Assalamualaikum w.b.t.
Nampaknya, bulan ini saya kurang menulis. Ada rasa kelainan kerana kebiasaan mengeluarkan idea (meskipun idea itu masih lemah) tidak lagi menjadi habit. Tiba-tiba rindu pada diri yang tidak gentar untuk mengeluarkan buah fikiran, pandangan terhadap ‘fenomena’ hari ini dan perkongsian perjalanan hidup. Terkadang diri ini malu, malu hanya tahu berkata tanpa pembuktian akhlak yang bisa kalian contohi. Saya sedar siapa diri saya.
Nampaknya, bulan ini saya kurang menulis. Ada rasa kelainan kerana kebiasaan mengeluarkan idea (meskipun idea itu masih lemah) tidak lagi menjadi habit. Tiba-tiba rindu pada diri yang tidak gentar untuk mengeluarkan buah fikiran, pandangan terhadap ‘fenomena’ hari ini dan perkongsian perjalanan hidup. Terkadang diri ini malu, malu hanya tahu berkata tanpa pembuktian akhlak yang bisa kalian contohi. Saya sedar siapa diri saya.
Kali ini, izinkan saya
untuk berkongsi pengalaman sebulan lalu, pengalaman kecil tetapi besar maknanya
dalam hidup saya. Bergelar pelajar Universiti Islam Antarabangsa(UIA),
terkadang mengundang ‘ketidakselesaan’ kerana ada
yang menganggap kami ‘sempurna’. Hakikatnya kami
juga insan biasa yang masih dalam penghijrahan. Saya lebih suka ‘ditegur’ sebagai seorang pelajar seperti
mahasiswa/i di universiti yang lain.
Kisahnya bermula dengan situasi di dalam teksi dalam perjalanan balik ke
Mahallah (hostel).
“ Da tahun berapa?”soal
pakcik driver.
“Pertama” jawab kak Rin
mewakili kami berdua. (Rin bukan nama sebenar :P)
“Ohh.. patutlah tak tahu
Undang-undang Teksi. Kalau ikut Undang-undang, dalam teksi tak boleh minum.
Anak-anak pakcik pun pakcik tak bagi minum kat dalam teksi ni. Pakcik pun
sendiri tak minum dalam teksi. Kalau nak minum, pakcik keluar dari teksi.”
Mendengar kata-katanya,
saya terpinga. Sampai begitu sekali? Atas dasar undang-undang?
“Kamu ni pelajar UIA,
pelajar UIA penuh adab. Teksi ni umpama rumah, kalau kamu pergi rumah orang,
mana boleh minum sesuka hati. Ada adabnya.” Syarah pakcik tu.
“Maaflah pakcik, kami tak
tahu tak boleh minum kat dalam teksi. Err.. lain kali pakcik lekatlah list
undang-undang tu supaya kami boleh tahu.” Jawab kak Rin.
“Semua orang tahu
undang-undang tu, kamu je yang tak tahu. Balik nanti cuba tanya kat
kawan-kawan.”
Begitulah serba sedikit
suasananya. Sebenarnya ada lagi tapi saya pendekkan cerita, pakcik tu sedaya
upaya nak tegakkan Undang-undang Teksi. Terkadang pelik juga, kita hari ni
banyak yang takut dan patuh pada undang-undang ‘buatan
manusia’ berbanding suruhanNya. Contohnya, pakai
pakaian uniform bagi kakitangan kerajaan, tetapi masih tengok bentuk badan bagi
yang perempuan. Atas arahan pihak atasan kita patuh tapi arahan yang Maha Agung
tak takut nak langgar. Pelikkan?
Bukan pula saya nak
mengenakan balik pakcik tu, tapi saya pelik sebab dia sampai tahap tak minum
dalam teksi kerana itu termaktub dalam undang-undang. Tapi yang lebih pelik,
dia tak pakai pakaian uniform putih bagi pemandu teksi. Bukankah itu lagi
ditekankan? Cakap tak serupa bikin? Kad pemandu kat bahagian depan pun tidak
dilekat...malah seperti yang kak Rin nyatakan, list undang-undang teksi
juga tiada. Kesimpulannya???
Inilah kondisi masyarakat
kita hari ini. Sesiapa sahaja boleh bercakap itu ini selagi dia punya ‘kuasa’ untuk menegakkan haknya. Tapi apabila dia
sendiri melakukan salah, didiamkan sahaja. Di mana keadilan? Kalau keadaan ini
berterusan, semakin bermaharajalela lah “pengampu-pengampu
kuasa”.Bukan pula saya hendak menyatakan bahawa pakcik tu kena sempurna
100% baru boleh nak tegur, alhamdulillah, kami boleh terima tegurannya tapi
bukan dari aspek seorang pemandu teksi tetapi nasihat daripada seorang yang
lebih tua kepada golongan muda. Inilah masalahnya, kami memandang dia sebagai ‘senior’ tetapi dia pandang kami sebagai mahasiswi UIA.
Tujuan saya menulis kisah
ni bukan untuk memburuk-burukkan pakcik tu atau sesiapa sahaja yang berkenaan,
cuba ambil dari sudut positif. Terkadang kita sedar kesilapan orang lain tapi
kesilapan diri tak nampak. Saya amat berterima kasih pada pakcik tersebut kerana
dalam masa perjalanan setengah jam tersebut membuat saya berfikir selama hampir
sebulan mencari hikmah disebaliknya. Sesungguhnya penulisan saya ini tidak lain
untuk kita sama-sama bermuhasah, mungkin cerita ini sedikit sebanyak terkait
dengan kehidupan anda selama ini, mana tahu? Selamat berhijrah dan istiqamah...
^^
Ulasan
Catat Ulasan