Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

Berguna

Assalamualaikum dan selamat petang Pagi tadi, ketika duduk di beranda rumah, topik perbualanku dan mak tertumpu kepada sebatang pokok di hadapan rumah. "Kenapa ndak dipotong semuanya saja, mak?" Tanyaku menunjuk ke arah pokok yang dimaksudkan. "Sebab kucing-kucingku selalu bermain di situ. Kau tengok itu, bekas cakaran." "Dicantas pucuknya supaya tidak meninggi sampai menghalang pemandangan. Biarlah di situ selagi kucing masih perlukannya, " tambahnya lagi. Pokok itu tidak kami perlukan, maksudku bukan ditanam dengan sengaja dan bertujuan. Tumbuhnya tanpa kami ketahui asalnya. Tapi tumbuhnya menjadi tempat berguna bagi kucing-kucing. Dan begitulah ia terus berdiri dengan lebar dan megah daunnya. Analogi hidup ini. Boleh jadi hidupnya kita selama ini tidak menyumbang apa-apa kepada sesiapa. Tapi siapa bilang kita hidup tanpa makna? Sedar tidak sedar, kita sebenarnya adalah manfaat kepada makhluk yang lain. Another teori yang aku kaitkan, selagimana ki

Sweet Bean Paste

Assalamualaikum dan selamat petang Seperti kelaziman sebelum-sebelum ini, aku tidak akan menulis sinopsis buku yang aku baca. Aku lebih suka bercerita mengenai pengalaman dan persoalan yang terkait. Buku pertama pada tahun 2019, karya Durian Sukegawa. Secara personal, aku suka tulisan penulis Japanese kerana mereka selalu menyentuh emosi. Ceritanya tidaklah rumit, tapi aku mengambil masa agak lama untuk menulis tentangnya. Dicuit. Ya, sedikit sebanyak, hatiku dicuit oleh watak Sentaro. Ada persamaan di antara kami. Dia juga bercita-cita untuk menjadi seorang penulis tetapi sehingga kini belum menghasilkan apa-apa tulisan. Dia bekerja sebagai seorang penjual dorayaki, tapi tidak meletakkan "jiwa" dalam kerjanya. Sebenarnya, aku tidaklah tidak menjiwai kerja yang aku lakukan sekarang, mungkin sedikit lost, masih terbawa oleh imaginasi semalam. Kerana jalan yang aku pilih melawan arah navigasi. Semakin ke hadapan, semakin keliru. Sebenarnya aku sudah bergerak sedikit demi sed