Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

History#1

"...how shameful it would be if a man claims to have knowledge and wisdom but on being asked about those prophets of Allah,... he should simply repeat their names without knowing details of their lives and personalities."-al-Maqrizi But, when we are being asked about selebrities, idols, or what so ever we called them, as long as their are famous, its look like we know them better. Some much about them! During our childhood, our parents told us about sirah, but now, the new generation does not get the beautiful of story. Is it true we can not do something for them? Are they will drive safely to found the correct story? Are they even concern about it? We can not tell everybody, but make sure our child get it later. At least! InshaAllah.

hijrah diri sesi 1

Assalamualaikum w.b.t. Macam mana ya mahu mulakan...hmmm... hijrah memang payah. Bukan, saya tidak maksudkan diri saya, Hijjera, tetapi penghijrahan saya. Walaupun hakikatnya saya sedikit 'payah'. Setelah berusia di sini, saya sedar banyak benda yang saya perlu hijrahkan. Alhamdulillah, saya lakukan, sikit demi sedikit.  Tetapi, saya mungkin terlalu muda di arena ini membuatkan Iman yang seciput di usik. Saya suka tengok drama, semasa peperiksaan dulu, saya lebih memilih drama berbanding buku, walaupun dalam hati saya sayangkan buku-buku saya. Saya pernah sanggup membelanjakan duit untuk membeli cd drama yang berepisod panjang, atau berjaga untuk memuatturun drama yang juga ratusan episod. Dan saya sedar, semua itu melaghakan. Sekarang? Saya cuba yang tebaik untuk mengelaknya, malah seminggu, mungkin berminggu-minggu, saya tidak mengikuti perkembangan drama terbaru. Sungguh, jiwa saya untuk itu sudah pudar. Tapinya, nyata, yang terpampang di depan mata kaku, beku. Saya t

Eid ul-adha

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh Ini merupakan kali ke-3 saya ber"eidul adha" di perantauan. Mungkin agak keterlaluan, tetapi hakikatnya inilah raya terbaik sepanjang perantauan. Alhamdulillah. Apabila ujian dipandang dari sudut positif, di situ kan kita temui kebahagiaan. Melalui detik yang sama merupakan guru terbaik untuk mengajarkan kesabaran. Ia dipanggil pengalaman. Tanpa sedih itu mati jiwa, terlalu sedih itu berputus asa. Kedua-duanya kita lalui. Tidak mungkin cuma satu. Kerana kita perlukan keduanya untuk terus HIDUP. Cuma, kitalah pengendalinya. Mungkin jadikannya hari dalam sejarah, coret di diari, lapor di laman muka buku, tulis dalam blog, atau mungkin kita pendam di qalbu.  Saat kita berhadapan dengan sesuatu, sama ada terduga atau tanpa diduga, semuanya ada hikmahnya. Mungkin kita tidak nampak HASILNYA hari ini, esok siapa yang tahu?  Yakinlah ada sesuatu yang manis menanti setelah kepahitan ini.  

puisi tanpa tajuk

Jiwa ini tersakiti saat pedulimu sedikit. Di mana hangat kasih yang dulunya dicemburui. Semakin lama, tiada apa yang menggembirakan kita masa yang ada singkat tetapi kita biarkan ia dekat aku salah, kamu juga salah kita terlalu mengejar dunia mewah mewah itu cinta. padahal, cinta itu cukup Walau kita tiga cuma Saat kita diuji dengan kehilangan, Ternyata kita punya kesabaran, tidak pada keinginan berbeza yang membuat kita saling menjauh. Sakit itu perit Saat harus mengekormu dan aku dihadapanmu tanpa emosi Aku masih menutur sayang dan kamu pasti dengan rasa azali tidak akan pernah pudar. kenapa tidak kita runtuhkan tembok pemisah ini? cinta kurnia Ilahi teruntuk kita tiada siapa boleh nafikan.

Balik kampung

Assalamualaikum w.b.t. Sudah siap packing barang? Bah, selamat bercuti saya ucapkan. Seperti 2 tahun lepas, saya tidak pernah pulang berhari raya Haji di kampung. Agak sulit untuk dinyatakan. Sebab? "Eh, dia balik. Awak tak balik?" "Seminggu, kot..." "Ala, tak belajar pun..." Ya, kalian fikir saya tidak fikirkan semua tu sebelum ni? Semua pernyataan, persoalan, dan sebagainya, sudah lama bersarang di aqal waras saya. Sekiranya kalian rasa sedih, saya pun sedih. Saya tidak mengatakan saya ini betul, kalian salah. Cara ini saja yang betul, cara kalian salah. Tidak. Jauh sekali meminta kalian untuk berada di tempat saya. Kerana setiap insan ada cara dan jalan penyelesaiannya sendiri. Sekali lagi, tiada siapa yang salah atau betul, cuma cara kita berbeza. Satu hal yang terkesan, kondisi begini telah saya capai tempoh matangnya, tetapi tidak bagi orang sekeliling saya. Saya dimatangkan dengan soalan begini dan ternyata jiwa saya tidak berevolusi. Cuma

Dunia semester 1 2013/2014

Assalamu'alaikum w.b.t. Tidak seperti yang lalu, semester ini agak menyiksakan apabila terpaksa berdampingan selalu dengan tugasan. Asalkan ada waktu terluang, perhatian tertumpu pada kertas2 yang tergendala atau research yang tidak bertajuk. Terlalu cepat masa berlalu sampaikan untuk berkasih-sayang dengan buku-buku nota tidak pernah berkesempatan. Mungkin ada ruang tetapi dipenuhi dengan berkasih-sayang dengan kawan sebilik, kawan-kawan,..oh ya ada seorang sahabat lagi yang belum saya temui semester ini. Jangan kata akan tercipta sejarah satu sem tidak jumpa. Padahal satu kuliah je pun....cik Nang, I miss U. Hahahq muntah Masnah baca. Minggu ni berpenghujung dengan cuti semester pertengahan.  Seperti selalu,  saya akan beraya di perantauan. Banyak tugasan yang perlu disiapkan.  Mudah-mudahan terlaksana tanpa tangguh-tangguh. Sambil menunggu jadual seterusnya, sempat lagi saya taip-taip di laman ini.  Anyway, mungkin, jika berkesempatan dan mendapat persetujuan ramai, saya aka

Salah faham

Assalamu'alaikum w.b.t Salah faham? Setiap individu pasti punya pengalaman sebegini. Sama ada kita sebagai objek mahupun subjek kepada situasi tersebut. Paling saya tidak lupakan semasa berada di tingkatan 4, tidak silap saya. Selaku yang tertuju mungkin tertuduh. Ah, pasti. Malah perkara yang dipertikaikan sampai kepada saya. Marah? Berkecil hati? Haruslah. Setidaknya saya masih punya rasional untuk tidak menyerang. Setidaknya saya tidak menumpahkan air mata petanda simpati. Saya cuma pelik. Akibat kata seorang murabbi yang serba boleh, status seseorang pelajar boleh berubah. Itulah maruah. Maruah saya tidak terletak di tangan murabbi. Tapi, Allah yang Maha Tahu. Meskipun satu sekolah bergosip, atau mungkin kisahnya menjadi story telling temurun, seumpama cerita horror asrama, saya tidak endah. Dia yang Maha Melihat. Persepsi, tanggapan, tekaan, rekaan? Apa sahajalah, mungkin lebih baik disimpan dalam fail yang unhidden, biar kita saja yang tahu. Rantaiannya kelak infiniti. S

Lawatan ke Kg Orang Asli Gombak

Assalamualaikum w.b.t        Pada 5 Oktober yang lalu, saya dan dua orang lagi sahabat, Noreen dan Aida, berkesempatan untuk melawat perkampungan orang asli di kawasan Gombak. Actually, bukanlah "melawat" dalam erti yang sebenar kerana kami cuma meluangkan masa dalam sejam dua sahaja. Walaupun dua kali berulang-alik kerana menghulurkan sedikit buah tangan sebelum pulang ke kampus.        Tujuan lawatan kami ini adalah mengumpulkan data untuk tugasan sociology sambil-sambil mengintai peluang kalau-kalau dapat dijadikan bahan kajian subjek Interculture Comm pula. Tetapi rezeki kami terhad untuk sociology sahaja kerana menurut Tok Batin di perkampungan tersebut, Tok Hussin (maaf kalau tersalah nama, sudah beberapa minggu berlalu,anyway, nanti saya confirmkan dengan Noreen yang sedang bercuti) bahawa budaya tradisional khususnya aspek permainan kaum orang asli ini sudah lama tidak diaplikasikan. Maksudnya, di perkampungan tersebut, bukan sahaja dalam kalangan anak-anak mud

Tanggungjawab

Assalamualaikum w.b.t. Beberapa minggu ni, saya sibuk dengan tugasan, lebih sibuk duga saya berbanding yang lalu-lalu. Mungkin, bukannya tugasan yang bertambah, tetapi rasa tanggungjawab yang ada. Bagi saya, tahun pertama boleh lagi merengek-rengek, mengeluh, dan bersambil lewa, itu waktu untuk mengenal, berjinak-jinak dan belajar dengan dunia seorang mahasiswi. Boleh dimaafkan. Sekarang ini, sudah menjadi mahasitua di universiti, sudah masanya untuk 'enjoy'. Tidak sabar buat kajian dan tidak sabar untuk berkongsi hasilnya. Adakalanya, saat emosi gagal dibendung, saya menyalahkan diri sendiri. Kenapa perlu saya menyalahkan orang lain? Ini bukan salah sesiapa melainkan saya tidak mendidik diri saya untuk bersabar dengan kerenah ahli kumpulan. Itu tanggungjawab saya untuk memahami. Mungkin, saban semester berhadapan dengan benda yang sama, jiwa saya sudah muak. Saya bukanlah best student tspi impian untuk menjadi di antara mereka itu ada. Bukankah mencuba untuk menjadi yang te