Langkau ke kandungan utama

sem lepas dan sekarang

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sudah agak lama tidak tulis-tulis sini: berteriak, bercerita & berangan-angan.
Kalau dibelek-belek album lama, semester lepas, aku banyak berjalan.
Tidak juga banyak betul. Cuma banyak daripada selalu.

Semester lepas, ada beberapa peristiwa yang tidak terlupakan.
hmmm
antaranya membangunkan kawan-kawan sebilik seawal 4 subuh kerana plug bilik terbakar.
hahaha
Kalau ingat lagi ke'mamai'an kawan-kawan masa tu... alhamdulillah nasib juga tidak terbakar bilik kami. Litar pintas 'kecilan' saja?
hmmmm

Keduanya, impian belum tercapai lagi. Aku bercita-cita untuk dapat duduk di barisan hadapan masa grad nanti. Bercita-cita. Meskipun aku tahu, mak aku pun tak faham 'erti' duduk depan tu. Yang dia tahu, belajar betul-betul. Tapi, sebagai anak kampung, aku perlu sokongan biaya kalau hendak lanjut lagi. Kena lanjut lagi sebelum pulang ke lubuk, berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang-orang kami. Orang kampung.

Ketiganya, melewati setahun pemergian bapa pada 3 Januari bukanlah suatu yang perlu disebut-sebut. Sebutlah sebanyak mana pun, pedih dan sedihnya tetap sama. Kita yang merasa. Kita yang rindu. Kita yang berharap. Biar cuma dalam mimpi. Al-Fatihah

Sebelumnya, 3 November, entah tahun yang keberapa pemergian arwah adik. Boleh kata, hilang sudah rasa dimakan masa. Tapi kami rindu. Sakit. Tinggal cerita sama yang diulang-ulang banyak kali dengan harapan, moga-moga nanti tiada terlupakan. Cerita yang tinggal separuh.

Antara keinginan semester ini untuk terus berkongsi cerita kampus dan juga opini ku. Semester ini banyak masa aku tumpukan pada pembacaan. Beberapa karya Indonesia sudah dimiliki termasukla buku-buku Pak Pram. Beberapa buah buku berlatarkan zaman Jepun. Aku terpaksa meminta tolong daripada rakan punya rakan yang berpergian ke Indonesia atau melayari website yang menjual buku Indonesia. Boleh rujuk bookooville.com.

Aku suka baca. Kata orang, baca buku banyak ilmu. Aku pun berharap begitu. InsyaAllah. Tapi aku tahu, aku benar-benar orang yang bahagianya kerana dapat baca buku tanpa perlu dipadankan dengan luasnya pengetahuan. Memiliki mini perpustakaan di rumah adalah impian ku. Aku juga punya impian pelik iaitu berlancong ke Penang supaya dapat ke Bazar Chowrasta atau berkunjung ke Jakarta dan Bandung sekadar untuk ke toko buku.

Aku rasa semester ni aku akan aktif buat ulasan untuk sebahagian buku yang ku baca. Untuk masa yang terdekat mungkin buku karya Pak Bagas, Ibu, doa yang hilang.

Perihal fotografi pula, mungkin akan beraksi tapi sekadar untuk menghabiskan masa lapang.

Sudah la. nda da idea suda.
Salam.

p/s: mencari idea untuk buat iklan. hmmm. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...