Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

3 khabar

Baru kelmarin aku dikhabarkan 3 kematian. Sudah acapkali menerima khabar sebegini tetapi hari ini aku agak lemah sedikit. Buat sekian kalinya, aku menangis teresak-esak, menelefon mak. Dan mak, buat sekian kalinya memujuk. Agak sulit menceritakan satu-satu tapi situasi ini memberi aku gambaran hidup di dunia. Satu hari kamu adalah penyokong kuat kepada kesusahan orang lain, tapi hari lainnya belum tentu ada sesiapa yang bakal memujukmu. Di hari kamu benar-benar memerlukan kata semangat. Hari ini, kamu menghadiri majlis kematian kerabatmu. Esoknya si pulan pula. Dan seterusnya. Ada waktunya saat muda, kamu sama-sama berjuang mencari sesuap nasi dan akhirnya, tempat kamu berkumpul-kumpul semula saat menerima khabar kematian. Bila ada keramaian kahwin, kamu berkata, masih ada keluangan lain tapi bila tiba penghormatan terakhir, kamu pun besegera hadir. Kadang kita terlalu suka menyangka bahawa akan ada waktu bahagia lain muncul bilamana titiknya sebuah perpisahan selalu diisi dengan ma

Langkah Pertama

Duduk di atas sofa, berlatarkan kayu sambil mendengar titis-titis hujan yang diselang-selikan deru angin...petang ini bumi Malua dirahmati lagi. Kucing sudah berkeliaran, mundar-mandir menggeledah rumah; ada yang memanjat meja makan, ada yang ambil posisi di tengah rumah, ada yang menghidu sinki, ada yang duduk menjeling di bangku kayu. Tidak kurang yang datang menyapa 'meow' ke arahku. Menyendol kaki. Bila tiada responku, berlalu pergi. Kadang-kadang, mungkin melepas geram, digigit ibu jari kakiku lalu pamit dengan 'meow' yang pendek. Kenapa hari ini? Entahlah. Aku sebenarnya tidak pernah menetapkan tarikh untuk menulis. Yang aku pasti, salah satu sebab aku 'meringankan' diri untuk ke sini adalah dengan harapan, bermulanya episod menjadi seorang penulis. Walhal, aku sudah lama memulai menulis. Tanggal 5 bulan Januari 2018. Hari pertama aku memasuki Ladang Malua yang dulunya dikenali Ladang Pintasan 8. Jawatanku, kerani biasa. Aku pemegang ijazah sarjana muda