بسم الله الرحمن الرحيم
It's been a long time. Saya rindu pada laman ini. Pada kamu. Ya, baik secara kebetulan atau sengaja keberadaannya di sini. Saya rindu untuk berkongsi sesuatu. InshaAllah, hal yang berguna hendaknya.
Semester baru sudah berlalu seminggu lalu. Namun, bahang kemalasan dan cuti masih menyengat. Saya ringkaskan, saya cuma mengambil 18.5 credit hours (sudah banyak tu, bagi saya) untuk semester ini. Ada harapan dan angan yang terselit. Moga termakbul. Untuk kamu juga. Harapan dan angan kamu. Amin.
Meskipun semester baru bermula, bermacam-macam tugas sudah diamanahkan. Bila disebut satu-satu, pening kepala hendak mengurusnya. Tapi, beginilah. Still, duduk-duduk sambung angan-angan. Atau mungkin, membasahkan muka dengan drama melankolik korea. Tak pun gelak guling-guling dek running man. Pejam celik, pejam celik, tarikh submit tugas pun tiba. Maka timbullah trend 'mata panda'. lol
Seorang teman saya, meminta tolong untuk dihantarkan pesanan rinkas setiap kali aktiviti yang wajib dihadiri (berkaitan IWFF) padanya. Sudah menjadi suatu kemestian, saya balasi, InshaAllah. Dia berulangkali mengingatkan saya hal yang sama. Mula-mula, rasa dipercayai sebab diamanahkan untuk menghantar pesanan, lama-lama rasa tidak dipercayai pula.
Kemudian, dia pun memberitahu saya bahawa, SELALUNYA, 'InshaAllah Melayu' berbeza dengan maksud sebenar InshaAllah itu sendiri. Really? (Dia angguk laju!) ehhhh... tak perasan pula. Mungkin. Kebetulan, kawan saya ini telah berjanji (minggu lalu) untuk memberikan ole-ole dari negaranya kepada saya dan seorang lagi teman saya. Hendak dijadikan cerita, ketika itu, dia belum melunaskan janji tersebut. Minggu lepas, sungguh-sungguh dia cakap 'InshaAllah' nak bagi ole-ole tapi hari ni tak sentuh sikit pun hal tu.
Nak kata dia Melayu, tak juga. Sungguh.
Akhirnya, selepas kelas, dia memanggil saya dan menyerahkan ole-ole tersebut dan minta dititipkan untuk teman yang satu pula. Dia memohon maaf sebab tidak sentuh sikit pun hal ole-ole tersebut semasa di dalam kelas. Even, teman sempat lagi bertanya, "ole-ole mana?" Katanya,dia tak nak classmate lain kecik hati. MashaAllah. Terharu.
Dia sungguh bukan Melayu.
(InshaAllah 'versi Melayu', "I'll see if I have time or not".)

Ulasan
Catat Ulasan