Assalamualaikum dan selamat malam
Selepas melewati beberapa episod tenggelam dalam dunia materialis, aku segera kembali ke pangkal matlamat yang kuhasratkan bermula pada tahun ini iaitu meraih status sebagai seorang minimalis.
Apabila aku mengemas bilik dan melihat bilangan pemilikanku yang kadang berkurang dan pandai pula bertambah, aku menjadi kaget menyedari bahawa nafsu seorang manusia benar-benar tiada sempadan.
Aku tidak tahu kalau ini berkaitan, tapi Garden of Eden sedikit sebanyak membawa aku ke arah minimalis.
Aku mengenal produk ini pada tahun 2015, dan kembali menjadi pengguna yang aktif pada tahun lalu. Apabila aku mula sedar bahawa biar menjaga yang asas daripada perlu berlebih-lebih dalam aspek berhias.
Walaupun aku tidaklah dalam kategori yang bisa memberi pandangan mengenai satu-satu produk, tetapi membandingkan kondisi kulitku yang dahulu dengan yang sekarang, ternyata ada jugalah perubahannya dan aku percaya sekali kalau produk Garden of Eden itu adalah salah satu daripada cara/jalannya.
Aku belajar untuk konsisten/istiqamah dalam satu-satu perkara kerana tidak semua akan berubah dalam masa yang singkat. Ketika hendak mencapai satu-satu matlamat adalah penting untuk mempunyai satu garis panduan yang jelaa sebagai contoh dalam hal ini aku memilih untuk "go natural" dengan meraikan produk-produk yg menjagai alam dan memanfaatkan alam.
Setakat ini, aku paling suka semua jenis serum Garden of Eden. Dan cream dia pun, aku rasa paling cepat tunjukkan tindak balas.
Satu hal yang paling aku suka apabila purchase barang di laman web mereka adalah dengan mendapat balasan emel daripada staf mereka. Aku lupa satu nama staf tu, tapi dia paling rajin balas emelku. Hopefully lepas ni bole ingat nama dia, sebab bukan senang sebenarnya hendak puaskan hati pelanggan. Tapi dia berjaya buat aku rasa seperti dihargai dan diraikan.
Btw, aku suka sabun homemade, free gift yang aku terima seperti yang tertera dalam gambar di atas. Aku sampai search hendak tanya kalau ada di jual d mana-mana. Kemudian, aku tersedar bahawa aku masih punya refill sabun antabax yang belum terusik. Sepertinya, aku perlu melewati 3 bulan lagi sebelum memikirkan homemade mana perlu aku purchase. Ya, demi kerana menuju hidup seorang minimalis!
Ulasan
Catat Ulasan