Assalamu'alaikum w.b.t. dan Salam sejahtera Sudah dua minggu aku berusaha untuk habiskan baca buku tulisan Miguel Syjuco bertajuk Ilustrado. Sampai sekarang belum ketemu titik akhir. Ini merupakan percubaan pertama membaca karya berlatarkan komuniti Filipina, aku fikir selama ni karya Orhan Pamuk lah yang aku payah betul mahu kasi hadam. Ah, sesusah aku mahu faham karya Orhan Pamuk, boleh juga kasi habis. Yang ini? Faktor utama aku beli buku ni adalah kata 'ilustrado' itu sendiri yang suatu ketika dahulu merujuk kepada Filipino educated class semasa zaman penjajahan Sepanyol. Aku fikir ia tentang kisah golongan tersebut, Joze Rizal...etc, apabila Filipina merupakan antara negara Asia yang melalui Zaman intelektual. Itu expectation aku. Mungkin, aku kena cari buku sejarah lepas ni. Entah, sudah berapa lama aku tidak membeli dan membaca karya Malaysia. Bukan tidak berminat cuma tidak berkesempatan. Sama juga halnya dengan filem dan drama Melayu. Aku rasa, suda
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."