Assalamualaikum w.b.t. Nampaknya, bulan ini saya kurang menulis. Ada rasa kelainan kerana kebiasaan mengeluarkan idea (meskipun idea itu masih lemah) tidak lagi menjadi habit. Tiba-tiba rindu pada diri yang tidak gentar untuk mengeluarkan buah fikiran, pandangan terhadap ‘ fenomena ’ hari ini dan perkongsian perjalanan hidup. Terkadang diri ini malu, malu hanya tahu berkata tanpa pembuktian akhlak yang bisa kalian contohi. Saya sedar siapa diri saya. Kali ini, izinkan saya untuk berkongsi pengalaman sebulan lalu, pengalaman kecil tetapi besar maknanya dalam hidup saya. Bergelar pelajar Universiti Islam Antarabangsa(UIA), terkadang mengundang ‘ ketidakselesaan’ kerana ada yang menganggap kami ‘ sempurna ’. Hakikatnya kami juga insan biasa yang masih dalam penghijrahan. Saya lebih suka ‘ ditegur ’ sebagai seorang pelajar seperti mahasiswa/i di universiti yang lain. Kisahnya bermula dengan situasi di dalam teksi dalam perjalanan balik ke Mahallah (hostel). “ Da tahun berapa?”s
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."