Assalamualaikum w.b.t. ALHAMDULILLAH..semalam genaplah 20 tahun aku mengemudi bumi yang fana ini. Terasa seperti hendak berpatah balik apabila mengenangkan 'kisah-kisah' lalu.Memperbetulkan segala kesilapan,kekurangan dan kealpaanku.Dan terasa takut untuk mara ke hadapan.Bertambah setahun umur terasa bagai sekelip mata sahaja.Sedangkan hari-hari pun usia kian bertambah. Tiap yang mengucapkan selamat,aku seperti hendak 'pengsan'. Pertambahan usia bererti berkurang lagi tali kita berpaut,semakin hampir pada kematian.ALLAH... Bagaimana hendak aku bergembira pada kelalaian,kealpaan,kesilapan,kesalahan dan banyak macam lagi kemaksiatan yang sering menyelubungi diri.Sedangkan mati itu satu yang pasti. *crying* Terima kasih,mak dan bapa... Mak dan bapa,insan yang sanggup berkorban apa sahaja untukku.Paling berjasa dalam hidupku. Bagiku,hari kelahiran ini,bukan untuk meraikan kelahiranku tetapi untuk menghargai,berterima kasih pada mak dan bapa yang telah membesarkanku se
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."