Assalamualaikum dan Selamat Malam
Aku katakan....
Find Me in Your Memory
Siapa aku dalam memori kalian? Ya, apa kenangan yang aku tinggalkan dalam ruangan kalian. Entahlah kerana aku tidak pernah memikirkan siapa aku dalam dunia orang lain.
Entah keberapa kali sudah kukatakan bahawa aku akan sentiasa menulis, memperbanyak perkongsian, tetapi selalu saja berakhir dengan mengejar dunia kerja yang tiada kesudahan.
Apabila melihat penulisan yang sebelum ini, aku merasakan aku yang sekarang ini terlalu kosong. Buat sekian kalinya juga, aku mohon apologi sangat-sangat kepada mereka yang belum sempat aku balas komennya. Saat aku membaca komen yang ditinggalkan, yang selalunya berisi persoalan, aku bertanya kepada diri sendiri "apa mungkin detik ini masih diperlukan jawapanku...seberapa jauh aku ketinggalan kepada rentak blog ini? atau akukah yang terlalu cepat berlalu?
Baru-baru ini, aku menerima notifikasi di laman muka buku iaitu namaku disebut dan beberapa rakan yang lain oleh rakan seperjuangan perihal beberapa episod semasa zaman belajar dulu, di UIA. Aku tercengang, kerana memori itu sudah pudar dari ingatanku. Aku ketawa sendiri bila mengenangnya kembali. Tapi kendur senyumku bila menyedari berapa banyak lagi memori yang sudah semakin terlupakan.
Sebelum memulakan penulisan ini, aku bercadang hendak memasukkan gambar sebagai pengiring entriku, sedang memilih foto milikku, aku periksa entri sebelum-sebelum ini khuatir kalau-kalau sudah dipaparkan dan sesekali mataku menangkap cerita-cerita yang aku kisahkan.... secara tidak langsung, kenangan tentang yang kukisahkan dan ketika menulisnya kembali berputar di layar memori.
Aku katakan....
Alangkah bagusnya aku kongsikan detik-detik yang hendak aku simpan di ruangan ini bersesuaian dengan antara matlamat blog ini aku wujudkan. Mengenal dari mana Laila Hijjera yang kini utuh memperjuangkan hari-hari... meski, sudah terdampar dan tidak tahu apa mungkin masih bisa diberitakan kepada angin lalu bahawa, inilah aku, Laila Hijjera. Tapi pastilah aku masih bangga masih bisa bertahan dengan melalui hari-hari kelmarin. Biar sudah acap kali terjatuh, merangkak...terluka... tidak mungkin muda dan ceriaku adalah sama seperti yang aku tuliskan di sini beberapa tahun yang lalu, bulan yang lalu....dan entri ini akan menjadi hari kelmarin saat jam bertukar ke angka 12.
Find Me in Your Memory
Siapa aku dalam memori kalian? Ya, apa kenangan yang aku tinggalkan dalam ruangan kalian. Entahlah kerana aku tidak pernah memikirkan siapa aku dalam dunia orang lain.
Semakin beranjak usia, bulatan sosial yang kita gariskan semakin kecil, kerana yang benar-benar utuh dalam bulatan tadi adalah orang-orang yang ingin kita simpan untuk diabadikan sehingga kita sama-sama lanjut usia. Pengalaman lepas telah mengajarkan berapa ramai yang akan datang dan perginya itu bagai angin lalu. Sepintas masa yang pergi. Terlalu takut menerima orang yang sok sok bagus tapi menikam.. Dan akhirnya kita sebenarnya bermain dengan trauma, memori yang kita anggap negatif.
Tetapi, bila difikir kembali, sok sok trauma ini sedikit sebanyak memberi efek dalam perhubungan kita sehari-hari kerana tidak ingin terlalu meletakkan diri dalam apa pun perhubungan. Walhal, daripada memikirkan yang buruk-buruk, waktu yang dibuang memikirkan demi mengelak dari mencipta memori buruk, sepatutnya aku mencipta lebih banyak memori indah. Kerana hidup tidak akan pernah berada dalam satu situasi sahaja, pastilah ada kenangan indah dan buruk, untuk itu, berusahalah mencipta yang indah-indah.
Aku mungkin bukan siapa-siapa di memori orang lain, namun, masih bisa aku pergunakan masa yang ada untuk menjadi orang yang menghargai setiap pertemuan yang tercipta. Setidaknya, kalau tidak bisa menjadi memori indah mereka maka dengan tidak menjadi memori hitam mereka sudah memadai. Tidak membantu tidak apa asal jangan membebani.
Aku sudah mulai berazam, menjadikan memori sisa-sisa hidup dengan sebaik mungkin.. Setelah berusaha diiring dengan doa, selebihnya adalah ketentuan Allah. Aku sedang mencuba, mencipta memori yang baik-baik sahaja, kerana aku telah memilih untuk melupakan hal-hal yang tidak kuingini.
Ulasan
Catat Ulasan