Assalamualaikum w.b.t.
Pada 15 November kami berkesempatan ke Kampong Ulu Kenderong untuk conduct interview (kesinambungan research yang dibuat oleh Prof Wan Hashim-nanti aku cek balik fakta ni). Kami bermalam satu malam dan kembali ke uia pada petang (sampai uia pada waktu malam) iaitu bersamaan dengan 16 November.
Ini merupakan trip pertama ku. Pertama kali masuk kampung di kawasan semenanjung, kecuali sekejap sewaktu ke kampung Aida hari tu. Tapi tiada peluang untuk duduk beramah mesra dengan penduduk. Secara kasarnya, kalau hendak dibandingkan dengan kampung keluarga ku menetap, kampung Paris namanya atau lebih spesifik lagi, Kampung Abedon Lama, kampung kami lain dari sudut geografi dan punca pendapatan penduduk. Kampungku dipenuhi dengan pohonan sawit. Kampong Ulu Kenderong, benar-benar kampung. Kalau kawasan rumah keluarga ku, satu rumah satu tanah, kalau jerit, belum tentu ada yang mendengar kecualilah kawasan rumah seperti rumah kami yang terletak di kawasan perbukitan. Aishh kalau jerit memang susah orang kampung mahu dengar. Rumah jarak-jarak.
Ini merupakan pengalaman berharga kerana kami menemuramah sambil menjelajah kampung. Aku berpasangan dengan Nashrah, terima kasih sama dia aku tidak perlu menjadi penyoal. Entahlah aku sebenarnya tiada masalah hendak cakap slang semenanjung tapi kalau orang sudah tahu aku asal Sabah, automatik lidahku keras mahu berslang semenanjung. Ceh alasan. Aku dan Nashrah menemuramah 3 rumah. Semuanya okey la. Alahamdulillah. Nanti aku spesifikan lagi (bagi satu post bercerita tentang media: perbandingan pada tahun 1970-an dengan sekarang)
Masa ni, aku sedikit tidak fokus, memikirkan perjalanan mak yang kebetulannya berangkat ke Sabah. Kebetulan pada hari berkenaan (15 Nov) ada perkhabaran amaran Tsunami di lautan Manado. Kalau Tsunami dianggarkan maka boleh jadi kapal laut yang mak naiki bisa terjejas. Alhamdulillah sekembali ke uia, mak khabarkan dia sudah selamat tiba di Nunukan.
Makanan dan penginapan memang terbaik la. Terima kasih banyak penduduk Kampong Ulu Kenderong! Dan kalau ada sedikit kejanggalan mungkin sebab aku tidak kenal ramai pun pelajar yang turut serta. Nampak sangat kami jarang berkomunikasi walaupun datang daripada kos yang sama. Pada hari yang sama kami dikhabarkan pemergian seorang rakan seperjuangan yang sama kos, dan sekembali dari dewan malam itu, kami bagi homestay pelajar comm teori mengadakan bacaan yaasin beramai-ramai. (Al-Fatihah)
Pada 16 nov, paginya kami masih conduct interview, cuma sedikit sahajalah sebab kekurangan rumah untuk dikunjungi (kebanyakan rumah dihuni oleh mereka yang bukanlah penduduk asal Kampong Ulu Kenderong). Selesai satu rumah, aku dan Nashrah cuba meluangkan masa dengan bergambar. Tapi, aku pun tahu kalau tangan ku tidak beraksi dengan baik hari itu. Selepas makan tengah hari kami bergerak balik dan singgah sebentar di Tasik Raban.
Perjalanan yang panjang...
Duduk di tepi Alba membataskan interaksi dan aku juga sefahaman dengannya untuk berdiam. Perjalanan pulang itu membuat aku berfikir panjang, membuang terus sesuatu yang tidak perlu difikirkan terlalu lama. Kita bangkit dengan angan-angan baru~
Nah, foto-fotonya!
|
Bersama teman satu kumpulan. Asalnya bertujuh, tinggal berlima. |
|
Tisu-tisu itu adalah seni. |
|
Antara yang selalu menarik perhatianku, pohonan tiada berdaun. Tersirat kisah sedih pohon yang menanti saat dijadikan kayu api. sudahhh Laila, merepek saja kerjanya. |
|
Aku suka suasana sebegini. Damai. Biru langit. Dalam hati nyanyi-nyanyi lagu Edcoustic, sebiru hari ini. |
|
Buat pertama kalinya tengok kebun getah. Kedua kali sebenarnya. |
|
aku cuma tumpu pada rumah kayu. Sebab aku suka rumah kayu! |
|
Seriously, nostalgia! |
|
Aku tidak kisah mana part yang lawa, yang penting aku sudah sampai sini. |
|
di balik rimbunan buluh. Pun boleh jadi background. |
|
Penat berjalan, singgah sekejap di kedai beli aiskrim panda. hahaha. Comel memang comel, tapi aku memang suka makan benda yang aku suka. Ada orang sanggup simpan coklat bertahun, sayang hendak makan, aku tak tunggu masa, lagi aku sayang, lagi cepat aku makan. lol. |
|
well, sekali-sekali main buaian. |
|
Tasik Raban |
|
Masa aku lihat Yuskahar duduk sini, entah kenapa aku rasa sayu di balik lensa kameraku. hmmm Ada satu perasaan yang tidak bisa kau ungkap. Bagi aku, dia ada cerita sendiri yang dia bawa dan aku bisa lihat di balik lensa. sudahhh mula sudahhh.. |
|
peace!
Feeling-feeling Titanic si Ayu. Nashrah pula barusan tidak tengok lensa. (Y) |
|
hehe kasi selit sikit. |
Saya mohon izin atas mana-mana foto yang terpapar di atas. Tiap yang tertangkap di sudut lensa punya ceritanya. Saya merupakan bagian daripada foto ini, sejarah saya. Terima kasih kalian.
Ulasan
Catat Ulasan