Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2022

Kerana sudah lama tidak menulis, tulisan ini aku unggah

  Di dasar sungai itu, sekumpulan ikan sedang berenang. Entah sejauh mana sudah mereka dibawa arus. Pun begitu hidup diteruskan. Di setiap persinggahan, hidup bukanlah sekadar bernyawa. Ada ceritanya. Likunya. Deritanya. Bahagianya. Ada persinggahan yang tempatnya indah. Batu-batuan sungai, air yang jernih serta tumbuhan yang saling menyokong di tebing. Kerana mereka tidak bisa memilih, kadang-kadang terdampar mereka di kali yang habitatnya bukanlah kehidupan. Ianya ujian. Cobaan. Arus akan terus membawa pergi dan ada yang mengakhiri perjalanan sebelum sampai ke muara sungai. Cerita tentang tumpas dan tewas. Padahal ia adalah kehidupan. Setiap yang bernyawa punya benang jangka hayat. Panjangkah? Atau sesingkat mana peluang yang ada? Semuanya itu adalah rahsiaNya. Kumpulan ikan tadi tidak pernah diam diburu, mata kail yang sering menggoda. Atau mungkin juga riuh komuniti memerang. Atau pukat yang berupa jernih. Atau diracuni saja tanpa peduli. Oh, arus ini menyeru lagi. Selamat tinggal