Langkau ke kandungan utama

#cerita persahabatn

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Perkara yang paling ditakuti pada pertemuan adalah perpisahan. Takut untuk bersendiri. Takut akan ditinggalkan. Apatah lagi oleh mereka yang dipercayai dan disayangi.

Lupa. Tiap yang hadir adalah pinjaman. Lupa. Kita sekadar peminjam.

Ketamakan diri adakalanya memakan diri sendiri. Kita sebut ia sebagai mempertahankan. Kita namakannya sebagai usaha: Pengorbanan. Cinta. Kasih.

Tapi, pernahkah kita terfikir bahawa, ketamakan diri ini menyiksakan? Buatnya, juga buat kita.

Dia,Pemilik dia. Dia, Pencipta dia. Cinta dan kasihnya lebih daripada cinta dan kasih yang kita tatangi. Sudah pastilah, Dia yang Maha Tahu yang Terbaik buat dia, kita, ciptaanNya.

Ujian adalah teguran, panggilan dan jawapan.  Mungkin, silapnya pada kita sendiri. Cinta dan kasih kita terlalu pada ciptaan berbanding pada Pencipta, Pemiliknya.

'Kalau mahu dapatkan sesuatu, mintalah daripada Penciptanya.'

Ujian adalah tarbiah diri untuk menjadi hamba yang CEMERLANG di hadapanNya. Dia tidak akan sekali menguji di luar kemampuan hambaNya.

Ujian adalah kehidupan. Ibarat air sungai yang mengalir, tertutup satu jalan, akan ada aliran lain yang terbentuk. Seandainya sudah sememangnya diri tidak mampu mengubahnya, mungkin jalan perpisahan itu yang terbaik. Perpisahan dalam erti berjauhan.

Jangan dinilaikan sesebuah perhubungan dengan masa dan jarak. Lama-kelamaan ia akan mengaburi hati, hilang arah, kasih yang bukan dalam erti yang sebenar.

Teman, kawan, rakan, sahabat, chingu... apa sahaja gelaran kalian, terima kasih kerana hadir dalam hidup ini. Sekejap atau lama bukan soalnya. Sebab kalian hadir mewarnai kanvas hidup, sama ada sedikit atau banyak, ia tetap berwarna.

Bertemu kerana Allah, tentu berpisahnya tidak gelisah. Allah adalah pemilik kekal. Kita cuma pinjam sementara. Jadi, manfaatkanlah pinjamanNya dengan sebaiknya. Kelak akhirnya tiada penyesalan. Apabila tiba saat untuk dilepaskan, redhakanlah. Semoga bertemu insan yang jauh lebih baik. Kerana kita adalah sahabat, maka sampai bila-bila bersahabat.

( akak rasa kasihan atas apa yang terjadi pada adk. tp akak lagi kasihan pada diri akak, tidak memahami dan menjiwai. terima kasih, kerana melalui kamu, akak belajar yang dinamakan #sahabat# mungkin kenangan lama, telah membawa jauh aku sampai ke tahap ini. kosong. tiada apa yang tinggal.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...