Assalamualaikum w.b.t. ^_^
Akhirnya,tiba juga hari yang ku nantikan.Weekend!
Ikutkan perancangan hari ni,nak pergi beli barang kat Masjid Jamek. Tetapi tidak seperti yang dirancangkan.InsyaALLAH.Akan datang.
Terima kasih,mak...
Pagi-pagi lagi,mak da telefon,bertanya sama ada aku jadi pergi ke tak(outing).
Semalam aku da minta izin kat mak.Dia bagi.Tapi aku tahu,jauh di sudut hatinya, mak sebenarnya tak nak bagi izin.
Mak kata,dia tak tidur semalaman sebab memikirkan aku hari ni.
Ya,itulah dia naluri seorang ibu. Memikirkan hal anak-anak. Anak-anak jak yang kadang-kadang (mungkin ada juga yang selalu) melupakan perihal mak.
Aku rasa bersalah sangat-sangat.Kenapalah 'gatal' sangat mulut aku semalam nak minta izin keluar.
Tapi,aku rasa bersalah juga kat kawan aku,Suharti sebab da janji kat dia nak gi sama-sama.
Tapi sebelum tu nak gi tengok Futsal kat tempatnya dulu(KLMU).
Mungkin,,(hanya sekadar andaian selepas muhasabah diri pagi tadi)
Mak bagi izin kerana first niat aku kuar setakat nak beli barang-barang keperluan.
Tetapi,setelah berbincang-bincang dengan rakan(melalui SMS)
niat da melencong sikit,nak tengok futsal la pula.hehehe
Akhirnya,plan hari ni gagal.
Alhamdulillah.Banyak cara ALLAH tegur kita.
Aku nak kupaskan sedikit isu yang selalu menghambat diriku.
Apabila kawan-kawan ajak aku kuar (outing) aku selalu bagi alasan taknak sebab takut kat mak aku.ATAU dalam bahasa yang mudah, mak aku tak bagi.Kadang aku tak nak sebab taknk bagi mak aku susah hati.
Apapun alasan,pasti kengkawan kata,itu berdasarkan niat kita.Ya.Aku setuju dengan kata-kata mereka. Tetapi mencegah lebih baik daripada mengubati,right? atau sediakan payung sebelum hujan. atau pun beringat sebelum,nasi menjadi bubur.
Senang cerita,bukan taknak keluar,tetapi,sejauh mana kita mampu untuk mempertahankan iman yang cuma senipis kulit bawang ni?Even kita kat kampus(aku kat UIA) ni pun lalai-lalai lagi, apatah lagi kalau berada di tengah-tengah kawasan maksiat.(teringat kata seorang ustaz,KL merupakan tempat kegemaran syaitan) huhuhu
Berbalik pada persoalan tadi,aku da pernah kuar,tu pun sebab nak buat kajian kat UM.Dapatlah jalan-jalan kejap,seriously,kalau itulah yang semua orang rasa macam apa yang ku rasa,takda lah best sangat outing ni.Atau aku sebenarnya takda perasaanm Nak menikmati 'keindahan' outing ni?
Cuma,aku bersyukur juga coz time outing tu,sekali lagi aku dapat pengajaran,sesibuk mana pun kita,Solat jangan lupa.Jazakillah hu khair pada Ropi'ah yang mengingatkan aku hari tu.
(time tu terfikir nak cepat sampai kat Mahallah je..hehehe)
Mungkin,persepsi setiap orang berbeza. Aku bukanlah orang yang baik, tetapi kita pun tahu mana nak menilai diri kita,sedar di mana tahap kita (walaupun adakalanya tak tepat).
Sebenarnya,susah nak cari kelemahan kita banding kelebihan kita.Sebab itulah kadang tersalah langkah.Kadang terlupa mana yang sebaiknya.
Hargai kebebasan yang kita miliki kerana bukan semua orang dapat menikmatinya. Mungkin,hari ni kita dapat kebebasan itu,tapi tidak pada masa akan datang.
Jadi pilihlah,yang bersifat sementara atau kekal.
Dari Ibnu Umar r.a bahawa Nabi S.A.W. bersabda:"Wanita (isteri) adalah pemimpin atas penghuni rumah suaminya dan anaknya, dan dia bertanggungjawab terhadap mereka"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Besarnya tanggungjawab seorang yang bergelar isteri dan ibu.Sebagai anak,ayuh,ringankan beban ibu. Mudahkan jalan ibu kita untuk menjadi ibu mithali.Kawallah fitrah kita dengan syariat.
Ulasan
Catat Ulasan