Assalamualaikum w.b.t. Sudah lama tidak melukis, ternyata kaku tangan ini kian terasa. Sedih? Kecewa? Pastilah. Semenjak di bangku sekolah lagi, saya mencuba untuk melukis watak2 kartun yang saya minati. Tapi tiap kali itu jugalah saya gagal. Setelah menginjak ke usia 17 tahun barulah impian itu tercapai. Gembira? Pastilah. Alhamdulillah. Namun begitu, detik-detik 'gemilang' itu semakin pergi. Ya, mungkin keinginan yang 'melampau', saya ingin mencuba untuk melukis watak yang lebih mencabar... hasilnya... tiada. Saya terlalu mendesak kali, ya? Mungkim harus bersabar.Ya, sedikit masa saja lagi, saya pasti boleh. Apapun, semenjak akhir-akhir ini, entri 'Hobi' semakin menerima kunjungan. Adakalanya, gusar hati ini kelak dilanda 'riak'. Allah, jauhkan aku daripada penyakit hati. Amin. Kali ini, hanya lukisan ini sahajalah dapat saya persembahkan. Maaf, kerana gambar ini tak lengkap... sepatutnya ada dua watak lagi,tapi saya tak dapat teruskan. Maaf j
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."