Assalamualaikum dan selamat malam
Aku baru sahaja kehilangan Oyen.
Sebenarnya, aku belum puas menangis. Ada masanya, kalau ingat Oyen aku menangis.
Attachment.
Terus-terang, sewaktu dua nenek ku meninggal, aku tidak berada di posisi seperti sekarang. Sedih, iya sedih. Rindu, iya rindu. Tapi kemudian terpujuk dengan lantunan al-Fatihah.
Aku malah mengkategorikan kehilangan Oyen termasuk senarai 3 kehilangan yg paling menyedihkan. Depresi.
Banyak hal yang aku ingin kongsikan, hanya kerana seekor kucing, Oyen.
Sepertimana isi nukilan di blog ini, yang adakalanya aku berkisahkan arwah adik dan bapa, aku bakal bercerita tentang Oyen.
Syukur pertama aku ke Malua, kerana dapat bertemu Oyen. Dari lahir aku sambut sampai ke hujung nyawa aku hantar dia.
Cinta yang buat aku bangga, bukti kalau aku bukan sekadar melepas batuk di tangga menyayangi makhluk Allah yg satu itu. Di hati yang cuba menyelami erti ikhlas memberi dan menyayangi.
Bunyi macam melebih-lebih, tapi begitulah yang terpahat di sudut hatiku.
Ntah la...
Bagi yang pernah merasa kehilangan, bilamana kamu berhadapan dengan kehilangan yang baru... perasaan hiba itu, semakin sarat. Masa tidak pernah hendak melupakan.
Tidak akan tergantikan.
Kehilangan mengajar untuk melepaskan dan belajar untuk mencintai yang lain lagi.
Ia bukan soal setia. Ia tentang rasa sakit yang nantinya tidak bakal terubatkan.
Mencintai dan ditinggalkan.
Dua hal yang rumit setelah hari lalu yang pemulanya dibawa-bawa sampai ke penamat.
Saat menghantar Oyen pergi, aku selit dalam hati, akan tiba masaku juga. Dan waktu itu, tiada seekor Oyen yang bakal menangis.
Melankolik.
Ke mana hendak luahkan... kepada mak sudah ku adukan... dan seperti selalu bibir berkata-kata positif tapi aku tahu benar kalau dia dua kali ganda rasa sedih.
Kepada Cua... aku cuma berharap Cua baik-baik dengan harinya.
.....
Aku selalu meminta, ada sahutan Oyen pada panggilanku... dan ditemani Oyen pada tidur malamku.
Kepada kalian yang menanggung kehilangan... jangan pernah memaksa diri untuk melupakan. Tiada istilah pengganti. Adik aku hanya punya satu-satunya. Bapa aku juga cuma satu. Samalah seperti Oyen, sepertinya dia saja. Kerana expectation dan harapan baru bakal melukai hati yang sedia terluka. Bagus lagi merindu yang pergi daripada menanggung rindu mengharap belas kasih.
Ulasan
Catat Ulasan