Langkau ke kandungan utama

Berguna

Assalamualaikum dan selamat petang

Pagi tadi, ketika duduk di beranda rumah, topik perbualanku dan mak tertumpu kepada sebatang pokok di hadapan rumah.

"Kenapa ndak dipotong semuanya saja, mak?" Tanyaku menunjuk ke arah pokok yang dimaksudkan.

"Sebab kucing-kucingku selalu bermain di situ. Kau tengok itu, bekas cakaran."

"Dicantas pucuknya supaya tidak meninggi sampai menghalang pemandangan. Biarlah di situ selagi kucing masih perlukannya, " tambahnya lagi.

Pokok itu tidak kami perlukan, maksudku bukan ditanam dengan sengaja dan bertujuan. Tumbuhnya tanpa kami ketahui asalnya. Tapi tumbuhnya menjadi tempat berguna bagi kucing-kucing. Dan begitulah ia terus berdiri dengan lebar dan megah daunnya.

Analogi hidup ini. Boleh jadi hidupnya kita selama ini tidak menyumbang apa-apa kepada sesiapa. Tapi siapa bilang kita hidup tanpa makna? Sedar tidak sedar, kita sebenarnya adalah manfaat kepada makhluk yang lain. Another teori yang aku kaitkan, selagimana kita masih diperlukan oleh makhluk lainnya, maka selama itu jangka masa kita panjangnya. Allah itu Maha Pengatur.

Selama mana tempoh masa diberi olehNya, semakin banyak cerita suka dan duka. Sama banyak. Pokok tadi bisa hidup dengan mekar, dalam masa yang sama menanggung perit cakarnya kucing yang memanjat. 

Hijau dan rendang. Ku fikir ia cuma tempat bermain kucing-kucing mak, rupanya ia sumber oksigen juga. Hiduplah seperti pokok.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...