Assalamualaikum dan selamat malam. Hampir setahun tidak mengolah ayat di sini. Selalu ada tetapi setahun dua ini terlalu banyak yang terjadi dan masih banyak yang perlu dipelajari. Bagaimana dengan kalian? Ya. Kita berjuang dengan kehidupan masing-masing. Semoga semua yang dipertaruhkan adalah yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita. Kembali ke asal, setahun dua ini terlalu sulit untuk memujuk hati. Ketakutan, insecure, anxiety, bermacam rasa bergolak dalam jiwa, dan aku memilih untuk menanganinya dengan mencipta/mengulang memori sewaktu kecil. Besar harapan, itulah cara untuk mengenyahkan segala unsur negatif... Menanam amat sinonim dengan keluarga kami kerana bapa lazimnya begitu. Cuma tidak pernah terlibat secara langsung. Pengalaman dan ceritanya ada tapi bukan menulisnya. Bapalah yang berpengaruh besar tentangnya dan kini aku dan mak, kami masing-masing berusaha untuk mencipta suasana itu kembali. Berbanding dengan mak, aku agak terumbang ambing.. Tetapi semuanya mengarah sa
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."