Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera
Terpana. Belum pernah aku mendatangi dosenku selepas mengambil peperiksaan. Untuk berterima kasih untuk semuanya.
Diam tidak bermakna kita lupa. Selalu menghargai dalam doa. Insan-insan yang mencurahkan ilmu. Terima kasih, cikgu.
Semester ini, aku mengikuti kelas intro to usul fiqh yang mana dosennya adalah dosen yang pernah mengajarku dua tahun lepas bagi subjek intro to fiqh, dan asbab utama aku ikuti kelasnya kali ini kerana bagiku cara mengajarnya yang bagus. Tetapi, dapat tidak dapat, aku tidak ingat semuanya pelajaran sebelum ini ditambah lagi sikap pasif ku di dalam kelas menyebabkan aku 'merahsiakan' perkara ini.
Alkisahnya, dosen ini rupanya masih ingat kalau aku merupakan salah seorang daripada muridnya dahulu. Asif jiddan ya Ustaz.
Pernah seorang ustaz lain pada semester lepas menceritakan kepada kami di dalam kelas mengajarnya bahawa suatu ketika dahulu dia punyai seorang murid non-Muslim. Apabila peperiksaan tamat dan keputusan keluar, murid tersebut datang menemuinya semula. Berkata murid tersebut, "Terima kasih banyak Ustaz atas pengajarannya. Tetapi, saya merasakan bahawa saya tidak layak untuk mendapatkan A dalam mata pelajaran Ustaz". Lalu ustaz pun berkata bahawa grade tersebut selayaknya dengan usaha dan jawapan murid tersebut.
Terpana. Belum pernah aku mendatangi dosenku selepas mengambil peperiksaan. Untuk berterima kasih untuk semuanya.
Kerana dari sudut lain, aku sependapat dengan seorang dosen lain yang pernah berkongsikan pendapatnya mengenai isu 'mendatangi/menziarahi' dosen selepas peperiksaan. Dia berkata bahawa selagi kalian bergelar pelajar di universiti ini dan saya merupakan dosen kalian, jangan datangi saya sehingga kalian lepas (graduation). Ini kerana, saya juga seorang manusia. Hal-hal sedemikian bisa mengundang 'pilih kasih' dalam perkiraannya. Dan itulah yang aku pegang sejak di sekolah menengah dulu. Bukan saja-saja untuk tidak 'rapat' dengan guru, tetapi apabila wujud perhubungan rapat antara guru dan pelajar, akan wujud istilah pilih kasih. Aku pernah berada di situasi tersebut dan bagiku, 'pilihkasi' / 'diskriminasi' suatu yang tidak enak untuk diundang dalam komuniti lebih-lebih lagi pendidikan.
Seorang dosen pernah berpesan, hampiri guru kalian, tunjukkan dirimu didepannya dan sebolehnya biar dia ingat nama kalian. Bila tiba saat pemarkahan, dia bisa ingat mana kamu dan itu bisa membantu kalian. Dan aku tidak sependapat.
Diam tidak bermakna kita lupa. Selalu menghargai dalam doa. Insan-insan yang mencurahkan ilmu. Terima kasih, cikgu.
Ulasan
Catat Ulasan