Assalamu'alaikum dan selamat malam Kerana sudah lama tidak menulis hal-hal tentang sehari-hari, aku seperti menjauh dari laluan ini. Semakin lama, kata yang hendak diluah semakin sedikit. Keyakinan yang dipaksa pergi kini sudah benar-benar dingin. Beberapa hari ini, aku cuba untuk menghabiskan filem anime, A silent voice. Sejak ia mulai diuar-uarkan, kutunggu selalu sampai satu ketika aku memutuskan untuk membiarkan waktu berlalu tanpa rasa keterujaan. Aku mengambil masa untuk menghabisi ceritanya. Sebenarnya tontonan kali pertama tidak langsung kuingat. Tiada jalan cerita yang aku faham, tapi peliknya aku merasakan sesuatu perasaan yang asing, sebolehnya aku tidak mahu menontonnya lagi. Memikirkan anime ini pernah mengisi ruang wish listku, maka aku cuba juga buat kedua kalinya. Apa yang aku dapat dari tontonan yang memakan masa 12 jam (aku berehat di pertengahan cerita kerana agak beban) ia tidak membuang pergi perasaan asing yang ku rasai sejak kali pertama menontonnya. Sam
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."