Assalamu'alaikum dan salam subuh
Sudah lama tidak berkongsi rasa di sini. Terlalu banyak yang mahu kuceritakan tapi selalu saja tersekat dipertengahan penulisan. Kadang-kadang emosi lebih menguasai.
Baru-baru ini, jiwaku kembali kacau. Depresi. Tapi bila aku belek-belek kembali... biasalah tiada manusia sempurna.
Ada hikmah aku keluar daripada zon selesaku. Tetapi ternyata dunia yang dulunya asing kini menjadi lorong selesaku pula. Attachment.
Kawan-kawan, memori,... perkara yang paling aku hargai saat ini. Bilamana berpegang pada attachment ini, sepertinya hari besok biar tiada apa yang bisa memisahkannya dengan diriku.
Betul-betul zon selesa.
Maka, muncullah suara-suara halus yang membisikkan kata-kata curiga dan kecewa. Kadang-kadang hati menurut dengan cuba-cuba untuk menjauh... tetapi kenapa harus diturut?
Lumrah dunia sementara, tiada yang kekal. Setiap pertemuan ada perpisahannya. Jadi, sebelum saatnya berlaku, gunakan masa yang ada dengan perkara-perkara yang menyenangkan dan mengingatkan.
Bertemu dan berpisah kerana Allah. Tiap pertemuan itu ada hikmahnya. Sekejap mahupun lama. Hargai detik itu.
Aku pun tidak tahu berapa lama bakal berkhidmat di sini, tetapi selama itulah akan memberikan yang terbaik dan menyumbang apa yang diperlukan. No need to worry about influence/money/status... benda-benda tu akan datang dengan sendiri bilamana kita hidup dengan jujur.
Berdasarkan pengalamanku, yang hilang takkan pernah tergantikan. Tapi yakinlah, Allah memberi apa yang kita perlukan. Boleh jadi ia diganti dengan lebih baik lagi atau bole jadi juga ia tidak tergantikan. Pokok persoalannya adalah sejauh mana kamu mampu redha atas kehilanganmu. Mengikhlaskan. Ia adalah proses menjadi lebih dewasa... melepaskan sesuatu yang kita tatangi.
Kerana tiada satu pun yang kekal. Kita pun akan pergi. Jadi, tidak perlu sakit hati sampai depresi... kita tahu, dia pergi kembali ke tempat asalnya. Ke pemilik hakikinya... setelah dipinjamkan kepada kita. Justeru, sementara kita juga dipinjamkan ke insan lain pula, menjadilah kita insan yang bila kita pergi orang bakal menyebut nama kita sebagai sebuah kenang-kenangan yang indah. Sebutlah yang baik-baik saja.
Aku akan cuba menulis rentetan pengalamanku di sini. Akan mula melazimi tabiat selalu menulis.
Semoga hidup kita akan bertambah berkah. Menjadi insan yang tidak pernah lupa akan asal-usulnya.
Ulasan
Catat Ulasan