Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kucing : dulu dan sekarang

Selamat malam. Melanjutkan bicara mengenai kucing. Ibu kucing kami yang pertama sebelum berkembang biak sudah lama meninggalkan rumah. Dia pergi tanpa pamit. Dia itu pernah aku ceritakan lewat post pada tahun 2015, kucing yang tidak bernama. Sekarang tempatnya diisi 3 ekor anaknya yang ketiga-tiganya sudah punya anak. Aku masih ingat saat pertama kali berjumpa mereka, dulu mereka berempat,  mulanya ku panggil Taro, Maru, Chorong dan Aga. Tapi mak mendominasi hidupnya kucing maka nama mereka bertukar ke Kojo', Bolong 1 , Bolong 2 da  Momok. Bolong 1 pergi seperti ibunya tanpa pamit. Maka tinggallah yang tiga lagi meneruskan legasi keluarga Endek (yang mulanya kucing tanpa nama). Personafikasinya, Kojo' seorang yang pendiam, feminin dan sopan, kucing yang mula-mula sekali baik dengan aku. Bolong 1 pula tidak feminin tetapi manja dan maskulinnya tidak kenampakan cuma figuranya yang membuatnya kelihatan begitu. Bolong 2 sebenarnya yang paling feminin, pemalu dan introvert. Pena...

Anak kucing : memburu

Assalamualaikum w.b.t Seminggu lalu, pagi-pagi suara mak cemas, anak kucing yang ada 9 ekor itu cuma ada satu menikmati sarapan pagi. Bilangan kucing mak semua ada 19. 3 ekor mama kucing, 3 ekor jantan dewasa, 9 ekor anak kucing dan 4 lagi bayi kucing. 8 daripada 9 ekor anak kucing lenyap. Ah, seekor mama kucing juga tidak hadir, menjadi suspek kejadian. Ini merupakan baru kali pertama berlaku. Sebelum ini, kucing jantan yang dewasa juga pernah 'hilang' sekejap semasa kecilnya tetapi sejam dua jam selepas waktu sarapan pagi, mereka sudah kembali. Memburu. Itu tekaan mama. Tetapi setelah jenuh menunggu, kelibat mereka tidak juga muncul-muncul. Maka,berbagai andaian yang muncul. Mula-mula kami fikir memburu faktor perdana,tetapi semakin masa berlalu, andaian (mungkin lebih tepat tuduhan) yang tidak masuk akal pula yang wujud. Maklum saja, keluarga kucing ini merupakan ahli kami. Sudah cukup rasanya kami kehilangan. Memasuki angka 11 pagi, mama kucing yang tidak hadir tadi (...

Bahagia

Assalamualaikum w.b.t Ada sebuah keluarga tinggal di kampung kami. Jumlah ahlinya ramai. Anak yang sulung sepatutnya menginjak sekolah rendah, mungkin darjah 2 tetapi dia menghabiskan masanya di lot kebun sawit. Semasa aku aktif bersukan (aku paling suka joging) trekku adalah jalan kecil sawit kami di tepi sungai. Terasing. Jauh dari pandangan orang lalu lalang. Pada suatu pagi, anak itu melalui jalan yang sama, jalan pintas untuk ke lot sawit tempat bapanya bekerja. Aku berfikir, 'alangkah baiknya kalau adik ini dapat ke sekolah belajar membaca dan mengira'. Aku merasakan betapa malang nasibnya, anak lain seusianya selayaknya duduk di bangku sekolah dan mulai melakar impian. Impian? Ya,apa impian anak ini? Mewarisi pekerjaan bapanya? Aku dulu sejauh bulan aku impikan. Tidak lama kemudian, figura anak ini sudah lekat di rumah. Datangnya ke kebun sawit sekejap saja. Bapanya sudah tidak dibantu. Tinggal dia di rumah, menonton rancangan tv. Aku semakin berasa kasihan, dia ben...

Memori : family picture

Assalamualaikum w.b.t Beberapa hari yang lepas, aku meluangkan masa di webtoon dan terjumpa manhwa yang aku kira antara yang terbaik pernah ku baca. Lukisan yang simple. Cerita yang rutin. Ia mengingatkanku akan memori. Ketika Ilmi masih bersama kami sehinggalah ketika pemergian bapa, itulah memoriku tentang keluarga. Keluarga kecil kami tidak lazim dengan foto, album... yang ada di album cumalah foto keluarga besar sebelah mak semasa kami melawat datuk dan nenek pada tahun 2005. Kemudian beberapa keping foto raya yang isinya cuma gambar sedang makan. Atau beberapa gambar semasa sekolah, dan Fitri Haris (dulu aku peminat tegarnya- and now I wonder what is I trying to do by keeping his picture?) At the end, I realised that we don't have a single shoot of family picture. We thought we may stay together for a long time. Pernah aku merancang membuat family picture semasa di hari graduasi ku. Tetapi ternyata perkara yang bukan habit terlalu sukar untuk dilaksanakan maka ia menjadi...

Penutup 2016

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat petang Apabila disebut tahun baru, ia adalah hari memperingati pemergian bapa. Apabila disebut akhir tahun, bulan memperingati pemergian Ilmi. Sudah 3 tahun, aku cuma berharap agar dapat melalui hari-hari dengan seadanya. Masih mampu untuk mengucap syukur dan tersenyum. Apabila satu tahun berlalu dan membuka lembaran baru, aku selalu beranggapan bahawa aku sudah cukup matang, tetapi adakalanya aku merasakan ianya dinamik. Ada hal yang tidak dapat aku jalani dengan sebaik mungkin. Peristiwa baru dan termasuk juga berulang. Ada waktu merasakan diri adalah yang teruk sekali. Tidak mengerti dengan diri sendiri. Padahal sudah sehabis mungkin mengingatkan diri dengan hal-hal kedewasaan. Dan jika aku ditanya tahun 2016 ini, hari inilah hari yang paling dingin sekali. Perasaan seperti baru menginjak dewasa. Dan bukan sekadar mahu bersendiri, seperti mahu tidur yang lena. Besok, hari mulai di tahun baru. Menginjak lah, anjaklah ke tempat yang lebih t...

Where we are

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat subuh. Malam tadi aku berkesempatan untuk menghadirkan diri ke majlis kahwin. Aku sudah tidak lazim ke majlis kahwin. Dulu, suatu ketika dulu ia pernah menjadi tempat aku belajar mengenal society. Di kerusi itu, aku lihat society yang sama. Mungkin budaya kita statik. Evolusinya adalah taboo. Atau mungkin generasi sedang menunggu tahta diserah. Dan bakal menuju arah yang sama barangkali? Where we are. Semenjak kembali kepada society, aku kadang berdebar kalau-kalau aku bakal culture shock. First impressionku adalah positif.  But as time passes, is it our culture hardly aged? Haha bukannya aku hendak semuanya berwajah baru tetapi sudah tiba masa untuk kita beranjak dari custom yang we even can't say  proudly to our next generation as something to be inherited. Treasure. Heritage. Ada yang berkata kenapa harus kita serapkan ***si (any adaption, eg: pertembungan di antara dua / lebih budaya). Hujahnya kita punya budaya sendiri. Kalau bukan ...

Ilmi

Assalamu'alaikum w.b.t. dan selamat subuh Empat hari lepas, untuk sekian kalinya mengenang ulang tahun kelahiran Ilmi atau Emmi, arwah adikku yang telah pergi menemui Tuhan. (Al-Fatihah) Sebenarnya aku tidak peka dengan tarikhnya, tapi semenjak tamat kuliah, aku semakin ingat tentangnya. Sewaktu dulu, tiap kali menyambut hari raya, aku akan duduk di beranda rumah atau duduk diam di bilikku, mencari masa dan ruang menyendiri agar berusaha untuk menangis. Berusaha. Memaksa. Sebab waktu itu aku berfikir, kalau aku tidak menangis pasti Emmi berasa disisihkan (betrayed). Mungkin dalam setahun boleh dihitung berapa kali aku teringat kenangan kami, tapi paling tidak pun setahun sekali aku pasti berusaha mengingat biar senang air mataku keluar. Serius, nih. Haha. Walaupun tiap kali menulis tentang Ilmi, aku pasti akan menangis dengan sendirinya. Suatu perasaan yang tak terungkapkan. Rindulah pasti. Now, I am trying to remember any story of Ilmi. ................... ya ampun.....hmmm.....