Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

CN Blue :Wake Up

Saya bukanlah peminat tegar CN Blue, tetapi ada yang menarik tentang kumpulan ini. Lagu-lagu dan muzik yang dihasilkan merupakan karya ahli kumpulan tersebut sendiri. Saya juga bukanlah jenis yang meminati muzik yang mereka bawakan berbanding B.A.P tetapi mereka (CN Blue) punya keistimewaan yang sangat sukar  didapati pada mana-mana group kpop. Itulah realitinya. Lagu dan muzik adalah di bawah kelolaan mereka sendiri tidak seperti kumpulan lain yang tunduk di bawah arahan pihak agensi. Mereka ada imej sendiri secara semula jadi tanpa bayang-bayang pihak luar . Tak perlu jadi puppet sesiapa pun. Memang, tidak kelihatan gempak jika dibandingkan dengan kumpulan lain. Asal bisa berdiri di atas kaki sendiri, itu sudah cukup berjaya bagi saya. Lagu Wake Up ini...menceritakan segala apa yang cuba saya sampaikan.. Music: Jung Yonghwa, RYO Lyrics: Jung Yonghwa * * * You need to be yourself You can’t be no one else You need to find out You can’t be “Oasis” You can’t be “BON JOVI

Salina

Assalamu'alaikum w.b.t. Inilah kali pertama saya menulis blog berwasilahkan komputer di ITD.                                                                    ******* Salina. Tajuk novel karya Sasterawan Negara, A.Samad Said itu ku usung ke hulu  ke hilir. Tengok tajuknya, aku mengagak ia berkisahkan kehidupan seorang insan yang berpendidikan. Betul. Setelah ku baca ceritanya jauh meleset daripada jangkaan awalku. Tapi bukan itu yang membuat aku menulis di saat ini, bukan. Cuma nama Salina itu. Nama yang suatu ketika dulu pernah ku kenali. Salina. Anak orang asli,tempat tinggalnya di salah sebuah daerah di Selangor. Tidak seperti anak-anak Malaysia lainnya, layanan yang diterimanya berbeza. Ya, itu yang ku lihat. Setiap pagi, kami akan berbaris bertiga-tiga dalam kompeni (kompeni Charlie) menuju ke kelas masing-masing. Kami bukan sahaja sekompeni malah  sebilik. Ada 13 semuanya dalam bilik itu. Chalie 1. Setiap pagi itu jugalah dia menjadi bahan ketawa dan ejekan. Berikutan

coretan menghampiri penghujung sem3

بسم الله الرحمن الريم Assalamu'alaikum w.b.t. Hampir seminggu tidak menulis di laman ini. Keliru nak post mana satu. Aigoo... Sejak akhir-akhir ni, banyak masa saya terluang dengan membaca buku, termasuklah  membeli buku . Benar, " القراءة مفتاح العلم" maka banyak benda yang saya ucapkan kerana sering berlegar di ruang minda. Sering. Selalu. Seorang sahabat berkata, saya meminati bidang politik. Mungkin waktu itu minda saya dipenuhi 'isu polotik' tapi ia tidak lahir atas nama 'politik' tetapi hanya sekadar minda yang selalu cenderung ke arah itu dan saya sendiri tidak tahu apa pengkhususannya. Buktinya, sekarang saya ralit dengan menelaah buku sejarah (Islam dan dunia), perihal bugis, sastera (puisi sepanjang zaman,cerpen,drama) dan politik (perihal Sukarno). Penegasannya, saya tidak tumpukan pada satu subjek sahaja. Ada yang meminta saya untuk menceritakan pengalaman ketika berada di kem PLKN, tiada balasan bukan bermakna tidak ingin tetapi saya ku