Assalamualaikum w.b.t
Community Service.
Semalam cari point mengenai community service. Teringat kisah 3 tahun lalu semasa menyertai National Service/ PLKN.
Menyingkap kembali lembaran 2009, saya amat berterima kasih kerana sesungguhnya banyak yang telah saya pelajari setelah menjalani kehidupan di dalam kem selama hampir 3 bulan.
Perubahan atau penghijrahan bukan bermakna kita hendaklah bertukar secara 100% dalam satu masa. Bagi saya biar sikit-sikit asal dilakukan secara istiqamah.
Seandainya dulu, semasa di kem saya telah menghabiskan wang hampir mencecah Rm 1000, tidak termasuk elaun Rm150 sebulan... Kini, baru saya sedari apa makna 'kewangan'. Duit menjadi salah satu benda yang sering berlegar-legar di minda saya tiap malam. Memikirkan bagaimana nak save bajet....
Seandainya dulu, saya gagal untuk menjadi teman yang baik, kini saya mencuba untuk memahami tiap insan yang hadir dalam hidup saya. Saya bukan teman yang baik. Ya. Bukan. Sejauh manakah potensi saya sebagai seorang kawan yang baik pada kalian? Saya pernah mengenal kata 'kawan' dulu, tetapi kata itu lenyap kini. Kerana itu saya percaya, sesiapa sahaja boleh jadi 'kawan'... tetapi untuk kekal sebagai 'kawan' itu amat payah. Ada insan yang selama ini hanya memandang kita dari jauh tetapi setianya berpanjangan..ada yang terlalu dekat tetapi setianya cuma sesaat.
Mungkin, kita alpa, persahabatan tanpa dasar kasih kerana ALLAH.
Pertemuan dan perpisahan... saya ditakdirkan mengenali seorang teman yang berlainan bangsa dan agama. Alhamdulillah, saya tahu di mana tahap 'keimanan' saya. Cuma senipis kulit bawang. Istikharah ketika itu menunjukkan saya jalan perpisahan. Saya yakin pasti ada yang terbaik menunggu di hadapan. Datang dan perginya, saya umpamakan sekeping kertas putih. Seumpama tiada apa yang pernah terjadi. Noktah.
Mengambil ikhtibar daripada kisah kelekatu dan ikan.
Kelekatu.. berapa ramai bilangannya yang tamat riwayatnya akibat melanggar 'lampu' kalimantang, tetap juga kelekatu lain melakukan perkara yang sama. Bukankah sudah tertera di depan mata akibatnya?
Ikan.. pengakhiran hidup ikan selalu dikaitkan dengan mata kail. Seekor ikan menasihatkan teman-temannya yang lain agar jangan terpedaya dengan umpan mata kail. Tetapi nasihat itu tak diendahkan. Tetap juga tergoda dek umpan yang memancing. Sayangnya, tiap yang terpedaya tidak akan pulang kembali ke dasar sungai untuk menyatakan kebenaran nasihat itu.
Begitulah kehidupan kita di dunia ini. Kisah umat terdahulu sepatutnya kita jadikan ikhtibar. Dunia ini tidak akan ada yang mampu milikinya walaupun sering diburu oleh manusia sejak dulu lagi. Hanya DIA pemilik Abadi. Terkadang kita juga lupa dan tidak sedar, banyak peluang yang telah diberiNya untuk kita mengubah kesilapan lalu. Cuma kita saja yang penuh khilaf hanya tahu meminta peluang kedua sedangkan peluang itu sudah berulang kali diberiNya.
Sesungguhnya, saya bukanlah orang yang baik-baik tetapi sudah semestinya keinginan untuk menjadi baik itu sentiasa ada. Setiap insan punya masa silam sendiri. Setelah tamat PLKN, saya sedar terlalu banyak perkara yang saya tinggalkan, terlalu banyak perkara yang saya abaikan... terlalu banyak yang perlu diperbaiki, terlalu banyak yang perlu ditambah dan terlalu banyak untuk dikurangkan..
Tiada istilah terlambat untuk berubah... selagi pintu 'kasihNya' masih terbuka untuk kita rebutlah peluang itu. Salam istiqamah!

Ulasan
Catat Ulasan