Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Sabah#cuti 1

Assalamualaikum. Alhamdulillah pada 11 Jun 2013, saya selamat tiba di lapangan terbang Sandakan. Agak penat setelah semalaman berjaga dan duduk di kerusi balai ketibaan LCCT. Bersendirian...tanpa lambaian sesiapa pun. Itupun mujur saat mahu check-in terlihat kelibat seorang teman dari Sarawak, Nora. Sempat jugalah bertanyakan tempat scan barang di mana. Almaklum sebelum ini sahabatku Suhi yang tolong tunjukkan dan buatkan. Hendak dijadikan pengajaran, saya telah didenda sebanyak Rm 140 (wang yang saya bajetkan untuk bayar b.band sebenarnya). Ini adalah kali pertama saya bawa balik barang terlebih limit. Mungkin botol-botol herbalife tu mengambil peranan. Lagi satu, sebelum masuk boarding gate...errr betul ka juga tu, belilah siap2 air dan makanan. Air mineral yang berharga rm 0.80 di Uia, di sini berharga rm 2.00 dan ke atas. Kalau di Sabah rm 0.60. Nampak di situ bezanya. Disebabkan semalaman saya tidak minum dan menjamah apa pun, maka saya lebih berkeinginan untuk minum air miner

After Exam

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah, semua kertas peperiksaan untuk semester ini sudah abis. Tiba masa untuk mengatur rencana cuti yang tiga bulan itu! Perkara yang perlu difokuskan terlebih dahulu saat ini adalah mengemas. Ya, mengemas barang yang tidak terkemas selama hampir sebulan,barangkali? Harapan untuk kemas FINAL kataku. Ruang masa ada beberapa hari lagi sebelum terbang ke Sabah, pastinya, sudah ku kira-kirakan dengan melawat-lawat kedai mobile phone untuk dilangsaikan perkara baucer. Sambil-sambil membeli cendera hati untuk orang tercinta. Arghhh...rindu. Ndak dapat dibilang. Menjadi satu-satunya permata keluarga, ada yang tidak termiliki oleh orang lain. Menjadi satu-satunya yang selalu dinanti! Padahal dulu aku selalu mengeluh, satu-satunya dimarahi! Teman. Pulangku nanti bersendiri. Mungkin. Masih mencari dan mungkin akan merayu pada sahabatku Suharti, biar keberangkatanku nanti tidak sayu. Tiada yang melambai. Meskipun menjadi yang