Assalamu'alaikum dan selamat malam. Kali ini aku cuma mau berkongsi hal yang ringkas-ringkas. Bahasanya pun biasa. Haha. Sebenarnya sudah lama aku tidak menyentuh perihal lagu, movie atau artis di blog ini. Pernah seorang rakan berkata bahawa dia tidak minat hal-hal begitu maka aku pun tawar hati untuk menulis tentangnya walaupun adakalanya benda ni menarik perhatianku. Yang paling ku ingat, blog ini dulunya sering dikunjungi kerana postku mengenai Mason Moon, manakala kalau bab lagu, Dengan kuasaMu nyanyian Nur One. Kalau pasal movie, bukan mendapat kunjungan paling banyak, tetapi post yang paling aku suka dan puas hati pernah aku tulis tentang Grave of the fireflies. Selepas tu, seteruja apa pun aku apabila penyanyi yang aku suka meriliskan album baru, aku tahan diri dari menulis. Padahal, kawan aku tu bukannya selalu berkunjung di sini. Sekali itu sajalah aku minta dia buat. Tapi itulah yang membuat aku berfikir banyak kali hendak tulis apa di blog ni. Haha. Itupun atas nasi
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."