Assalamualaikum w.b.t. Tangga rumah lama kami sudah tidak kelihatan sepertinya, apa mungkin bisa kaki jejak ke beranda? Di situlah, menghampiri azan maghrib, seingatku bapa memukulku buat pertama kalinya selepas pemergian adik Ilmi. Mungkin, ada episod lain tapi ini yang kekal di ingatan sampai sekarang. Ramai yang menyangka kalau anak tunggal, ditatang bagai minyak yang penuh. Tentulah tidak. Didikan mak dan bapa tidak berdasarkan kuantiti tetapi kualiti. Kerana itu, aku kerap kali mengeluh menjadi anak tunggal, satu-satunya dimarahi. Setidaknya, apabila berbuat salah, hukuman dapat diagihkan, emosi dan jasmani sesama adik-beradik. Petang itu, aku kelewatan balik dari bermain di rumah jiran, rumah mak Jumi dan mungkin juga dari rumah Puang Mansur. Aku faham sangat kalau aku dihukum kerana kesalahan sendiri. Sampai sekarang, aku bersyukur wajar benar aku dihukum saat itu kerana pedulinya bapa tentang masa depanku. Tetapi bukan sekadar kisah ini ingin ku kongsikan. Dahulu, kami ada
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."