Assalamualaikum w.b.t Community Service. Semalam cari point mengenai community service. Teringat kisah 3 tahun lalu semasa menyertai National Service/ PLKN. Menyingkap kembali lembaran 2009, saya amat berterima kasih kerana sesungguhnya banyak yang telah saya pelajari setelah menjalani kehidupan di dalam kem selama hampir 3 bulan. Perubahan atau penghijrahan bukan bermakna kita hendaklah bertukar secara 100% dalam satu masa. Bagi saya biar sikit-sikit asal dilakukan secara istiqamah. Seandainya dulu, semasa di kem saya telah menghabiskan wang hampir mencecah Rm 1000, tidak termasuk elaun Rm150 sebulan... Kini, baru saya sedari apa makna 'kewangan'. Duit menjadi salah satu benda yang sering berlegar-legar di minda saya tiap malam. Memikirkan bagaimana nak save bajet.... Seandainya dulu, saya gagal untuk menjadi teman yang baik, kini saya mencuba untuk memahami tiap insan yang hadir dalam hidup saya. Saya bukan teman yang baik. Ya. Bukan. Sejauh manakah potensi saya
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."