Langkau ke kandungan utama

Catatan

Penutup 2016

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat petang Apabila disebut tahun baru, ia adalah hari memperingati pemergian bapa. Apabila disebut akhir tahun, bulan memperingati pemergian Ilmi. Sudah 3 tahun, aku cuma berharap agar dapat melalui hari-hari dengan seadanya. Masih mampu untuk mengucap syukur dan tersenyum. Apabila satu tahun berlalu dan membuka lembaran baru, aku selalu beranggapan bahawa aku sudah cukup matang, tetapi adakalanya aku merasakan ianya dinamik. Ada hal yang tidak dapat aku jalani dengan sebaik mungkin. Peristiwa baru dan termasuk juga berulang. Ada waktu merasakan diri adalah yang teruk sekali. Tidak mengerti dengan diri sendiri. Padahal sudah sehabis mungkin mengingatkan diri dengan hal-hal kedewasaan. Dan jika aku ditanya tahun 2016 ini, hari inilah hari yang paling dingin sekali. Perasaan seperti baru menginjak dewasa. Dan bukan sekadar mahu bersendiri, seperti mahu tidur yang lena. Besok, hari mulai di tahun baru. Menginjak lah, anjaklah ke tempat yang lebih t...

Where we are

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat subuh. Malam tadi aku berkesempatan untuk menghadirkan diri ke majlis kahwin. Aku sudah tidak lazim ke majlis kahwin. Dulu, suatu ketika dulu ia pernah menjadi tempat aku belajar mengenal society. Di kerusi itu, aku lihat society yang sama. Mungkin budaya kita statik. Evolusinya adalah taboo. Atau mungkin generasi sedang menunggu tahta diserah. Dan bakal menuju arah yang sama barangkali? Where we are. Semenjak kembali kepada society, aku kadang berdebar kalau-kalau aku bakal culture shock. First impressionku adalah positif.  But as time passes, is it our culture hardly aged? Haha bukannya aku hendak semuanya berwajah baru tetapi sudah tiba masa untuk kita beranjak dari custom yang we even can't say  proudly to our next generation as something to be inherited. Treasure. Heritage. Ada yang berkata kenapa harus kita serapkan ***si (any adaption, eg: pertembungan di antara dua / lebih budaya). Hujahnya kita punya budaya sendiri. Kalau bukan ...

Ilmi

Assalamu'alaikum w.b.t. dan selamat subuh Empat hari lepas, untuk sekian kalinya mengenang ulang tahun kelahiran Ilmi atau Emmi, arwah adikku yang telah pergi menemui Tuhan. (Al-Fatihah) Sebenarnya aku tidak peka dengan tarikhnya, tapi semenjak tamat kuliah, aku semakin ingat tentangnya. Sewaktu dulu, tiap kali menyambut hari raya, aku akan duduk di beranda rumah atau duduk diam di bilikku, mencari masa dan ruang menyendiri agar berusaha untuk menangis. Berusaha. Memaksa. Sebab waktu itu aku berfikir, kalau aku tidak menangis pasti Emmi berasa disisihkan (betrayed). Mungkin dalam setahun boleh dihitung berapa kali aku teringat kenangan kami, tapi paling tidak pun setahun sekali aku pasti berusaha mengingat biar senang air mataku keluar. Serius, nih. Haha. Walaupun tiap kali menulis tentang Ilmi, aku pasti akan menangis dengan sendirinya. Suatu perasaan yang tak terungkapkan. Rindulah pasti. Now, I am trying to remember any story of Ilmi. ................... ya ampun.....hmmm.....

Memori

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat petang. Pertamanya, apologi dipohon kerana terlalu lama tidak meneruskan penulisan. (Eh). Hilang sebentar atau mungkin lebih tepatnya merehatkan diri. Reset. Ah, belum beres lagi tapi jalani saja waktu yang ada. Setelah terlalu lama menyepi, aku pun hilang idea hendak berkisah apa. Ya, terimalah hakikat kalau aku ini bukan 'multi-kerja'. Apabila aku tumpu pada pembacaan, automatik tanganku kaku menulis, ayat pemula saja aku mogok. Tiba-tiba, kelmarin, ya suda lama aku tunggu timing yang 'aha' 'eureka'! Ikutkan masa tu juga aku taip, tapi pelan-pelan saja dulu. Seperti yang tertera di atas, kita bakal bercerita pasal memori. Sebenarnya lama sudah aku mau tulis pasal topik ni tapi ndak tau mau olah macam mana. Di sini ada dua analogi, yang kemudiannya mencambahkan analogi ketiga. Situasi, kehilangan orang yang tersayang. Apa yang terjadi dengan memori kalian? Analogi pertama, kamu memilih untuk menjauh daripada segala el...

Catatan tamat kuliah

Assalamu'alaikum w.b.t Setelah sekian lama menyepi, maka aku mungkin bakal aktif semula menulis. Sambil-sambil menikmati dan meraikan tamat kuliah. Alhamdulillah, meskipun keputusan tidak seperti yang diinginkan,tapi hey, keluar juga dari gedung uia. Uia bukanlah seteruk yang dicanangkan. Cuma struggle nya tu lain macam. I mean, every institution has their own 'colour', as a student we know better than others. Tahniah. Aku menghabiskan separuh usia dua puluhan ku di uia. Apa yang kalian bisa perkatakan? Duniaku terperangkap di sana. Even now. As human, we select which memory to be remembered. Aku pun tak tahu for what reason(s), aku hilang hampir semuanya. Padahal suatu masa aku akan keluar juga dari uia. Balik ke lubuk. Tapi canggung. Masih Laila Hijjera yang dulu, tapi masa dan tempat adakalanya benar mempengaruhi. Aku pun ndak tahu samada patut kutip balik memori atau mencipta yang baru. Yang pasti semuanya berubah lah. Realiti. Other will not understand this fe...

konklusi cuti mid-break

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Cuti pertengahan semester bakal berakhir. Semuanya aku lalui dengan menonton drama diselang-seli dengan menghabiskan pembacaan trilogi Haruki Murakami, 1Q84. Sepatutnya ini peluangku untuk menyiapkan beberapa artikel. Tapi, begitulah.... aku memang tidak sebulu dengan dunia 'kewartawanan'.  Sudah tiga hari cafe mahallah kami tidak berbuka. Maka aku yang super pemalas, memilih untuk menelan mi goreng daripada brand mi sedap. Ya, walaupun aku sudah lama tidak berkeinginan/bernafsu untuk menjamah mi segera dan seangkatannya. Sekadar memastikan enjin penghadamanku berfungsi meski aku melalui hari-hari cuti. Cuti yang berbaki aku bercadang untuk menghabiskan siri karya sastera klasiknya Pak Sako (Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila & Budak Beca) dan juga karyanya  A. Samad Said, Langit Petang. Kerna aku berhasrat menutupi bulan Mac ini dengan pembacaan buku Anna Karenina, karyanya Leo Tolstoy. Berharap agar artikel ini bak...

undang-undang buatan manusia

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Beberapa hari lepas, aku mendengar seorang kawan bercerita tentang undang-undang buatan manusia. O aku pernah post pasal undang-undang buatan manusia di sini beberapa tahun yang lalu. Carilah kalau rajin. Tapi apa yang aku cuba hendak kongsikan kali ni tidak jauh beza dengan post terdahulu. Kawanku berkata, dia pergi library tapi dia lupa bawa kad matrik, jadi tidak boleh lepas entry gate. Dia pun pergi ke kakak/abang penjaga dan menceritakan secara jujur situasinya (meminta maaf atas kelalaiannya) dan meminta jasa baik penjaga tersebut untuk mengizinkannya masuk. Dia dengan sukarela hendak meninggalkan apa-apa yang berharga (mungkin wallet/passport) di kaunter gate. Tapi, pintanya tidak dilayan. No is no.  Jadi kawan tersebut pun keluar dari library. Di luar library pula dia berjumpa dengan seorang rakannya dan lantas meminjam kad matrik kawannya. The funny thing is, ketika melintasi gate library, si penjaga tadi bagi jak le...