بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.
Sebenarnya sudah lama saya kehilangan 'ilham' untuk menulis kerana sebelum ini saya banyak menulis berdasarkan kehidupan seharian saya, hikmah yang dapat saya ungkap. (yang tak terungkap menjadi 'rahsia' saya dan hanya tempatNya sahajalah selayaknya dibicarakan). Tetapi, setelah mengetahui kelaziman yang dilakukan oleh Ustaz Felix, seorang rakan telah memperkenalkan saya hasil tulisannya, maka secara automatik, semangat itu kembali. Habit. Tipu andai saya tidak pernah terfikirkan respon para pembaca, meskipun saya sendiri tidak pasti sama ada blog saya punya pembaca atau tidak. Nasihat saya kepada diri ketika menulis, bayangkan entri ini saya tujukan khas buat diri saya sendiri. Tidak perlu fikirkan pemikiran orang lain. Bukan saya tidak menghormati mereka yang bergelar pembaca tetapi rasa canggungkan kalau entri tu dibuat sekadar menyedapkan hati orang lain tapi hati sendiri tidak tersentuh? Oleh itu, respon pembaca bukan tujuan perdana saya melainkan melahirkan perasaan 'puas hati' untuk diri sendiri ketika dalam proses penulisan sesebuah entri. Saya tidak suka mencari penghasilan, saya cuma mahukan tangisan yang 'ikhlas' lahir secara luaran dan dalaman saya.
Secara tiba-tiba berbicara mengenai hal ini, saya tidak layak untuk menasihatkan kalian di luar sana, tetapi saya dapati ramai yang ingin menulis tetapi malu. Life is choice. Kita juga boleh jadi penulis. Keluarkan pendapat. Setiap antara kita ada ideologi tersendiri. Selagi kita sanggup memegang 'tanggungjawab' atas penulisan kita, mulalah dan teruskan menulis. Andai kita takut hadapi pemikiran pembaca, maka jadilah penulis kepada diri sendiri. Seseorang bukan digelar penulis berdasarkan bilangan pembacanya atau bilangan patah perkataannya . Saat kita mula menulis, kita sudah memegang watak sebagai penulis. Cuma, kitalah penentu jenis penulisan yang ingin diceburi. Mengungkap huraian Ustaz Felix, Penyanyi jalanan atau penyanyi pentas adalah sama, penyanyi. Mereka berada dalam bidang yang sama. Hiburan. Tetapi keberhasilannya berbeza berdasarkan cara penyampaian mereka. Penyanyi jalanan yang hanya memerlukan alat-alat muzik dan suara, manakala penyanyi pentas perlu menambah beberapa 'item' seperti 'dewan'(pentas), speaker, tempat duduk untuk audiens, air-cond dan banyak lagi. Maka imbuhan yang diterima pastilah setimpal dengan 'usaha' mereka.
Andalah penentu. Mahu sepopular penulis di luar sana atau menjadi penulis biasa tahap bawah seperti saya. Menulis untuk siapa? Kalau tidak mampu menulis untuk orang lain, cukuplah untuk diri sendiri terlebih dahulu. Mungkin ada yang dapat dikongsikan dengan yang lain. Hargai sejarah hidup anda kerana bukan semua yang mengalaminya.
(kita saling membisu, ada yang ingin ku khabarkan, dan mungkin ada yang ingin kau nyatakan. aku bukan siapa-siapa, impianku cuma begini. andai kau pernah berada di sini, sejak awal hingga tahap kematanganku tiba, teruslah berdoa moga bicaraku tidak tersasar. Biarkan bisu sampai ke akhirnya.)

Ulasan
Catat Ulasan