Langkau ke kandungan utama

Kalbu

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Kali ni aku berkesempatan untuk membaca karyanya Soseki Natsumi yang sempat di habiskannya sebelum dia kembali kepada Tuhan. Karya lengkap terakhirnya, Kokoro atau kalau diertikan dalam bahasa Melayu menjadi Kalbu (lebih kurang begitulah maksudnya). Aku berpendapat bahawa sekiranya aku ditanyakan 'siapakah penulis novel yang kau sukai karyanya?' maka aku mungkin bakal mengucapkan namanya Soseki terlebih dahulu.

Aku bakal tidak menceritakan sinopsis cerita. Ralat. Cuma sedikit perkongsian mengenai persoalan-persoalan yang aku lalui ketika membaca karya ini. Tema novel ini adalah sepi. Kesepian seseorang. Terdapat tiga chapter di mana terdiri daripada Aku dan Sensei, Aku dan Orang Tuaku dan yang terakhir Sensei dan wasiatnya. Bab pertama menceritakan pertemuan watak 'aku' (si pencerita) yang merupakan pelajar universiti dengan seorang lelaki berumur yang dipanggilnya, Sensei (walaupun lelaki tersebut bukanlah guru kepada si 'Aku' dan juga bukanlah seorang guru). Bab kedua menceritakan kisah 'Aku' yang pulang ke kampung setelah menamatkan pelajarannya dan tinggal untuk beberapa waktu kerana ayahnya yang sakit tenat. Bab ketiga menceritakan kandungan surat Sensei yang diterima oleh 'Aku' semasa di akhir bab dua, di mana ketika itu 'Aku' menerima surat buat terakhir kalinya daripada Sensei.

Persoalan pertama yang aku ingin kemukakan di sini adalah bagaimana watak 'Aku' itu sendiri yang bisa 'mendekat' atau 'berminat' untuk mendekati watak Sensei. Padahal Sensei itu bukan siapa-siapa, tidak punya pekerjaan malah 'Aku' sendiri tidak tahu siapa sebenarnya Sensei itu. Tetapi minat yang dia tunjukkan untuk terus mendekat dengan Sensei membuat aku berfikir kalau-kalau dalam dunia ini memang wujudnya perhubungan di mana kita akan tertarik dengan seseorang itu bukan atas dasar apa-apa tetapi sesuatu yang di luar kemampuan kita untuk diterangkan. Ini dibuktikan dengan watak 'Aku' yang lebih mempercayai / respect akan Sensei daripada dia lakukan terhadap dosen-dosennya yang punya academic qualification malah ini termasuklah perhubungannya dengan ayahnya. Dia malah lebih mengagumi Sensei berbanding ayahnya (padahal dia baru kenal dengan Sensei itu). Sesuatu yang benar-benar menyentak pemikiranku...

Ini dikuatkan lagi dengan peribadi dan personaliti Sensei yang agak dingin dan kurang mempercayai orang disekelilingnya. Mungkin, 'aura' yang ada pada Sensei ini yang membuatkan 'Aku' terus tertarik untuk mendekati Sensei. 'Aku' ibarat logam material yang tertarik pada magnet, itulah si Sensei

Persoalan kedua, bagaimana perhubungan mereka tersebut boleh terus berlangsung dan penerimaan keluarga Sensei terhadap kehadiran 'Aku' di rumah mereka. Bagi aku, walaupun watak Sensei seolah orang yang menjauh dari masyarakat, tetapi dengan penerimaannya terhadap kehadiran 'Aku' membuktikan kalau sebenarnya Sensei bukan sepenuhnya menolak 'pergaulan' tetapi disebabkan sesutau menyebabkan dia memilih untuk sedemikian: membenci dunia. Apa yang aku boleh simpulkan daripada pergaulan mereka, budaya merupakan salah satu sebab kenapa boleh wujud perhubungan (seperti dingin tetapi tidak dapat dikategorikan dingin kerana penerimaan mereka terhadap kehadiran 'Aku') antara 'Aku' dan Sensei (juga isterinya). Perhubungan itu menunjukkan budaya Jepun yang tinggi, mereka boleh rapat (perhubungan rapat tu dapat digambarkan apabila 'Aku' sering makan malam di rumah Sensei dan berkunjung ke rumah Sensei) tetapi terdapat border di antara mereka. Ini mungkin disebabkan jarak usia antara mereka. 

Mungkin juga, sedingin apa pun Sensei itu, dia sebenarnya sedang melihat masa mudanya yang ada pada 'Aku'.

Seterusnya, selepas the forgotten country, ini merupakan buku kedua yang mengembalikan kenanganku ke masa sakitnya bapa. Banding dengan the forgotten country, buku ini nyata menceritakan lebih terperinci detik-detik itu. I didn't see it as the narrator's story, it's about me. Dan aku tidak menangis. Tetapi kini aku menangis. I don't remember the words but the wound hurts me.

Persoalan seterusnya wasiat Sensei yang terkandung dalam suratnya kepada 'Aku'. Wow. Panjang juga, the whole chapter three is Sensei's letter. Ketika 'Aku' menerima surat tersebut, Sensei sudah tiada di dunia ini lagi. Tindakan yang di ambil oleh 'Aku' dengan terus bersegera pergi (menuju ke rumah Sensei barangkali) menunjukkan kalau sememangnya wujud kecenderungannya melebihkan Sensei berbanding ayahnya. Tetapi itu tidak menggambarkan kalau dia tidak kasih akan ayahnya, atau mungkin kalau tidak kasih pun, dia masih berpegang kuat pada sifat kekeluargaan yang ada dalam mana-mana keluarga Jepun. Ini dibuktikan dalam tempoh ayahnya sakit, dia menunda untuk pergi mencari kerja dan juga dapat dilihat dengan usahanya memanggil abang dan adik perempuannya balik ke kampung melihat ayahnya yang sedang tenat.

Jadi, pada pendapatku, mungkin, 'Aku' bertindak sedemikian terhadap Sensei kerana mungkin 'kekosongan/kesepian' yang tertunjuk dalam peribadi Sensei seolah memberi jawapan kepada apa yang dirasakan (persoalan hidup) oleh pencerita, 'Aku'.

Berdasarkan pendahuluan penterjemah buku ini, Thaiyibah Sulaiman, dia menyatakan watak Sensei sebagai,
         "seorang intelek yang cintakan tradisi, kalbu Sensei merintih menghadapi cabaran zaman moden yang mengancam kedudukan nilai-nilai tradisi yang telah mereka warisi daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Sensei berasa amat kesunyian dalam mengharungi zaman moden yang dianggapnya sebagai penuh kebebasan, kemerdekaan dan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri"


Sebenarnya, sampai sekarang aku masih kabur dengan penyataan ini. Maka aku tengah berfikir. (berfikir). Bagiku, apa yang dinyatakan di atas itu lebih jelas digambarkan ketika Sensei kehilangan kedua orang tuanya di mana dia telah dikhianati oleh bapa saudaranya sendiri. Disebabkan pengaruh moden, manusia sudah hilang nilai-nilai tradisi dan lebih mengejar harta dunia hingga sanggup memperdaya keluarga sendiri. Seperti mana yang pernah Sensei perkatakan kepada 'Aku', iaitu tiada seorang manusia pun terjamin selamat daripada pengaruh jahat sewaktu dalam keadaan tertekan. 

Dan kekecewaanya terhadap zaman moden ini mungkin dapat dikuatkan ketika dia memilih untuk membunuh diri, setelah kemangkatan Maharaja Meiji. 

Persoalan yang ketara cuba diketengahkan dalam novel ini adalah egois. Di dalam suratnya, selepas Sensei menceritakan perihal kematian kedua orang tuanya dan pengkhianatan bapa saudaranya terhadapnya, dia menceritakan tentang Okusan (ibu Ojosan), Ojosan (anak kepada Okusan yang kemudiannya menjadi isteri Sensei), dan juga tentang K, sahabat Sensei. Pada mulanya, ketika Sensei menetap di rumah tumpangan Okusan, aku merasakan bahawa rasa kecewanya itu sedikit sebanyak dapat terubat kerana dia mulai mempercayai keluarga tersebut. Bagiku kehadiran Ojosan menjadi pengubat kepada luka lamanya, dan didorong rasa itu dia 'mengkhianati' sahabatnya sendiri, K. K yang juga mengalami masalah tertentu, dan dia juga menyukai Ojosan. Lantas Sensei mengambil keputusan untuk mengahwini Ojosan dan berita ini telah disampaikan kepada K melalui Okusan. Ego Sensei terlalu tinggi dalam masa yang sama dia seorang yang pengecut untuk menyatakan sesuatu. Keadaan menjadi semakin rumit ketika K membunuh diri. 

Ego Sensei terserlah di mana dia memilih untuk menyimpan semua cerita tersebut daripada berkongsikannya dengan Isterinya, Ojosan. Ini lebih terserlah ketika dia menziarahi kubur K pada setiap bulan dengan tujuan memohon maaf kepada K. Terhadap ibu mertua dan isterinya, pernyataan maaf Sensei diterjemahkan dalam bentuk layanan baiknya terhadap mereka. 

"Sewaktu aku diperdayakan oleh bapa saudaraku dahulu, aku telah menganggap semua orang tidak boleh dipercayai. Aku belajar menilai orang lain dengan begitu teliti, tetapi tidak diriku sendiri. Aku rasa aku berjaya hidup dalam keadaan baik dan suci di kalangan masyarakat yang tidak jujur lagi keji. Bagaimanapun, kerana K, perasaan yakin pada diriku sendiri telah hancur musnah. Dengan perasaan terkejut, aku menyedari aku tiada bezanya daripada bapa saudaraku. Aku mula berasa meluat dengan diriku sendiri yang aku rasai dengan masyarakat umum. Aku tidak berdaya mengambil apa-apa tindakan". 

wah. Sudah panjang. Nampaknya aku tidak berpeluang untuk bercerita lebih panjang dari sudut latar masyarakat yang merupakan kesukaanku dalam membaca satu-satu karya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share