Assalamu'alaikum w.b.t. Sudah agak lama tidak tulis-tulis sini: berteriak, bercerita & berangan-angan. Kalau dibelek-belek album lama, semester lepas, aku banyak berjalan. Tidak juga banyak betul. Cuma banyak daripada selalu. Semester lepas, ada beberapa peristiwa yang tidak terlupakan. hmmm antaranya membangunkan kawan-kawan sebilik seawal 4 subuh kerana plug bilik terbakar. hahaha Kalau ingat lagi ke'mamai'an kawan-kawan masa tu... alhamdulillah nasib juga tidak terbakar bilik kami. Litar pintas 'kecilan' saja? hmmmm Keduanya, impian belum tercapai lagi. Aku bercita-cita untuk dapat duduk di barisan hadapan masa grad nanti. Bercita-cita. Meskipun aku tahu, mak aku pun tak faham 'erti' duduk depan tu. Yang dia tahu, belajar betul-betul. Tapi, sebagai anak kampung, aku perlu sokongan biaya kalau hendak lanjut lagi. Kena lanjut lagi sebelum pulang ke lubuk, berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang-orang kami. Orang kampung. Ketiganya, m
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."