Langkau ke kandungan utama

Episod Jalan berbatu merah dan tanah

Kelmarin sewaktu dalam perjalanan menjemput mak di rumah orang kenduri, aku ternampak dua orang kanak-kanak lelaki sehala denganku ditemani seekor anjing (harus kuingatkan kami tinggal di kawasan kebun sawit). Seorang mengayuh basikal, seorang lagi dan si Anjing berjalan kaki.

Jalan ini merupakan jalan yang aku lalui sejak tahun 1999 ketika keluargaku memutuskan untuk berpindah ke kebun selepas kami melalui kehilangan besar, ahli termuda kami iaitu Ilmi. Hari-hari sekolah rendah sesi petang (darjah tiga dan empat) aku harus berjalan kaki sejauh tiga batu ke tempat kami berkumpul kemudiannya kami menaiki van ke sekolah.

Sepanjang dua tahun itu, kakiku menginjak jalan berbatu merah dan tanah ini tiap-tiap pagi (9-11 pagi). Waktunya tidak menentu. Kerna kadang-kadang kami berkejar waktu menonton ceritanya Warkop yang mana saat mulai kami nonton, harus menahan kencing sampai cerita habis kerana bila bergerak sedikit CD player, maka berpinar-pinarlah kaca televisyen itu. Almaklum rumah kayu. Atau cuma alasan biasa kanak-kanak, supaya dapat bermain sambil menunggu van sekolah.

Kemudiannya hampir dua tahun lagi ketika berada di tingkatan satu dan dua, aku melalui perkara yang serupa. Berjalan kaki sejauh tiga batu ke tempat berkumpul kemudiannya menaiki van ke sekolah. Cumanya, sewaktu itu, jaraknya dua kali ganda kerana aku harus berjalan kaki sekali lagi ketika pulang dari sekolah. I remembered saying , "I am tired. Things getting hard", many times, almost everyday during that time.

Anyway, sewaktu itu bila aku berjalan kaki, perkara yang paling aku minta-minta adalah, semoga ada kenderaan yang lalu. Aku sudah tidak sabar untuk cepat sampai ke destinasi. Perjalanan berjalan kaki itu melelahkan. Tenaga muda dan mental yang baru hendak mengenal adaptasi. Mungkin bukan aku sahaja yang berfikiran begitu, malah setiap jiwa anak kecil juga berkehendakkan benda yang sama. "Cepatlah besar. Cepatlah dewasa. There are many things yang hendak diterokai. Beria mengejar masa depan. Sekolah cuma lapangan kecil."

Kita mahu follow jejak langkah orang dewasa yang mempengaruhi hidup kita. Bermula dari pendidikan, kerjaya, gaya hidup, filosofi dan selanjutnya. Melihat dua kanak-kanak itu, mengingatkan tentang zaman kanak-kanakku.

Dik, jangan berkira dengan hidupmu, mungkin kau tiada apa-apa kecuali usiamu, tapi tahukah kau bahawa apa pun tiada yang mustahil untuk dimiliki oleh orang dewasa dengan usaha tapi tidak untuk mengembalikan masa. Bila kau berada di kerusi pemandu ini, untuk meluangkan masa seperti yang kau lakukan sekarang itu terlalu sukar. Biarpun kami teringin untuk slow pace tapi masa kami sudah suntuk.Usia kami adalah masa depanmu tapi kami sudah  kehilangan usiamu. Kadang-kadang while running we still wonder, what's life we are going to.

Dik, cuma di tempat itu kata yang dituturkan adalah maknanya. Kami berbicara dengan makna yang universal. Ibarat menulis di kertas, kau menulis di kertas kosong dengan pensel tetapi kami kertasnya mungkin sudah koyak, lusuh dan kekuningan, and there were too many words. Bila kau kata awan, kau benar-benar bermaksud awan. Bagi kami, bila kami sebut awan, boleh jadi ia a cloudy day, another bad/hard day passed.

Bila kau menangis, kau berharap agar orang sekeliling untuk memahamimu. Dewasa pula mengajarkan, there is nobody could understand your feeling.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...