Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

konklusi cuti mid-break

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Cuti pertengahan semester bakal berakhir. Semuanya aku lalui dengan menonton drama diselang-seli dengan menghabiskan pembacaan trilogi Haruki Murakami, 1Q84. Sepatutnya ini peluangku untuk menyiapkan beberapa artikel. Tapi, begitulah.... aku memang tidak sebulu dengan dunia 'kewartawanan'.  Sudah tiga hari cafe mahallah kami tidak berbuka. Maka aku yang super pemalas, memilih untuk menelan mi goreng daripada brand mi sedap. Ya, walaupun aku sudah lama tidak berkeinginan/bernafsu untuk menjamah mi segera dan seangkatannya. Sekadar memastikan enjin penghadamanku berfungsi meski aku melalui hari-hari cuti. Cuti yang berbaki aku bercadang untuk menghabiskan siri karya sastera klasiknya Pak Sako (Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila & Budak Beca) dan juga karyanya  A. Samad Said, Langit Petang. Kerna aku berhasrat menutupi bulan Mac ini dengan pembacaan buku Anna Karenina, karyanya Leo Tolstoy. Berharap agar artikel ini baka

undang-undang buatan manusia

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Beberapa hari lepas, aku mendengar seorang kawan bercerita tentang undang-undang buatan manusia. O aku pernah post pasal undang-undang buatan manusia di sini beberapa tahun yang lalu. Carilah kalau rajin. Tapi apa yang aku cuba hendak kongsikan kali ni tidak jauh beza dengan post terdahulu. Kawanku berkata, dia pergi library tapi dia lupa bawa kad matrik, jadi tidak boleh lepas entry gate. Dia pun pergi ke kakak/abang penjaga dan menceritakan secara jujur situasinya (meminta maaf atas kelalaiannya) dan meminta jasa baik penjaga tersebut untuk mengizinkannya masuk. Dia dengan sukarela hendak meninggalkan apa-apa yang berharga (mungkin wallet/passport) di kaunter gate. Tapi, pintanya tidak dilayan. No is no.  Jadi kawan tersebut pun keluar dari library. Di luar library pula dia berjumpa dengan seorang rakannya dan lantas meminjam kad matrik kawannya. The funny thing is, ketika melintasi gate library, si penjaga tadi bagi jak le

buku

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Sekarang ni pelajar komunikasi iium sibuk menyiapkan diari harian selama tiga puluh hari sebagai tugasan subjek Thinking Techniques for Communicators. Rabu depan kena hantar dan aku masih terkial-kial menaip pemikiran positif dan negatif, o ya juga melukis. Bagi pelajar Muslim Press, mereka sedang giat mencari media practitioners dan politicians untuk ditemu ramah. Hahaha. Aku dulu-dulu, siap temu ramah melalui telefon lagi. Tapi itu dulu la. Baru padan dengan gpa yang teruk masa tu. Untuk subjek News writing, aku lah yang tercorot dalam menyiapkan news. Ya ampun... Zhe Pheng tu lagi rajin dari aku. Ada sahaja news yang dia bawa tiap minggu.  Semalam, aku beli buku Widji Thukul cetakannya Kedai Hitam Putih. Antara penyair/ pemuisi Indonesia, aku paling suka sajak-sajaknya Widji. Aku suka bahasanya Widji. Kali pertama aku discover puisi Widji berkenaan puisi yang dia tujukan untuk anaknya Wani. Dari situ aku sudah kata dalam hati, ini dia p

Haji

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Aku baca beberapa post yang lepas-lepas, di mana penggunaan kata ganti diri pertama yang aku guna telah berevolusi dari ana ke saya ke aku. Bukan bermaksud aku semakin 'kurang sopan' tetapi itulah pembawaan masa, bahan bacaan pun sudah bertukar arah. Kadang-kadang aku pun perasan yang kalau post-post ku 'anginnnya' tak tentu hala. Adakalanya ia faktor pembacaan, kalau masa tu aku baca berunsurkan politik atau human interest, maka secara tidak langsung ia mempengaruhi gaya bahasa yang aku pakai. Kalau buku yang aku baca bernada kecewa, maka aku pun bernada kecewa, kalau marah ia, maka marahlah nadaku. Tadi aku berkesempatan menemuramah seorang sahabat yang baru sahaja balik dari umrah, konon-kononnya untuk bahan news writing, tapi tengoklah kalau sempat dihabiskan cuti seminggu pertengahan semester nanti. Temu ramahku tak habis lagi, jadi kemudian hari akan ku kongsikan di sini.  Cuma mengambil masa sedikit di sini,

Sampah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Suatu pagi, aku keluar bilik dan di sebelah kanan koridor aku terlihat empat guni lut sinar setinggi dua meter yang berisikan botol plastik kosong. Itu semua hasil kutipan makcik cleaner blok kami.  Sesuatu yang kita anggap tidak berguna (sampah) tetapi ia merupakan sumber penyambung kehidupan bagi orang lain. Sesetengah orang, bergantung sepenuhnya dengan mengutip botol-botol kosong sebagai pekerjaan harian. Tapi bagi kita, sampah adalah sampah, no value. Since we are not in their places. Harga per kilo botol plastik mungkin around empat puluh sen (last update tahun 2014, present punya harga aku nda tahu) so we ignore it, seems like no value. But, as I mentioned above, some people depend on this forty cents to continue their lives. We never think of it. Mungkin sebab kondisi kita menyebabkan kita tidak memandang hal ini (padahal ia hanya pinjaman). Please keep in mind, in this world, there is a thing that we thought does not have

umpama bintang

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini, seorang dosen menyentuh perihal bintang yang kita lihat pada hari ini adalah masa lampau. Fakta ini bukan lagi baru, tapi aku baru "hayati" maknanya. Sampai hari ini apabila teringat perkara tersebut, aku berasa sedih. Jarak antara bintang-bintang di atas dengan bumi ada yang memakan ratusan ribu tahun, bermakna cahaya yang mereka pancarkan beratus ribu tahun baru sampai di bumi, dan boleh jadi di actual time kita melihat cahaya mereka di bumi, ia sudah tidak wujud lagi di sana. Memori itu umpama bintang-bintang di atas sana. Ada yang berlaku dua puluh tahun lalu, sepuluh tahun lalu, lima tahun lalu, kelmarin.... Tapi pada satu detik, ia akan berlalu (hapus) juga. Kita tidak mampu untuk mengingat satu persatu memori. Umurnya bertahan tidak diukur berdasarkan waktu, boleh jadi hal yang berlaku semalam sudah kita lupakan hari ini.  Aku pun tak tahu kalau sebelum ini aku memandang bintang-bintangku seindah

Kalbu

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Kali ni aku berkesempatan untuk membaca karyanya Soseki Natsumi yang sempat di habiskannya sebelum dia kembali kepada Tuhan. Karya lengkap terakhirnya, Kokoro atau kalau diertikan dalam bahasa Melayu menjadi Kalbu (lebih kurang begitulah maksudnya). Aku berpendapat bahawa sekiranya aku ditanyakan 'siapakah penulis novel yang kau sukai karyanya?' maka aku mungkin bakal mengucapkan namanya Soseki terlebih dahulu. Aku bakal tidak menceritakan sinopsis cerita. Ralat. Cuma sedikit perkongsian mengenai persoalan-persoalan yang aku lalui ketika membaca karya ini. Tema novel ini adalah sepi. Kesepian seseorang. Terdapat tiga chapter di mana terdiri daripada Aku dan Sensei , Aku dan Orang Tuaku dan yang terakhir Sensei dan wasiatnya. Bab pertama menceritakan pertemuan watak 'aku' (si pencerita) yang merupakan pelajar universiti dengan seorang lelaki berumur yang dipanggilnya, Sensei (walaupun lelaki tersebut bukanlah guru kepad

Peka

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Sudah sebulan semester ini berlalu. Masih lagi terumbang-ambing. Kadang-kadang rasa macam mahu menangis, "it's getting hard". Kerana kita hidup di zaman ini, cabarannya adalah kita tidak dapat lari dari soal dunia. Fikir pasal dunia, tiada berpenghujung, "never getting enough".  Semasa buat pilihan hendak ambik pengkhususan apa, jurnalism sudah tiada dalam plan ku. Walaupun aku enjoy menulis tetapi aku tidak berminat untuk ceburi jurnalism (bukan untuk bidang profesional), aku lebih memilih untuk bidang linguistik (malay) setidaknya aku sudah ada basic di tingkatan enam dahulu. Jadi aku join Organizational comm. Tapi, Allah sebaik-baik perancang. Siapa sangka di akhir semester ini aku terpaksa ambik subjek news writing bagi menggantikan salah satu subjek alternatif ku? Elak macam mana pun, kalau sudah ditempatkan di situ, aku kena lalui juga. Susah macam mana pun (since it's not my specialization, ev

kawan internasional

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Aku ada tiga cerita hendak dikongsikan. Tetapi, memandangkan aku mengambil masa yang lama untuk siapkan walaupun sekadar satu cerita, maka aku simpan dulu dua lagi cerita. "I don't have any Malay friend," he said. "How many years u have been in Malaysia?" the lecturer asked. "Four years."  "I don't have any problem to be friend with other International students but with the local. Maybe, I'm not the friendly type of person" Satu tamparan di muka.  Universiti ini katanya internasional, ditambah kata 'Islam' tapi masih dingin dengan unity dan brotherhood. Mungkin wujud, tapi cuma suam-suam, secara keseluruhannya. Bahasa adalah satu satu faktornya. Apabila kita berada di zon yang selesa,  berbahasa Inggeris pun boleh jadi satu alasan untuk tidak berinteraksi. Sesama lokal, bahasa Melayu menjadi suatu kemudahan berkomunikasi. Even, as a student who come from Bornea

nasib seekor monyet

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera Sejak kebelakangan ini, cuaca semakin panas, minum air masak banyak-banyak, kawan-kawan! Jangan lupa bawa payung dan pakai juga sunblock ! Sebaiknya gunalah perkhidmatan bas yang disediakan (itu termasuk dalam yuran kalian). Tapi, aku sanggup naik 'tangga batu caves Nusaibah' yang sejumlah seratus lebih itu. Konon-kononnya untuk senaman kardiovaskular. Semenjak tahun 2011 ya, kiralah sudah berapa banyak tangga aku naiki. Seminggu, purata kelas ada empat (Isnin-Khamis), sehari dua kali limpas tangga, kadang-kadang empat kali kalau gap panjang... Kiralah...kiralah, mungkin kalau ditingkat-tingkatkan...sampai ke awan atas sana? *winking* Semenjak kes bilik dimasuki monyet pada beberapa semester lalu, aku jadi fobia membuka tingkap bilik. Maka bermulalah episode bilik mengalami waktu malam melulu. Siang atau malam,tidak diketahui melainkan langsir yang hijau biru ini diselak, itu pun ketika berdandan di hadapan cermin. Berdandan,