Assalamualaikum w.b.t.
Lewat malam begini, kehendak hati untuk menulis tidak dapat ditolak. Sejujurnya saya tidak punya draf, hatta tajuk pun saya 'main' taip saja.
Teman,
Pernah dengar kata 'sesal'? Pernah mengalami situasi 'sesal'?
Itulah yang tengah berlegar-legar di kotak pemikiran saya sekarang. Saya yakin, sesiapa sahaja pasti melakukan sesuatu dengan harapan tidak akan merasa 'sesal' di masa akan datang. Sebelum melakukan sesuatu, harus didahului dengan pertimbangan yang berulangkali.
Saya? Apabila sebut 'sesal' automatik ingatan saya kembali kepada lembaran 3 tahun lalu. Semasa berada di Kem PLKN Jugra Banting. Saya mengingati setiap kelas yang saya hadiri dan paling kukuh dalam ingatan adalah kelas pertama. Kerana kelas pertama memberi efek kepada kelas-kelas selanjutnya. Setiap kali memulakan kelas tersebut (bina jati diri) jurulatih akan memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk meluahkan apa sahaja yang ingin diluahkan. Saya?
Meskipun ketika itu, bermacam-macam ayat telah tersusun rapi dalam minda saya, ternyata 'kurang yakin pada diri' mengatasi segalanya. Hasilnya, sampai saat ini, tiap kali berhadapan dengan ramai, automatik saya teringat detik itu. Fobia?
Berikutan hal itu, saya cuba untuk mengatasi masalah tersebut. Saya cuba untuk menolak ke tepi kata-kata seperti ini... "seandainya saat itu aku beranikan diri..."
Saya hendak membuang jauh kata 'sesal' kerana sesungguhnya saya bersyukur dapat menyertai PLKN. Tetapi tidak dapat tidak, saya tidak dapat lepas dari lorong-lorong hitam ini.
Saya mempunyai seorang guru yang sering menceritakan pengalaman-pengalaman hidupnya kepada kami sekelas. Dari sudut pandang biasa, kenapa harus semuanya diolah? Pentingkah?
Jauh di sudut hati, saya bangga dengan 'pengalaman' dan 'jalan hidup' yang dilaluinya. Kerana jalan-jalan itu menuju destinasi kini...dihadapan kami dia berdiri sebagai seorang guru yang punyai pelbagai 'rempah' hidup. Di situ dapat saya lihat, tiada sesal dalam kamus hidupnya.
Maka, saya akui pendapatnya, tiada yang mustahil hari ini untuk hari esok. Cuba untuk tidak menyalahkan satu-satu perkara atau dalam kata lain menjadikan perkara lain sebagai alasan kegagalan hari ini sedangkan sayalah sendiri pemutus kepada simpang mana yang ingin saya lalui. Sudah menjadi amanah saya untuk memegang tanggungjawab tersebut. Semuanya. Terhadap diri saya.
Petang tadi saya terbaca ayat ini-alangkah indah jika dapat mengucap selamat tinggal kepada dosa dan katakan pada diri-"Saya diciptakan ALLAH terlalu baik untuk membuat kemungkaran". (Majalah Gen-Q)
Adik-adik yang disayangi di luar sana, hati-hati mendengar muzik, fahami maknanya terlebih dahulu. Ingatlah musuh-musuh Islam takkan pernah duduk diam. Sama-samalah kita Istiqamah dalam perjuangan ini...ingatan buat diri ini dan juga dirimu, kerana kamu saudara seislamku.Kerana kelak dirimu tidak menyesal. Ini bukan pilihan tetapi kewajipan dalam menegakkan kesucian agama kita.

Ulasan
Catat Ulasan