Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

Find Me In Your Memory | Temukan Aku Dalam Memorimu

Assalamualaikum dan Selamat Malam Entah keberapa kali sudah kukatakan bahawa aku akan sentiasa menulis, memperbanyak perkongsian, tetapi selalu saja berakhir dengan mengejar dunia kerja yang tiada kesudahan. Apabila melihat penulisan yang sebelum ini, aku merasakan aku yang sekarang ini terlalu kosong. Buat sekian kalinya juga, aku mohon apologi sangat-sangat kepada mereka yang belum sempat aku balas komennya. Saat aku membaca komen yang ditinggalkan, yang selalunya berisi persoalan, aku bertanya kepada diri sendiri "apa mungkin detik ini masih diperlukan jawapanku...seberapa jauh aku ketinggalan kepada rentak blog ini? atau akukah yang terlalu cepat berlalu? Baru-baru ini, aku menerima notifikasi di laman muka buku iaitu namaku disebut dan beberapa rakan yang lain oleh rakan seperjuangan perihal beberapa episod semasa zaman belajar dulu, di UIA. Aku tercengang, kerana memori itu sudah pudar dari ingatanku. Aku ketawa sendiri bila mengenangnya kembali. Tapi kendur senyum