Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

Sendiri

Assalamualaikum dan selamat malam. Aku baru tengok video berjudul "Kodokushi" di chanel ML Studio. Selama ni, aku selalu laa.. menyapa diri, "alahai sunyinya hidup" hahahaha ... kadang tu sampai tahap nak nangis. Terus throwback kenangan zaman kuliah.. yang kononnya terlalu sibuk sampai tak sempat nak fikir, "eh sunyinya". Kadang kena curi masa hendak menyendiri. Paling rindu dengan Cua. Hahahhahahahahahahaha. Balik-balik sebut Cua. Ye la Cua je yang mampu tahan dengar kisah aku yang merapu pasal buku, pasal negara, pasal ideologi... hahahahaha selepas bapa aku la. Kalau dengan mak, aku baru buka mukadimah jak, dia dah menguap. Tak bole nak paksa. Tinggallah Laila dan sendu. Sedih benar bunyinya. Selepas Cua, aku jumpa Oyen, tapi Oyen sudah tiada. Aduh sedih. Tahap depresi da tapi aku tahu kondisi aku macam mana, so... chill selagi mampu. Kadang tertanya juga, kenapa semua yang aku sayang-sayang ni ada yang pergi selamanya, ada yang tinggal jauh... l

Oyen

Assalamualaikum dan selamat malam Aku baru sahaja kehilangan Oyen. Sebenarnya, aku belum puas menangis. Ada masanya, kalau ingat Oyen aku menangis. Attachment. Terus-terang, sewaktu dua nenek ku meninggal, aku tidak berada di posisi seperti sekarang. Sedih, iya sedih. Rindu, iya rindu. Tapi kemudian terpujuk dengan lantunan al-Fatihah. Aku malah mengkategorikan kehilangan Oyen termasuk senarai 3 kehilangan yg paling menyedihkan. Depresi. Banyak hal yang aku ingin kongsikan, hanya kerana seekor kucing, Oyen. Sepertimana isi nukilan di blog ini, yang adakalanya aku berkisahkan arwah adik dan bapa, aku bakal bercerita tentang Oyen. Syukur pertama aku ke Malua, kerana dapat bertemu Oyen. Dari lahir aku sambut sampai ke hujung nyawa aku hantar dia. Cinta yang buat aku bangga, bukti kalau aku bukan sekadar melepas batuk di tangga menyayangi makhluk Allah yg satu itu. Di hati yang cuba menyelami erti ikhlas memberi dan menyayangi. Bunyi macam melebih-lebih, tapi begitulah yang terpa