Langkau ke kandungan utama

Hati Menangis...

Assalamualaikum w.b.t.
Sudah hampir seminggu saya mencuba untuk menahan diri dan hati daripada menangis. Itulah kenyataannya. Sepanjang perjalanan ke Putrajaya,bermacam perkara yang mengusik hati saya sehinggakan terpaksa menahan tangis di dalam bas.

 Situasi 1
Meskipun berita kehilangan wallet belum sampai ke pengetahuan mak,saya tetap tak selesa memulakan perjalanan tanpa meminta 'restu' dan 'doa' daripadanya. Walaupun terpaksa menahan sebak,saya kuatkan juga hati,'mak,doakan saya ya,hari ni ada urusan penting,mudah-mudahan dipermudahkanNya'.
Jawapan mak dalam tenang membuat hati saya sedikit lega. 'Terima kasih,mak'.
(Seriously,selesai jak panggilan tu, aku nangis.Ni la first time aku rahsiakan sesuatu daripada pengetahuan mak.Maafkan Ela,mak)

Situasi 2
Ketika perjalanan ke Putrajaya(dalam bas),saya duduk belah dua beradik. Sungguh sekali lagi airmata saya nak tumpah.Terimbau kembali kenangan bersama arwah adik Ilmi. Umur dua beradik tu sama dengan lingkungan saya dan adik suatu ketika dulu. Rindu pada waktu itu.....CRYING................
Hanya ALLAH yang tahu betapa rindu saya pada adik.Al-Fatihah.
Tiba-tiba hati saya berbisik,seandainya dia(adik) ada ketika ini,pasti terlerai sedikit beban di bahu. Bukan semua benda boleh dikongsi bersama teman.Bukan tidak percaya teman.Bukan taknak cakap dengan mak dan bapa. Tapi perlukan insan yang benar2 diperlukan.Bukan bermakna tiada yang diperlukan.Tapi hanya satu.Sayangnya satu itu telah pergi.Bukan menyalahkan takdir,tapi inilah naluri. Mana mungkin akan ada pengganti.Hanya dia yang satu.

Situasi 3
Sama seperti situasi 2,tetapi dari persepsi berbeza, saya membayangkan mak berada di tempat si ibu. Membayangkan mak,mendidik saya...betapa sukar mendidik anak,walaupun seorang. Cuba mendalami naluri seorang ibu di mana dunianya disempitkan hanya untuk anak-anak. Katalah apapun, anak yang nakal tetap disayangi. Tunjuklah intan permata, dimatanya hanya dibutakan buat keinginan anak-anak. Yang utama,anak tak menderita seperti mana diwaktu kecilnya.Yang utama, anak dapat didikan agama, tak jahil sepertinya.

Situasi 4
Hidup tanpa rakan perjuangan memang payah. Syukur alhamdulillah,ALLAH hadirkan teman untuk saya susuri Ujian ini.Tanpa mereka,mungkin saya duduk terjelopok di tepian,menangisi apa yang terjadi. Resah gelisah...
Terima kasih Noreen,teman pergi buat Kad Matrik...Terima kasih Masnah,teman pergi Putrajaya.
Hari ni,pertama kali dalam hidup,membuat urusan rasmi tanpa mak dan bapa. Rasa terharu sangat,Masnah sudi temankan. Malah segala ketakutan yang terbayang di minda(almaklum aku ni suka berimaginasi yang thriller-cth urusan buat mykad ni aku boleh bayangkan masuk jail-hampeh) semuanya lenyap.
Hanya ALLAH sahajalah yang dapat membalas jasa kalian...

 Kesimpulan
Kehidupan ini,banyak liku-likunya. Terkadang kita terlupa bahawa walaupun zahirnya tampak keseorangan tapi hakikatnya kita berteman. ALLAH takkan biarkan kita keseorangan menempuh UJIAN. Buktinya,dia kirimkan teman yang sudi membantu, adik yang prihatin dan perkhabaran baik mengenai mak dan bapa(sihat walafiat). Meskipun ada masalah lain lagi yang timbul,masih ada lagi yang lebih baik untuk disyukuri.

(post ni la paling banyak aku nangis...sebenarnya semenjak kat dalam bas lagi aku nak nangis teresak-esak,tapi malu kat Masnah..hehehe)

Ulasan

  1. hahaxxxxxxxxx
    lelaaa lucu r ko nie
    ta pe nty kte jenjln agy kt sne n shooping skali yee........huhu,bhye btol r aq nie klo da jln da ta egt nk blk nsib baek r ad lela...thxzs my frend
    -mas

    BalasPadam
  2. hehehe..thanx friend.. >_<
    insyaALLAH,temankan aku lagi gi Putrajaya.
    mudah-mudahan da dapt id card tu... amiinn..
    thank u again komen and follow...
    saranghaeyo chingu...:D

    BalasPadam
  3. ase nk nanges gk....:((
    nurul

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share