Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat petang Apabila disebut tahun baru, ia adalah hari memperingati pemergian bapa. Apabila disebut akhir tahun, bulan memperingati pemergian Ilmi. Sudah 3 tahun, aku cuma berharap agar dapat melalui hari-hari dengan seadanya. Masih mampu untuk mengucap syukur dan tersenyum. Apabila satu tahun berlalu dan membuka lembaran baru, aku selalu beranggapan bahawa aku sudah cukup matang, tetapi adakalanya aku merasakan ianya dinamik. Ada hal yang tidak dapat aku jalani dengan sebaik mungkin. Peristiwa baru dan termasuk juga berulang. Ada waktu merasakan diri adalah yang teruk sekali. Tidak mengerti dengan diri sendiri. Padahal sudah sehabis mungkin mengingatkan diri dengan hal-hal kedewasaan. Dan jika aku ditanya tahun 2016 ini, hari inilah hari yang paling dingin sekali. Perasaan seperti baru menginjak dewasa. Dan bukan sekadar mahu bersendiri, seperti mahu tidur yang lena. Besok, hari mulai di tahun baru. Menginjak lah, anjaklah ke tempat yang lebih t
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."