Assalamualaikum w.b.t. Pada 15 November kami berkesempatan ke Kampong Ulu Kenderong untuk conduct interview (kesinambungan research yang dibuat oleh Prof Wan Hashim-nanti aku cek balik fakta ni). Kami bermalam satu malam dan kembali ke uia pada petang (sampai uia pada waktu malam) iaitu bersamaan dengan 16 November. Ini merupakan trip pertama ku. Pertama kali masuk kampung di kawasan semenanjung, kecuali sekejap sewaktu ke kampung Aida hari tu. Tapi tiada peluang untuk duduk beramah mesra dengan penduduk. Secara kasarnya, kalau hendak dibandingkan dengan kampung keluarga ku menetap, kampung Paris namanya atau lebih spesifik lagi, Kampung Abedon Lama, kampung kami lain dari sudut geografi dan punca pendapatan penduduk. Kampungku dipenuhi dengan pohonan sawit. Kampong Ulu Kenderong, benar-benar kampung. Kalau kawasan rumah keluarga ku, satu rumah satu tanah, kalau jerit, belum tentu ada yang mendengar kecualilah kawasan rumah seperti rumah kami yang terletak di kawasan perbukitan
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."