan sesekali mataku menangkap cerita-cerita yang aku kisahkan.... secara tidak langsung, kenangan tentang yang kukisahkan dan ketika menulisnya kembali berputar di layar memori.

Aku katakan....

Alangkah bagusnya aku kongsikan detik-detik yang hendak aku simpan di ruangan ini bersesuaian dengan antara matlamat blog ini aku wujudkan. Mengenal dari mana Laila Hijjera yang kini utuh memperjuangkan hari-hari... meski, sudah terdampar dan tidak tahu apa mungkin masih bisa diberitakan kepada angin lalu bahawa, inilah aku, Laila Hijjera. Tapi pastilah aku masih bangga masih bisa bertahan dengan melalui hari-hari kelmarin. Biar sudah acap kali terjatuh, merangkak...terluka... tidak mungkin muda dan ceriaku adalah sama seperti yang aku tuliskan di sini beberapa tahun yang lalu, bulan yang lalu....dan entri ini akan menjadi hari kelmarin saat jam bertukar ke angka 12.

Find Me in Your Memory
Siapa aku dalam memori kalian? Ya, apa kenangan yang aku tinggalkan dalam ruangan kalian. Entahlah kerana aku tidak pernah memikirkan siapa aku dalam dunia orang lain.

Semakin beranjak usia, bulatan sosial yang kita gariskan semakin kecil, kerana yang benar-benar utuh dalam bulatan tadi adalah orang-orang yang ingin kita simpan untuk diabadikan sehingga kita sama-sama lanjut usia. Pengalaman lepas telah mengajarkan berapa ramai yang akan datang dan perginya itu bagai angin lalu. Sepintas masa yang pergi. Terlalu takut menerima orang yang sok sok bagus tapi menikam.. Dan akhirnya kita sebenarnya bermain dengan trauma, memori yang kita anggap negatif.

Tetapi, bila difikir kembali, sok sok trauma ini sedikit sebanyak memberi efek dalam perhubungan kita sehari-hari kerana tidak ingin terlalu meletakkan diri dalam apa pun perhubungan. Walhal, daripada memikirkan yang buruk-buruk, waktu yang dibuang memikirkan demi mengelak dari mencipta memori buruk, sepatutnya aku mencipta lebih banyak memori indah. Kerana hidup tidak akan pernah berada dalam satu situasi sahaja, pastilah ada kenangan indah dan buruk, untuk itu, berusahalah mencipta yang indah-indah.

Aku mungkin bukan siapa-siapa di memori orang lain, namun, masih bisa aku pergunakan masa yang ada untuk menjadi orang yang menghargai setiap pertemuan yang tercipta. Setidaknya, kalau tidak bisa menjadi memori indah mereka maka dengan tidak menjadi memori hitam mereka sudah memadai. Tidak membantu tidak apa asal jangan membebani.

Aku sudah mulai berazam, menjadikan memori sisa-sisa hidup dengan sebaik mungkin.. Setelah berusaha diiring dengan doa, selebihnya adalah ketentuan Allah. Aku sedang mencuba, mencipta memori yang baik-baik sahaja, kerana aku telah memilih untuk melupakan hal-hal yang tidak kuingini.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-24416105920177676582020-04-12T21:40:00.001+08:002020-04-12T21:40:30.999+08:00Umpama Meriwayat Hadith

Assalamualaikum dan selamat petang

Agak lama tidak berbicara di sini. Sesunguhnya banyak hal yang ingin aku suarakan langsung saja ditelan masa. Maka, tinggallah blog ini, sendu.

Tajuk agak lewah dan itulah prinsip yang aku pegang. Semasa berada di semester akhir, ada satu subjek alternatif (bagi specialized Organizational Communication) yang tidak ditawarkan. Atas budi bicara Head of Department kami ketika itu, solusinya aku diminta untuk mengambil satu subjek dari specialized Journalism yang sama level sebagai ganti.

To be honest, aku suka kerja-kerja menulis (sebagai bukti kewujudan blog ini). Walaubagaimanapun, niat itu aku pendam apabila aku pada awal penglibatan di dunia undergraduate, memegang prinsip tidak mengagungkan English (okey, aku terima saja apa-apa tohmahan kalian dengan hati terbuka). Semuanya berakhir apabila aku sudah mula jatuh hati dengan UIAM maka belajar sikit-sikit English boleh la, asal tidak terlibat sangat mendalam seperti memilih Kewartawanan sebagai specialized sebab memang sah-sah hari-hari bergelumang dengan English.

Dipendekkan cerita, aku terjebak dengan membaca (aku jadi gila buku di tahun kedua kalau tidak silap) dan dunia buku telah memperkenalkan aku kepada tulisan-tulisan literasi Barat. Ini termasuklah karya terjemahan daripada penulis Korea dan Jepun. Begitulah hidup, boleh jadi benci bertukar sayang. Cia cia cia.

Berbalik kepada perenggan kedua di atas, aku ada tulis entri berkenaan pengalaman ambil subjek News Writing ni, masa tu hati aku membuak-buak dek kerana pensyarah berkenaan menolak tajuk usulanku. Topik yang aku pilih bukan pilihan pembaca. Masa tu aku perjuangkan berita-berita yang dikatakan tidak menarik perhatian publik, tapi bagi aku humanis. Masa tu kepalaku mau pecah fikir di mana yang namanya humanis di dunia ni. hahahaha Lewah sungguh lewah!

Entri itu aku tulis pasal monyet. Ya, kalau dia tak jadi seperti si Anjing Hachiko, jangan harap berita pasalnya akan keluar di media/ berita. Aku ada point tersendiri masa tu.

Akhirnya untuk tugasan-tugasan menulis setiap minggu, aku gantikan dengan penulisan berita event yang berlaku di UIAM ketika itu. Adalah beberapa kerat walaupun tiada satupun tembus ke IIUMToday. hahahaha.

Entri kali ni, aku tersentuh/terjentik satu berita yang melibatkan tempat aku bekerja sekarang. Entahlah, sebab aku sudah lama tidak baca berita, mungkin sekarang trend journalist sama macam zaman aku belajar dulu, to attract readers by pointing out humanism aspect.

Aku pun suka penulisan berita yang begini. Aku sangat-sangat sokong, sekurang-kurangnya menarik sifat dan rasa humanis dalam jiwa setiap yang membaca. Kita sudah penat dengan hal kesibukan dunia, bisnes, iluminati, power, hiburan... jadi untuk rehat sebentar daripada kesibukan itu, berita-berita humanis membawa kita pulang kepada jiwa manusiawi. Peh, humanisnya aku.

Tetapi...tetapi lagi, entah berapa banyak kali guna tetapi dalam entri kali ni (tidak bole guna lebih daripada tiga kali perkataan yang sama) ada lapan kali sudah aku guna. Sekejap ya, mau padam separuh tu. Kalau kalian tidak menjumpai perkataan TETAPI kecuali di perenggan ini, bermakna aku sudah memerah otak menukarnya.

Apabila berjaya meletakkan diri dalam tengah-tengah masyarakat (belum sepenuhnya berfungsi sesungguhnya) pandangan aku sedikit demi sedikit mula merubah. Humanis yang aku perjuangkan selama ini seolah tin kosong yang diketuk. Begitulah yang aku rasakan tatkala membaca artikel tadi pagi, ingin sekali aku ajukan wartawan yang menulis berita itu, pernah berada di lapangan ini dan hidup sebagai rakyat marhaen? Pernahkah betul-betul melihat operasi sesebuah tempat itu dengan mata kepala sendiri? Menjadi salah seorang penggerak yang berkeringat di bawah sinar matahari? Bukan kerana meletakkan satu dua kata di layar media sosial tetapi kerana untuk meneruskan hidup. Apabila kamu mendabik memperjuangkan humanis, di sini kami yang bergelumang dengan humanis. Kami adalah subjeknya. Mungkin kami tiada perjuangan yang menayang di mata publik tapi kami lebih humanis dari yang kamu bayangkan.

Umpama meriwayat Hadith, itulah etika seorang wartawan sehendaknya. Kalau setakat mendengar fakta ditambah dengan ayat humanis, jangan terlalu sombong kawan. Duduk dulu sama rendah dengan kami dan lihat sendiri apa kerja-kerja kami.

Saat inilah aku teringat pensyarah yang sama pernah menugaskan kami untuk menulis tentang kebaikan Datin Seri Rosmah Mansur. Bingung campur bengang juga. Lantas pensyarah itu menasihatkan, sejahat manapun seseorang itu, akan ada sedikit kebaikan dalam dirinya. Mungkin tidak sekarang tetapi masa lalunya yang semakin dilupakan kerana siapa dirinya masa kini. Kerana dia juga adalah manusia biasa seperti kita.

Mengakhiri penulisan kali ini, ingin sekali aku katakan, bahawa apa yang kami lakukan di sektor ini, jauh di sudut pendalaman ini, kami punyai kelebihan jiwa humanis kerana bila kamu kata kamu pejuang di balik tabir kata, kami di sini adalah barisan hadapan. Ini adalah sehari-hari kami. Ya, kamu saudari, kalau tidak jumpa di mahkamah manusia, kita jumpa di akhirat kelak, susah juga tu sebab ramai rasa offended dengan penulisan kamu. Jadi seorang wartawan yang baik tapi tidak lewah, boleh kan?

NOTA KAKI: AKU GUNA BANYAK KATA HUMANIS SUAPAYA ORANG TAU AKU INI ORANGNYA HUMANIS.

Sengaja aku tidak letak copyright.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-71025676929024631952020-03-15T23:43:00.001+08:002020-03-15T23:43:04.670+08:00kesempatan yang adaAssalamualaikum dan selamat malam.

Mari kita lanjutkan bicara kita sebelum ini berkenaan mask muka.

Satu hal yang aku sangat suka mengambil iktibar daripada rutin ini adalah, mengambil peluang yang diberi dengan kadarnya.

Disetiap paket mask akan tertulis detik pemakaian yang disyorkan, lazimnya antara 15 ke 20 minit.

Mungkin ada yang berfikiran, 'pakai lama lagi kan bagus...' Lagi pula selepas kadar masa tersebut, mask masih dengan permukaan yang lembab. Yok lanjutkan saja sampai ke pagi biar lebih lekat moistnya..

Tapi, jangan salah tanggapan..sangat perlu ikuti saranan yang tertera kerana selepas waktu yang diberi, segala yang diserap daripada mask tadi akan tersedut kembali ke mask apabila kita biarkan saja di permukaan wajah.

Kata mudahnya, take it while you can.. When it is over, leave.

Begitulah resam hidup... Pada tiap peluang yang ditawarkan pasti ada limitnya.. Pada manusia dengan kebebasannya tapi akhirnya tidak lari dalam perhitungan. Setiap yang dilakukan akan ada imbalannya. Hatta sekecil zarah.

Hidup dengan kadarnya. Berpada-pada.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-67734546391897742832020-03-13T01:19:00.001+08:002020-03-13T01:19:34.011+08:00mencari sedikit masa untuk bahagiaAssalamualaikum dan selamat tengah malam

Bermula awal bulan lepas, aku mencuba untuk konsisten memakai mask pada waktu malam.

Pada mulanya aku hanyalah terpanggil untuk mencuba-mencuba dan akhirnya menjadikan ia sebagai rutin harian.

Aku tiada alasan kukuh untuk berperilaku sedemikian tetapi satu hal pasti, dalam tempoh seharian sibuk dengan hal-hal kerja dan hal hidup yang lain, masih ada sedikit ruang antara 15-20 minit untuk aku luangkan sebagai "me time".

Berbanding dengan komperatif fizikal yang aku alami, aku lebih tertarik kepada sensasi pemakaian mask, waktu yang benar-benar diperuntukkan untuk memanjakan dan memberi aura positif ke dalam diri. Sesuailah dengan kesinambungan menutupi hari dengan jiwa yang ingin berehat daripada perihal dunia.

Aku sedar bahawa untuk seseorang mencapai tahap satisfaksi itu bukanlah mudah. Tidak semua lahir dengan serba-serbi. Aku tergolong dalam kelompok yang punya infinit kemahuan tetapi amat terbatas kemampuan.

Cukuplah dengan kenikmatan sementara yang sedikit ini, asal ada yang lebih baik d sana kelak. InshaAllah.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-16745479384037211602020-03-03T21:06:00.001+08:002020-03-03T21:06:46.204+08:00MemilihAssalamualaikum dan selamat malam

Masi berbicara mengenai minimalis. Ak baru sahaja menerima paket daripada Garden of Eden, serum untuk scar. Mudah-mudahan ianya mujarab untuk mengurangkan kesan parut pembedahan mak.

Sekali lgi menerima pesanan dalam kotak, dan free gift sampel milk cleanser. Aku mengguna semula kotak tersebut dan ketika sedang menyusun barang-barang seharian kegunaan di kotak tersebut, aku terfikir, nampaknya bertambah lagi barangan dalam lists ku.

Aku sedaya upaya hendak mengehadkan pemilikan agar nantinya tidak terlalu banyak attachment. Aku masih dalam proses organize barang-barang... Ada yang perlu aku buang secara perlahan-lahan.

Too much attachment akan membuatkan penyerapan tenaga yang semakin banyak. Banyak yang mahu dikisahkan. Apabila kita membawa apa yang kita perlu sahaja, destinasi yang hendak dituju itu akan semakin jelas. InshaAllah.

Kerana hati tidak terpaut pada satu-satu perkara yang bercabang-cabang. Bersimpang siur.
Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-73836418149084180312020-02-28T22:07:00.000+08:002020-02-28T22:07:24.521+08:00menuju hidup minimalAssalamualaikum dan selamat malam

Selepas melewati beberapa episod tenggelam dalam dunia materialis, aku segera kembali ke pangkal matlamat yang kuhasratkan bermula pada tahun ini iaitu meraih status sebagai seorang minimalis.

Apabila aku mengemas bilik dan melihat bilangan pemilikanku yang kadang berkurang dan pandai pula bertambah, aku menjadi kaget menyedari bahawa nafsu seorang manusia benar-benar tiada sempadan.

Aku tidak tahu kalau ini berkaitan, tapi Garden of Eden sedikit sebanyak membawa aku ke arah minimalis.

Aku mengenal produk ini pada tahun 2015, dan kembali menjadi pengguna yang aktif pada tahun lalu. Apabila aku mula sedar bahawa biar menjaga yang asas daripada perlu berlebih-lebih dalam aspek berhias.

Walaupun aku tidaklah dalam kategori yang bisa memberi pandangan mengenai satu-satu produk, tetapi membandingkan kondisi kulitku yang dahulu dengan yang sekarang, ternyata ada jugalah perubahannya dan aku percaya sekali kalau produk Garden of Eden itu adalah salah satu daripada cara/jalannya.

Aku belajar untuk konsisten/istiqamah dalam satu-satu perkara kerana tidak semua akan berubah dalam masa yang singkat. Ketika hendak mencapai satu-satu matlamat adalah penting untuk mempunyai satu garis panduan yang jelaa sebagai contoh dalam hal ini aku memilih untuk "go natural" dengan meraikan produk-produk yg menjagai alam dan memanfaatkan alam.

Setakat ini, aku paling suka semua jenis serum Garden of Eden. Dan cream dia pun, aku rasa paling cepat tunjukkan tindak balas.

Satu hal yang paling aku suka apabila purchase barang di laman web mereka adalah dengan mendapat balasan emel daripada staf mereka. Aku lupa satu nama staf tu, tapi dia paling rajin balas emelku. Hopefully lepas ni bole ingat nama dia, sebab bukan senang sebenarnya hendak puaskan hati pelanggan. Tapi dia berjaya buat aku rasa seperti dihargai dan diraikan.

Btw, aku suka sabun homemade, free gift yang aku terima seperti yang tertera dalam gambar di atas. Aku sampai search hendak tanya kalau ada di jual d mana-mana. Kemudian, aku tersedar bahawa aku masih punya refill sabun antabax yang belum terusik. Sepertinya, aku perlu melewati 3 bulan lagi sebelum memikirkan homemade mana perlu aku purchase. Ya, demi kerana menuju hidup seorang minimalis!

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-5414031023448141122019-12-27T14:27:00.001+08:002019-12-27T14:27:23.170+08:00Terima KasihAssalamualaikum dan selamat petang.

*sebelum memulakan entri, mohon apologi seandainya penggunaan kata 'aku' kelihatan kurang elok kerana aku dibesarkan dengan pembawaan kata ganti diri pertama begitu. Kerana aku tidak mahu canggung di halaman sendiri.*

2) Menyambut hari lahir dan kek

Menyambut hari ulang tahun kelahiran bukanlah kebiasaanku. Tetapi julung kalinya aku meminta untuk dibelikan. Selepas jemu menyuruh atau mungkin juga agak memaksa Jobert, aku pun memasuki fasa pendam sendiri. Tatkala itulah Jobert memberi kejutan dengan sebuah kek berperisa Red Velvet.

Aku tidak tahu cara untuk mengekspresi emosi dihadapan orang lain. Perasaan menghargai, terlalu asing kerana we tend to think, that's the way thing should works. Itulah perjalanannya. Sebaliknya, ekspresi marah dan kecewa seringkali terpampang kerana merasakan bahawa ia sesuatu yang negatif untuk kita lalui. Apatah lagi apabila ia berpunca daripada orang lain. Menyingkap peristiwa selepas impian tercapai dibelikan kek, aku fikir aku akan merasa bahagia. Walaupun sebenarnya aku memang tidak berharap pun untuk dibelikan, sebab perkara tersebut agak canggung. Pernah Masnah dan Zahrah belikan kek, aku merasakan serba salah kerana mimik wajahku ketika itu, mereka kata seumpama tidak berminat dan tidak ingin diraikan. Itu memang persepsiku. Namun baru-baru ni aku tersedar, antara;

a) jarang meraikan diri sendiri

b) tidak mendambakan untuk dirai

c) menyiakan penghargaan orang lain

Ya, jangan pula kamu fikir negatif tentang aku. Hahaha. Persepsi dan pandangan yang aku dukung hasil daripada pengalaman dan pelajaranku. Sebab itu perlu melibatkan lagi diri dalam masyarakat. To gain and learn something.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-61705378905501211672019-12-22T22:26:00.001+08:002019-12-22T22:34:14.803+08:00Meraikan angka 28

Assalamualaikum dan selamat malam

Menulis merupakan agenda penutup hari, setiap pagi kuniatkan sebegitu. Tetapi selalu dicemburui dengan tugasan, membawa balik kerja adalah perkara yang ingin sekali saya singkirkan dalam senarai harian.

Selepas melewati ulang tahun kelahiran bulan lalu, tidak banyak kelainan.

1) Kucing yang imut

Sekarang saya tinggal sebilik dengan seekor meow yang kecik. Betina, umur tidak dapat dikira... mungkin belum matang 5 bulan. Namanya, Kecik. Kerana bila kami jalan berpapasan, saya perlu melihat kebawah- sebawah-bawahnya khuatir terpijak badannya yang kecil itu.

Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan mengenai si Kecik. Bermula dengan hari dia pertama kali duduk menyelimuti diri di hujung pagar rumah dengan bulunya yang serba kembang dan serabut. Kata Chong, seperti ulat bulu. Ia bukanlah muqaddimah yang seindah begitu, ketika dia saya temukan hanya hasrat di hati untuk menjaga makan dan minum. Usai diberi keperluan saya pun menyimpannya di luar rumah. Ditakdirkan, suatu hari anjing-anjing tidak bertuan telah menyerangnya yang akhirnya mengakibatkan kedua belah kaki belakangnya perlu diheretnya. Kak Fitri yang merupakan jiran kami telah menyapu minyak batu di kawasan gigitan tadi. Saya pada ketika itu baru kehilangan bertimpa-timpa. Sehinggakan timbul rasa trauma untuk mencari teman bulus lagi. Dua hari berlalu dan dia masih menyelimuti dirinya di beranda rumah Medical Assistant kami.

Ada meow di hadapan pintu. Saya pastilah merasa terkejut kerana setahu saya kucing tersebut tidak mampu untuk bergerak kemana-mana kesan dari luka yang besar itu. Dia muncul di muka pintu dengan suara dan badan yang imut. Saya pelawa dia masuk. Sekali lagi dia menyelimuti diri di pinggir katil. Sehari berlalu. Tiada dia jamah apa-apa hatta air setitik. Hari kedua dia masih diam di tempatnya. Hari ketiga dia dengan meow kecilnya, menjamah sedikit mengalas perut. Genap seminggu dia ekori saya dengan jalan yang jengket-jengket. Saya ajari dia makan di tepi pintu belakang, bahagian dapur rumah. Ketika saya pergi kerja, saya kurung dia di kandang kucing yang sedia ada. Dia membuang air nombor satu dan dua di situ. Maka, bermulalah episod saya membasuh kandang kucing tiap kali pulang dari kerja. Seminggu berlalu.

Saya mulai membebaskan dia bermain di dalam bilik tanpa perlu dikandang ketika bepergian ke pejabat. Si Kecik sudah pandai masuk ke kandang untuk membuang. Mengambil masa juga mengajarnya untuk membuang di tandas. Sampai pernah saya katakan pada diri sendiri, bersedialah untuk membasuh kandang kucing pada tiap kali pulang dari tempat kerja. Suatu hari, dia pandai sendiri dan saya sedari perkara tersebut dari hari pertama dia datangi sendiri tandas untuk membuang. Setiap hari, ketika bangkit dari tidur, saya akan bergegas ke tandas untuk melihat sama ada dia sudah membuang atau belum, begitu juga ketika pulang kerja. Si Kecik sudah pandai berdikari menjaga dirinya di dalam rumah. Saya bebaskan dia untuk bermain di kawasan dalam rumah kecuali bilik Chong. Apabila saya pulang ke kampung bercuti, dia saya pinta untuk dibebaskan di dalam rumah, dan diberi makan makanan kering kucing dan air dengan pertolongan silih berganti kawan terutamanya Chong. Kadang kami berdua yakni Chong dan saya sedang bercuti, maka Don atau Jobert yang akan tolong beri makan. Hiduplah Kecik dengan dunia kecilnya di rumah ini.

Pastilah saya merasa bangga, punya teman kucing sebijak Kecik. Tapi selalu saya luahkan ke mak bahawa saya khuatir dia bertindak 'mudah tunduk' kerana takut akan dibuang lagi oleh tuannya. Harapan saya cuma satu untuk Kecik, semoga dia dapat hidup seperti seekor kucing. Sebulan kemudian harapan menjadi kenyataan apabila si Kecik sudah mulai aktif dan bermasalah dihadapan saya. Panjat kaki, gigit tangan, usik-usik baju, tudung, dia seperti anak kucing yang lain. Penuh curiousity. Walaubagaimana pun, saya selalu merasa apologi kepadanya, kerana kebebasan tidak dia punya. Anjing-anjing tidak bertuan masih berkeliaran di kawasan perumahan kami. Terlalu sedikit masa saya biarkan dia bebas di luar rumah. Pernah saya cuba untuk memberi dia ruang explore dunia luar, sayangnya dia merupaka seekor yang hyperaktif. Sebelum kakinya laju memanjat batang-batang pokok sena di tepi jalan perumahan itu, pantas saya tangkap badannya dan mengurung di dalam rumah.

Setiap kali kawasan perumahan menjadi riuh kerana didatangi pekerja atau pekerja sedang lalu-lalang ke pejabat ladang, Kecik sering ,memerhati dari tingkap rumah. Dua kaki hadapannya menginjak di tingkap ketiga dari bawah. Lama. Dia memerhati. Selain itu, rutin keduanya memerhati dari tingkap bilikku. Terutama pada waktu hujan.Saya pastilah merasa sayu. Mungkin ketika dia memerhati dia membayangkan bagaimana berlari-lari di celah rumput yang sedang menari-nari sepoi-sepoi bahasa ketika ditiup angin pagi. Kalau ada peluang dia akan menyelinap keluar dan acap kali itu juga saya akan segera mengurungnya di dalam rumah.

Ada hal yang selalu kita anggap perilaku kita buat dia itu demi kemaslahatannya. Tapi bole jadi perkara itu membuatkan dia terluka. Semoga Kecik membesar dengan memahami apa yang saya mahukan untuk dia.Dan semoga saya sedar akan hal yang sensitif dipihaknya pula.

Sampai di sini dulu entri kali ini. Selamat bercuti.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-29291887185461691482019-12-07T22:18:00.001+08:002019-12-07T22:18:51.329+08:00UcapanAssalamualaikum dan selamat malam

Terlahir dalam keluarga yang super simple, adakalanya kami tidak merajai perkataan seperti bertemakan kasih-sayang dan romantis.

Tetapi, selepas kejadian mak sakit, muncul dalam benak, ada kata yang tersekat sebelum ini lebih baik diluahkan.

"Mak, mu isseng mo kadek pak u sayang ki? "

Translasi: "Do you ever know how much I love you, mom?"

Acapkali.

Berulangkali.

Pada waktu yang terlalu sibuk, orang yang selalu kita sakiti adalah orang-orang yang dekat dengan kita.

Dengan harapan, mereka akan memahami dan menerima ups & downs kita.

I am super tamak.

Apabila rasa sedar itu datang, maka bersegera menerangkan.

Komunikasi.

Berusaha menjadi manusia super adil. Kepada diri dan kepada mak.
Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-92067381944391226132019-12-06T23:19:00.004+08:002019-12-06T23:19:47.954+08:00Please Look After Mom

Assalamualaikum dan Selamat malam

Saya telah mengubah tema blog kepada design yang disediakan oleh pihak Blogger, tidak sampai seminit, blog bertukar wajah.

Wah, sungguh tidak cantik!

Kalau ada yang pernah berkunjung ke mari, pastilah yang sebelum ini design tema berdasarkan buah akal saya sendiri, lama juga edit-edit supaya mengikut cita rasa yang diingini. Tetapi semuanya lenyap dalam angka yang kecil. Terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan usaha saya yang berhari-hari itu. Tujuan saya menukarnya, saya tertekan sebenarnya... tiada guna hendak menangis.

Sempena meraikan blog yang super down to earth ini, saya bakal makin rajin menulis. Ya la, blog sudah biasa, malah jarang lagi diisi dengan bahasa, apalagi hendak dipersembah?

Please Look After Mom

Itulah kata yang paling kerap saya dengar pada tahun ini. Kata yang selalu membawa ingatan kepada yang telah pergi, bapa dan adik. Setiap kali kata tersebut dilontarkan, saya seolah mendongak ke atas (saya pun nda tau kenapa perlu mendongak) dan berkata kepada mereka berdua,

"Lihatlah, amanah ini teruntukku. Saksikanlah, kalian, akan tanggunggjawab ini"

1.Pendam

Terlalu banyak hal yang kita persoalkan tetapi ada waktunya kita malah memilih untuk pendam. Sakit yang sering menimpa menjadikan kita manusia super kebal. tidak lut. Tapi di situlah Allah menunjukkan kebesaranNya dengan diperlihatkan keterbatasan kemampuan seorang manusia. Sama halnya dengan mak, sakit yang dirasanya disangkanya sakit perut biasa, walhal sakit itu gara-gara usus buntu.

Suatu malam saya bertanya,

"Tidak pernahkah rasa sakit kuat seperti yang diceritakan orang, mak?"

Dia menggeleng.

Lain malam dia tiba-tiba berkata,

"Aku sudah biasa sakit tidak diperhatikan. Mamak ku dulu mana peduli aku sakit atau sihat. Jadi biar sakit macam mana pun aku tahan saja"

Tiada kata yang dapat saya balaskan.

Oleh kerana itu, saya amat mengalakkan kawan-kawan yang punya masalah untuk bersuara. Sakit, kata sakit. Apabila lapar kata lapar. Masyarakat terlalu memandang sinis pada orang yang "meluah masalah" atau kita boleh kategorikan sebagai "berkongsi rasa". Istilah "minta perhatian" memang wajar kerana orang sebegini sememangnya perlukan perhatian. Tidak banyak pun yang diminta, kadang kata seperti "Kau ok ka?" Pun sudah memadai.

Dalam kita tidak sedar, ada ramai saudara kita yang memilih untuk memendam. Isolasi. Kan bagus kalau kita ini merupakan salah satu sumber mereka untuk berinteraksi?

2. Belajar

Hal yang paling ketara saya lalui adalah proses belajar dari kehidupan. Apapun ilmu, jangkauan yang kita anggarkan, tiada yang bisa menandingi pelajaran langsung dari hidup. Benda bernyawa. Bukan sekadar baca di laman muka buku, salin, tampal dan kongsi. Hidup tidak semudah itu. Be practical.

Semasa mak sakit, seorang eksekutif saya telah kehilangan ibunya. Saya mahu taip.... padam...taip... those feelings... saya pun benci mahu admit kalau saya bilang, :saya tahu tu perasaan kehilangan macam mana, tiada kata satu pun dapat membantu saat begini... tapi siapa saya mahu mengaku-ngaku faham situasi orang lain? Those feelings, adalah rasa yang teruntuk untuk orang yang melaluinya sendiri saja yang tahu, if you ever read this entry,

"Saya ada banyak entri pasal arwah bapa saya selepas beliau meninggal. Masa tu saya masih belajar.Sekarang saya telah bekerja dan sangat jarang menulis tentangnya. Pada waktu yang masih baru lagi ni, tulislah, catat, rakam, rekod...apa sahaja yang bisa menyemadikan kenangan dengan ibu awak. Kita manusia biasa. Semakin hari, macam-macam dugaan yang akan datang. Kadang dalam bahagia pun kita terlupa sudah yang kita missing someone. Apabila rasa down, awak akan terbawa sendiri kepada mengenang ibu awak...sebelum ni saya fikir saya rindu bapa, rupanya kenangan itulah yang menjadi sumber kekuatan untuk lalui hari-hari mendatang dan mencabar. Appreciate those memories".

Sekian saja post untuk malam ini.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-8846560376367272152019-07-10T22:56:00.001+08:002019-07-10T22:56:07.913+08:00Sendiri
Assalamualaikum dan selamat malam.

Aku baru tengok video berjudul "Kodokushi" di chanel ML Studio.

Selama ni, aku selalu laa.. menyapa diri, "alahai sunyinya hidup" hahahaha ... kadang tu sampai tahap nak nangis. Terus throwback kenangan zaman kuliah.. yang kononnya terlalu sibuk sampai tak sempat nak fikir, "eh sunyinya". Kadang kena curi masa hendak menyendiri.

Paling rindu dengan Cua. Hahahhahahahahahahaha. Balik-balik sebut Cua. Ye la Cua je yang mampu tahan dengar kisah aku yang merapu pasal buku, pasal negara, pasal ideologi... hahahahaha selepas bapa aku la.

Kalau dengan mak, aku baru buka mukadimah jak, dia dah menguap. Tak bole nak paksa. Tinggallah Laila dan sendu. Sedih benar bunyinya.

Selepas Cua, aku jumpa Oyen, tapi Oyen sudah tiada. Aduh sedih. Tahap depresi da tapi aku tahu kondisi aku macam mana, so... chill selagi mampu.

Kadang tertanya juga, kenapa semua yang aku sayang-sayang ni ada yang pergi selamanya, ada yang tinggal jauh... lepas tu insaf, tiada milik kita. Lain orang, lain bentuk nikmatnya.. aku, bagi aku, ini ujian yang aku terima. Nikmat yang waktu adanya mungkin aku sambil lewa. Menyesal. Atau mungkin aku sudah buat sehabis baik, tapi masih tetap berharap mendapat lebih lagi. Kenalah tahu bersyukur.

Sabar la.

Susah hendak pujuk diri ni. Kalau da tahap tak tahan tu, aku ws nombor Cua. Tanya pelik-pelik. Tapi bila Cua da serius tanya, ok ke ni.. aku macam baru kena siram sebaldi air, terus segar bugar... buat don't know dengan soalàn Cua. Hahahaahahaha.

Ok nak mula dengan ideologi sendiri la ni... kaitan dengan kodokushi tu.. lonely death, tak terbayang aku jalan hidup yang mereka lalui. Sesunyi-sunyi aku, sunyi lagi mereka.

Berdasarkan pembacaan dan ilmu yang sedikit ini, aku rasa, isolation yang di declare oleh warga Jepun ni sedikit sebanyak bermula dengan ego mereka. Sifat tidak hendak memberi beban kepada orang lain. Hendak usaha sendiri. Tapi tahapnya sampai tidak bersosial dengan masyarakat. Mereka berpendapat masyarakat yang produktif sahaja bole diklaim sebagai warga. Bilamana kamu tidak memberi apa-apa kontrobusi kepada society, maka isolasi adalah dendanya. Like a loser.

Sebab tu, semakin lanjut usia, semakin jauh mereka hidup dengan dunia sendiri. Aku yang dari kecil pun suda biasa sendiri-sendiri, ada masanya kita perlukan teman untuk berkomunikasi.

Buat masa ni, jalan terbaik ku, hubungi mak hari-hari, mesej Cua dan bercakap sendiri macam sekarang.

In sha Allah, waras lagi.

Kita kena sedar, kita ada keistimewaan tersendiri. Mungkin kalau hendak banding dengan orang lain, apalah sangat yang kita ada, tapi di sebalik rendah percaya diri,sebenarnya kita punya paling tidak pun satu kelebihan. Allah ciptakan manusia ni cukup-cukup, tiada yang kurang, tiada yang lebih. Cuma ia berbalik kepada kita bagaimana hendak mensyukuri, discover dan pergunakan kelebihan yang ada. Most of the time, kita terlalu memandang demand orang lain. Padahal yang merasa dan membawa hidup adalah diri kita sendiri. Bila jatuh, kita yang rasa sakit dan terluka. Orang nampak saja tahu. Jadi kenapa perlu ikut ukuran orang, kalau nanti sakit dan peritnya kita sendiri tanggung juga.

Mungkin kita belum nampak di mana gunanya kita. Sebab kita berusaha untuk sesuatu yang bukanlah pada tempatnya. Sedangkan kucing, bila dia sakit perut, lapar ka.. dahaga ka... dia tahu hendak meminta, kerana fitrah dia dicipta begitu, samalah kita macam manusia ni. Mungkin kita terlalu memandang pada satu tempat saja, padahal satu sudut lagi ada suara-suara yang meminta pertolongan kita. Mungkin tidak besar pertolongan kita diperlukan tapi itulah fungsi kita... untuk saling memanfaatkan. Ketika kita sedang berusah impress orang lain dengan menonjolkan kelebihan yang kita punya, walhal ada orang lain lagi yang benar-benar perlukan huluran kita tanpa perlu melihat apa sahaja yang kita ada.

Dia hargai kita kerana kita adalah diri kita.

Hahaha.

Bunyi macam terlalu personal kan... tak la, aku ok je. Kalau aku depresi, aku tak tulis sini. Ni pun sebab nak keluarkan air mata. Senak duduk dalam mata dia tak keluar. Hahahahahaha. Macam sorang makcik ni pernah cakap dekat aku,

"Ada masanya kita saja-saja potong bawang. Bukan sebab nak bubuh dalam masakan, tapi saja-saja potong supaya dapat keluarkan air mata."

Masa tu aku sengih jak, apa makcik ni merepek kan... tapi ingat balik kata-katanya... ada seribu macam maksud yang tersirat. Bahawa, dalam kalangan kita ni ramai jak yang tersinggung dengan hidup, dengan rasa sendiri dalam ramainya.. dengan rasa losernya... tapi kita pendam. Bila main pendam... tu yang saja-saja cari bahan ransang untuk menangis... potong bawanglah, kemas rumah supaya mata masuk habuklah...

Nangis je la.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-83909993072230577442019-07-07T20:58:00.001+08:002019-07-07T20:58:37.611+08:00Oyen
Assalamualaikum dan selamat malam

Aku baru sahaja kehilangan Oyen.

Sebenarnya, aku belum puas menangis. Ada masanya, kalau ingat Oyen aku menangis.

Attachment.

Terus-terang, sewaktu dua nenek ku meninggal, aku tidak berada di posisi seperti sekarang. Sedih, iya sedih. Rindu, iya rindu. Tapi kemudian terpujuk dengan lantunan al-Fatihah.

Aku malah mengkategorikan kehilangan Oyen termasuk senarai 3 kehilangan yg paling menyedihkan. Depresi.

Banyak hal yang aku ingin kongsikan, hanya kerana seekor kucing, Oyen.

Sepertimana isi nukilan di blog ini, yang adakalanya aku berkisahkan arwah adik dan bapa, aku bakal bercerita tentang Oyen.

Syukur pertama aku ke Malua, kerana dapat bertemu Oyen. Dari lahir aku sambut sampai ke hujung nyawa aku hantar dia.

Cinta yang buat aku bangga, bukti kalau aku bukan sekadar melepas batuk di tangga menyayangi makhluk Allah yg satu itu. Di hati yang cuba menyelami erti ikhlas memberi dan menyayangi.

Bunyi macam melebih-lebih, tapi begitulah yang terpahat di sudut hatiku.

Ntah la...

Bagi yang pernah merasa kehilangan, bilamana kamu berhadapan dengan kehilangan yang baru... perasaan hiba itu, semakin sarat. Masa tidak pernah hendak melupakan.

Tidak akan tergantikan.

Kehilangan mengajar untuk melepaskan dan belajar untuk mencintai yang lain lagi.

Ia bukan soal setia. Ia tentang rasa sakit yang nantinya tidak bakal terubatkan.

Mencintai dan ditinggalkan.

Dua hal yang rumit setelah hari lalu yang pemulanya dibawa-bawa sampai ke penamat.

Saat menghantar Oyen pergi, aku selit dalam hati, akan tiba masaku juga. Dan waktu itu, tiada seekor Oyen yang bakal menangis.

Melankolik.

Ke mana hendak luahkan... kepada mak sudah ku adukan... dan seperti selalu bibir berkata-kata positif tapi aku tahu benar kalau dia dua kali ganda rasa sedih.

Kepada Cua... aku cuma berharap Cua baik-baik dengan harinya.

Aku selalu meminta, ada sahutan Oyen pada panggilanku... dan ditemani Oyen pada tidur malamku.

Kepada kalian yang menanggung kehilangan... jangan pernah memaksa diri untuk melupakan. Tiada istilah pengganti. Adik aku hanya punya satu-satunya. Bapa aku juga cuma satu. Samalah seperti Oyen, sepertinya dia saja. Kerana expectation dan harapan baru bakal melukai hati yang sedia terluka. Bagus lagi merindu yang pergi daripada menanggung rindu mengharap belas kasih.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-4031453682275217892019-04-17T22:11:00.001+08:002019-04-17T22:11:23.432+08:00To be Happy
Assalamualaikum dan selamat malam

Pernah tak... ketika tidur kamu bermimpi terperangkap dalam ruangan kosong dan tidak ketemu jalan keluar? Kadang-kadang, kamu menangis-nangis minta dibukakan pintu. Bila kamu terbangkit dari mimpi ngeri tersebut, kamu pun menarik nafas lega kerana ia hanyalah mainan tidur.

Tapi.... realitinya...

Hidup ini lagi ngeri. Kamu terperangkap dalam dunia sendiri. Merasa gelisah pada rasa yang tak dimengerti. Merasa kecewa pada perkara yang bukan hak. Merasa tewas pada kehendak melewah-lewah. Di mana hendak lari sembunyi? Ke mana harus mencari arah keluar?

Berharap semoga besok lena tidak dibangkit kerana hendak berehat dari sakit yang menyiksa.

Memerangkap diri. Memenjara rasa dan jiwa.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-80495036554591654242019-04-14T19:09:00.001+08:002019-04-14T19:09:05.914+08:00Minimal
Assalamualaikum dan selamat malam

Lanjutan topik sebelum ini, aku ingin berbicara mengenai minimalism.

Melalui hari-hari baru, aku perasan kalau sebenarnya yang sebelum ini aku kejarkan adalah suatu yang sia-sia.

Kenapa perlu menghabiskan tenaga kepada sesuatu yang sebenarnya tidak berkesinambungan dengan hidupku hari ini.

Nyatalah tidak semua tetapi ada hal yang seharusnya aku biarkan dan tinggalkan.

Bukan juga hidup dalam penyesalan. Aku merasakan belum terlewat untuk mengubah cara hidup kerana masa yang masih diberi peluang masi terbuka.

Dalam hidup, tidak kira seberapa banyak yang kita terima kalau tidak tahu menghargai, tidak ada makna. Bukan pula bermaksud hidup seadanya tapi cuba untuk mencapai tahap bahagia tanpa perlu mengumpul semua dalam genggaman. Seperti genggaman yang kita punya, apa yang mahu kita gapai dengan tangan ini... too much will make you in despair.

Tidak semua adalah milik kita. Ada yang harus disimpan supaya yang benar-benar hak terima. Tapi kalau memang sesuatu benda atau perkara itu bisa buat kita bahagia, ya, usahalah sedaya mungkin.

Masalah kita hari ini, terlalu memandang pada genggaman orang lain. Apabila orang menarik A, kita pun mahu tarik A. Walhal yang harus kita teliti, mencari apa yang benar-benar kita perlukan untuk capai bahagia. Apabila tangan yang menggapai dan mata yang melihat bukanlah diri kita, di situ wujud ketidakseimbangan. Yang patut kita kejarkan dibiarkan...

Dahulu, aku selalu berfikir kalau punya lebih banyak barang akan buat aku lebih bahagia. Baju... kasut... beg... tapi hakikatnya bila semakin aku kumpul, tiada makna dalam kamus bahagiaku.

Mengamalkan minimal membuat aku berfikir panjang, apa sahaja yang memberi makna dalam hidup. Baju? Ingat lagi sewaktu kecil, ketika keluarga kami cukup-cukup makan, waktu perayaan adalah waktu yang paling ditunggu. Kerna waktu itu sahaja aku dapat membeli baju kurung baru... sekarang, ketika sudah punya wang sendiri, bertukar-tukar baju setiap hari tidak mendatangkan untung melainkan pubrik baju dan mall.

Sebenarnya minimal bukan bermaksud hidup semiskin mungkin. Ia tentang meminimumkan kepunyaan dengan menghadkan konsumi. Hanya bila perlu. Itu pendapatku la.

Masih ingat d zaman kuliah, makan satu ayam bagi satu sesi makan tidak pernah puas.. aku cakap sama diriku, 'kalau aku punya wang lebih.. aku beli banyak lagi..' tapi ternyata punya wang lebih seperti sekarang tidak memberi apa-apa istimewa. Aku bole makan sampai berapa banyak ketul, at the end... ia tidak pernah berpenghujung.

Manusia tidak pernah puas satisfaksi dengan apa yang dia punya. In this life, the most important thing is to realize how much you really need. Need to set a boundry, so you only consume the portion for your happiness. Don't exceed the limit.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-57261522624358767742019-04-14T08:47:00.001+08:002019-04-14T08:51:01.987+08:00Quality
Assalamualaikum dan selamat malam.

Baru semalam aku menulis tentang "buang", tadi siang aku menonton di youtube, video penanaman dan penjagaan anggur di Jepun.

Secara jujur, memegang prinsip humanism dan menghargai kurniaan Tuhan, aku kurang bersetuju dengan idea membuang cambahan buah yang lain dan mengekalkan kiraan 30 biji anggur per tangkai demi kualiti kemanisan buah tersebut.

Kualiti vs kuantiti.

Dan setiap butir biji yang dieliminate itu, bakal menjamu perut bagi yang tidak berkemampuan konsum 30 biji anggur tadi. Nilai 30 anggur tadi bole jadi kos sara hidup seminggu atau mungkin sebulan per individu atau bole jadi untuk makan sekeluarga.

Di sudut lain, aku tahu benar kalau masyarakat Jepun itu memang aslinya kerja mengikut art, passion, etika. Jadi mau bilang apalagi...

Oh, bukan mahu membahas budi kerja orang, sebaliknya... satu lintasan di fikiran menyapa saat aku melihat video tersebut.

Analogi baru pula muncul. Situasi ini samalah seperti "kenanglah memori yang baik-baik sahaja".

Berapa banyak antara kita yang cuma ingin menyimpan memori yang manis dengan melupakan derita dan duka semalam? Aku pun begitu. Cerita-cerita yang meninggalkan parut di hati, sengsara...trauma... memandang jelik pada perilaku dahulu...dan langsung hendak membuangnya jauh-jauh. Demi memiliki sebuah album kenangan yang indah-indah, seperti 30 biji anggur tdi. Pastilah melalui proses yang panjang.

Anggur adalah anggur. Kenangan adalah kenangan. Kenapa perlu membeza yang baik dan buruk walhal ia semuanya terkait tentang kita? Yang membentuk siapa kita hari ini. Tapi menyimpan terlalu banyak memori bakal merosakkan kualiti hidup kita. Too much to care. Seperti pohonan anggur, sekiranya semuanya ditatang sampai ranum, pohon bakal patah, kondisi pokok bisa menurun dan kualiti buah juga mundur.

Begitu juga kita manusia. Bila suka dan duka kita kumpul dalam satu balang, balang tidak dipenuhi warna-warni. Sebaliknya balang akan dipenuhi dengan kombinasi warna yang akhirnya depresi menghuni. Mahu bahagia tapi toxic ada. The best way to appreciate this life is, to eliminate the one that doesn't bring you happinness. But always keep your happiness.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-54646755689308384602019-04-06T23:49:00.001+08:002019-04-06T23:49:58.310+08:00Buang
Assalamualaikum dan selamat malam

Aku selalu merasakan begini, ada masanya langsung membuang sesuatu yang sebelumnya tidak sanggup untuk aku buang.

Timing.

Pernahkah kalian melalui detik ketika sedang mengemas, proses untuk memilih yang mana selayaknya disimpan dan yang mana seharusnya diketepikan. Aku seorang yang sangat susah untuk membuang barang-barang kepunyaanku. I keep telling myself, 'ah, nanti waktu lain mengemas, aku akan buang barang tersebut'.

Tapi, waktu lain itu tidak kunjung tiba.

Ada waktunya, kamu pandang barang tersebut, dan dengan berlapang dada, membuangnya.

Merelakan.

Waktu itu datang dengan sendirinya.

Walaupun hari besok, mungkin ingatan tentangnya tidak akan padam, adakalanya ia lenyap dengan sendiri. Pergi seperti tidak pernah wujud.

Sedikit sentimental. Melankolik.

Realiti hidup, tidak semua perkara harus digalas dibahu. Ada memori yang harus dibawa, ada yang selalu dikenang, ada yang terlupakan.

Maka, hargai waktu sekarang. Apa pun yang berada di bawah jagaan, kepunyaan, pemilikan... hargailah. Dan bila tiba masa untuk melepaskan, kenang jika perlu, dan lupakan bila mampu.

Kondisi hati yang utama. Put it in easy condition. Selalu merasa bahagia itu mustahil,tetapi setidaknya bila sedih dan kecewa beraksi, kita tidak akan pernah hilang harap. Selalu ada pengorbanan. Semoga pengorbanan adalah setimpal dengan jalan hidup yang dipilih.

Berapa banyak waktu terbuang memikirkan kapan harus dibuang toksik, walhal ada waktunya kamu melepaskan pergi tanpa perlu berfikir panjang.

Tidak pernah menganggap yang dibuang adalah kotor dan negatif. It just to put something meaning into life.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-6218261500501635772019-04-05T21:28:00.001+08:002019-04-05T21:28:05.705+08:00Pay as much as you want
Assalamualaikum dan selamat malam

Setiap hal yang berlaku ada timbal baliknya. Setiap yang kita minta dan terima bukan secara percuma.

Agak sulit. Hidup adalah percuma. Pilihan adalah kita. Tapi di akhirnya setiap nyawa terikat dengan bayaran. Tiada yang berlaku begitu saja. Ada punca dan sebabnya. Hikmahnya.

Aku datang ke sini dengan satu tujuan. Menjadi penulis. Pengkarya cerita. Menyusun hidupnya orang dalam bentuk kata. Tapi ternyata aku terperangkap dalam dunia yang aku cipta sendiri. Sukar membedakan. Identiti dan omongan.

Persepsiku campur-campur.

Ketika berlegar-legar di koridor kuliah, aku berfikir kalau teori-teori yang ku pelajari di ruang kelas itu "khurafat". Hasilnya, semua perkataan aku sumbat semoga lulus dan bisa genggam segulung ijazah.

Setelah lewat kuliah, berada dalam masyarakat, satu persatu teori muncul di benak.

Bukan semua sistem pendidikan kosong. Cuma dunia sekarang menuntut kita menjadi orang lain. Dunia sudah keliru. Hak tiada tempat. Yang terjadi, jadilah.

Bagi mengakhiri tulisan malam ini, Tuhan tidak kejam. Diciptakannya makhluk bersama kepentingan dan keperluan. Kerana tiada sempurna. Jalanilah hari sebagai manusia biasa. Tiada halangan untuk menjadi manusia luar biasa, tapi penuhi dulu kehendak standard seorang manusia.. kerana kita bukan monster.

Sejak bayi kita suda belajar mengenal keperluan. Kenapa sudah dewasa hendak melawan Tuhan? Makanlah usah dibiar lapar. Minumlah kenapa harus merasa haus. Tidurlah, sandarkan bahumu kerana besok masi punya harapan.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-51241297146625875102019-03-17T21:09:00.001+08:002019-03-17T21:09:14.288+08:00Love
Kepada mereka yang pernah meminta untuk hidup bersama,

pernah,

selalu...

Aku katakan,

Bahawa aku adalah orang yang rugi,

Tidak menghargai huluran yang diberi.

Terlalu baik, terlalu awal,

Semuanya alasan kosong.

Dan aku meminta untuk kalian,

Mendoakan aku

Maafkan aku sebelumnya.

Belum pasti akan bertemu yang benar-benar ikhlas seperti kalian.

Kerana aku seorang yang bodoh.

Mengejar sesuatu yang tidak pasti.

Pada setiap tolakan itu

Mengalir rasa bersalah

Dan biarlah aku tanggung.

Mana mungkin bisa membina hidup

Bila sudah meremukkan hati orang lain.

Aku memang pantas menerima hukuman.

Semoga kalian sentiasa dalam lindunganNya Tuhan.

Terima kasih atas segalanya.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3380860141092833197.post-80653320286579112352019-02-21T19:59:00.001+08:002019-03-05T21:20:05.199+08:00Me being me
Assalamualaikum wbt

Beberapa hari ini, aku mudah terusik. Lumrah manusia, inginkan perhatian. Hakikatnya, sentiasa ada yang peduli tetapi kita singkirkan. Mengejar sesuatu yang tidak pasti.

Then, suddenly I realized, why or when did I stop doing something that really put me into the state of happinness?

Writing, reading, listening to music, arts, literature.. those times were gone when I was trying to catch something were not mean to be mine.

When I was being ignore, many times I told myself that, I deserved to be ignored.

Tiada milik kita. Hati kita sendiri pun bukan milik kita. Dan teringatlah aku ke pangkuan mak. Mak yang akan memikirkan tentangku selalu. Risau, tawa dan tangisnya kerana aku.

Do you still want to get trap on these feelings? Where all the worries will not guarantee worth your time.

Mak, maafkan anakmu ini.

Masih terbayang alir air mata bapa, untuk tidak meletakkan hati kepada mana-mana lelaki, kerana dia adalah seorang lelaki yang tahu, adakalanya dia sendiri tidak dapat mengelak daripada melukai hati mak. Ego. Diam. Angan. Dan dunia sendirinya itu, membuat mak menangis.

Kerana aku bukan mak, many times I conviced myself, "no more crying, time will pass eventually".

Kadang, memberi peluang kepada diri sendiri lebih utama. Relationship is not for all.

I'll back as Laila Hijjera Mustamin as before. Believe me. I got some pms regarding my post on this blog, will come as soon as possible, and reply all those pms.

Thank you.

Laila Hijjerahttp://www.blogger.com/profile/06217744223728383969noreply@blogger.com0