Assalamualaikum dan selamat malam Selepas melewati beberapa episod tenggelam dalam dunia materialis, aku segera kembali ke pangkal matlamat yang kuhasratkan bermula pada tahun ini iaitu meraih status sebagai seorang minimalis. Apabila aku mengemas bilik dan melihat bilangan pemilikanku yang kadang berkurang dan pandai pula bertambah, aku menjadi kaget menyedari bahawa nafsu seorang manusia benar-benar tiada sempadan. Aku tidak tahu kalau ini berkaitan, tapi Garden of Eden sedikit sebanyak membawa aku ke arah minimalis. Aku mengenal produk ini pada tahun 2015, dan kembali menjadi pengguna yang aktif pada tahun lalu. Apabila aku mula sedar bahawa biar menjaga yang asas daripada perlu berlebih-lebih dalam aspek berhias. Walaupun aku tidaklah dalam kategori yang bisa memberi pandangan mengenai satu-satu produk, tetapi membandingkan kondisi kulitku yang dahulu dengan yang sekarang, ternyata ada jugalah perubahannya dan aku percaya sekali kalau produk Garden of Eden itu adalah salah satu
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."