Entah sejauh mana sudah mereka dibawa arus. Pun begitu hidup diteruskan.
Di setiap persinggahan, hidup bukanlah sekadar bernyawa. Ada ceritanya. Likunya. Deritanya. Bahagianya.
Ada persinggahan yang tempatnya indah. Batu-batuan sungai, air yang jernih serta tumbuhan yang saling menyokong di tebing. Kerana mereka tidak bisa memilih, kadang-kadang terdampar mereka di kali yang habitatnya bukanlah kehidupan. Ianya ujian. Cobaan.
Arus akan terus membawa pergi dan ada yang mengakhiri perjalanan sebelum sampai ke muara sungai. Cerita tentang tumpas dan tewas. Padahal ia adalah kehidupan. Setiap yang bernyawa punya benang jangka hayat. Panjangkah? Atau sesingkat mana peluang yang ada? Semuanya itu adalah rahsiaNya.
Kumpulan ikan tadi tidak pernah diam diburu, mata kail yang sering menggoda. Atau mungkin juga riuh komuniti memerang. Atau pukat yang berupa jernih. Atau diracuni saja tanpa peduli.
Oh, arus ini menyeru lagi. Selamat tinggal ibu. Selamat tinggal ayah. Di mana ibu? Di mana ayah?
Sampai waktunya tinggal kita dan arus. Sukakah? Atau dukakah yang menunggu di perhentian nanti?
Ulasan
Catat Ulasan