Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

sorotan pembacaanku...

بسم الله الرحمن الحيم Assalamualaikum w.b.t. Sejak akhir-akhir ini, aku seumpama kembali ke zaman 'muda' (sekolah menengah). Ya, masih segar lagi, darah muda yang menyala-nyala suatu ketika dulu, saat awal aku mengenal dunia penulisan. Maka, dikesempatan yang semakin terbuka luas ini, rakus mataku menjamah satu persatu atur buku di perpustakaan Universiti. Aku lihat nama Arenawati, Pak Sako, A.Samad Said, Shahnon Ahmad, Noordin Hassan dan Muhammad Hj Salleh..tapi mataku terpaku lama pada satu nama, Usman Awang. Akhirnya setelah puas menyelongkar rak Bahasa Melayu itu, aku pinjam 4buah buku, Koleksi Terpilih Sasterawan Negara Usman Awang, dan 3 novel bersiri ARMAGEDDON (Mandala, Menorah dan Pentagon) karya Arenawati. Lazim aku memegang sebuah buku tidak melebihi 3hari.. tapi harapku kesemua buku itu bisa kupulangkan sebelum minggu baru bermula. Agak terlewat aku membaca buku-buku ini tetapi berikutan 'kelalaian'ku mengisi usia,maka setua begini baru berkesempatan.

Nota-nota semalam dan hari ini.. :)

 بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t. Seminggu menyepi,sebenarnya mashghul dengan aktiviti luar, tasmi' dan exam midterm. Apabila sebut perihal midterm, hanya ALLAH yang tahu betapa banyak perkara lagi yang perlu saya pelajari. Kagum saya ketika bertemu rakan-rakan yang arif arabic. Berbanding dengan saya, persoalan tertumpu balik pada diri, apa yang saya habiskan dalam masa 21tahun ni? Bertitik-tolak daripada persoalan-persoalan itulah, mudah-mudahan keluar sahaja daripada madrasah ramadhan ini, saya menjadi seorang yang baru. Menambah yang mana yang patut ditambah dan mengurangkan yang mana patut dikurangkan. Sebelum tu, salam Ramdhan. *smile* Ini merupakan ramadhan kedua saya berjauhan daripada keluarga. Walaupun sudah punya pengalaman berpuasa di asrama dan kem PLKN, tapi kali ini suasananya agak berbeza. Tambahan lagi, harus menghabiskan waktu ramadhan di universiti. Dulu, sahur ada yang kejutkan, ketuk pintu dorm ke dorm. Kalau kat PLKN, jurulatih 'turun

BTOB - Father Lyrics

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t. Antara lagu yang saya minati adalah Father oleh BTOB. Dahulu, saya cuma mendengar lagu tanpa menyelidiki maknanya. Walaupun tidak mengenali siapa BTOB ini, saya amat tertarik pada lirik lagu tersebut, pada saat awal mendengarnya, saya menangis. Kini, tiap kali mendengar lagu tersebut (in korean language) saya seolah-olah sudah mengerti setiap kata yang diucapkan. Maka, saya cadangkan anda untuk mendengarnya.. ^^ English Translation: His lonely back seemed so unfamiliar I just watched him as he walked along And tears just formed so I just cried Because I hated myself for not knowing all this time Because he always pretended to be calm and smiled Because he always pretended to be strong in front of me I didn’t even think of it, I thought I would never see it So I didn’t know about his lonely back I didn’t know back then, I was too young You must have been lonelier than anyone else but I didn’t approach you Now I finally

bicaralah

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya sudah lama saya kehilangan 'ilham' untuk menulis kerana sebelum ini saya banyak menulis berdasarkan kehidupan seharian saya, hikmah yang dapat saya ungkap. (yang tak terungkap menjadi 'rahsia' saya dan hanya tempatNya sahajalah selayaknya dibicarakan). Tetapi, setelah mengetahui kelaziman yang dilakukan oleh Ustaz Felix, seorang rakan telah memperkenalkan saya hasil tulisannya, maka secara automatik, semangat itu kembali. Habit. Tipu andai saya tidak pernah terfikirkan respon para pembaca, meskipun saya sendiri tidak pasti sama ada blog saya punya pembaca atau tidak. Nasihat saya kepada diri ketika menulis, bayangkan entri ini saya tujukan khas buat diri saya sendiri. Tidak perlu fikirkan pemikiran orang lain. Bukan saya tidak menghormati mereka yang bergelar pembaca tetapi rasa canggungkan kalau entri tu dibuat sekadar menyedapkan hati orang lain tapi hati sendiri tidak tersentuh? Oleh itu, respon pembaca buk

terima kasih... :)

بسم الله الرحمن الحيم Assalamu’alaikum w.b.t. Teman, seperti baru semalam kita bertukar senyum dan salam. Masih segar riak malu bicara dan laku, pemula roda-roda tawa dan duka kita. Meskipun bukan semuanya kita saling tahu-menahu tetapi mengetahuimu beragama membuat hatiku cukup lega. Kerana mereka yang menjaga perhubungannya dengan Pencipta pasti tidak akan lalai dalam perhubungannya sesama makhluk ciptaan Penciptanyakan? Manifestasi  dalam persahabatan itu mudah. Ukhwah fillah. Indikatornya tidak mensyaratkan kita untuk berpakaian berjenama, saling berbelanja, serba tahu dunia hiburan, akademik straight A’s, dan punya keistimewaan yang tertentu. Meskipun adakalanya, terdapat sebilangan waktu kita memerlukan ‘sokongan’ wang, namun ikatan yang didasari wang semata tidak berpanjangan. Bahagianya Cuma di dunia sedangkan kita memerlukan yang bersifat abadi. Kerana itu, menemui kalian membuat aku bersyukur, sering mengingatkanku sebagai hambaNya. Teman, ku sanjungimu kerana a