Langkau ke kandungan utama

Bunga: Dahlia Early Bird

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera

Agak lama aku tidak berbicara mengenai projek tanam bunga. Wujud lagi cuma melankolik ceritanya kerana sebahagian daripada benih yang aku semai, boleh dibilang berapa yang survive.

Selepas siri petunia, aster, gypsophila dan summer impatiens, benih yang aku tanam tidaklah rumit cuma kali ini alam malu-malu mahu berkawan.

Dahlia Early Bird merupakan salah satu daripada benih yang sempat berjuang sampai tumbuh bunga. Sekarang ini, sudah tiga pokok yang berbunga dan masing-masing dengan warna sendiri. Berbanding dengan siri pertama, kali ini aku menanam dengan kadar biasa-biasa saja walaupun sebenarnya hari-hari juga pasu-pasu bunga tu ditelek-telek. Mungkin, aku fikir dalam semalaman, kuncup bunga akan muncul.

Halangan nombor satu siri kali ini adalah alam. Cuaca yang tidak menentu ditambah pula hujan yang selalu lebat menyebabkan pokok bunga yang baru belajar adaptasi alam menjadi culture shock. Satu dua hari bertahan lagi, lama-lama batang yang masih lembut itu pun buruk kerana sudah terlalu kerap tanahnya lecak 'dibah' air hujan.

Nombor dua, ulat daun dan juga siput babi. Kadang-kadang aku dilema,apa mungkin haiwan ini jelmaan kambing kerana dalam satu malam saja satu baris pokok bunga sudah licin yang tinggal cuma ranting-ranting hijau.

Menanam dahlia tidak rumit. Cuma aku pun nda pasti kalau sememangnya batang dahlia lembut sebab pokok yang aku tanam semakin hari semakin meliuk-lentuk. Serupa sotong sudah aku tengok. 
Kasihan juga tengok pokok bunganya sebab bila jam memasuki angka sebelas pagi, daun-daunnya akan kelayuan dan bila matahari sudah puas membakar, turun pula hujan di petang hari sampai basah kuyup badannya. Moga-moga dengan itu, dia belajar menjadi dewasa.

Nah, tiada koleksi foto waktu kecilnya, aku terlalu takut untuk berharap selepas satu demi satu saudaranya tewas sebelum sempat mencapai usia sebulan.

Bunga yang mekar akan layu tapi semoga dengan itu harumnya akan terus mewangi diingatan kita. Terima kasih kerana membesar dan berbunga.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...