Langkau ke kandungan utama

Catatan

ilustrado

Assalamu'alaikum w.b.t. dan Salam sejahtera Sudah dua minggu aku berusaha untuk habiskan baca buku tulisan Miguel Syjuco bertajuk Ilustrado. Sampai sekarang belum ketemu titik akhir. Ini merupakan percubaan pertama membaca karya berlatarkan komuniti Filipina, aku fikir selama ni karya Orhan Pamuk lah yang aku payah betul mahu kasi hadam. Ah, sesusah aku mahu faham karya Orhan Pamuk, boleh juga kasi habis. Yang ini? Faktor utama aku beli buku ni adalah kata 'ilustrado' itu sendiri yang suatu ketika dahulu merujuk kepada Filipino educated class semasa zaman penjajahan Sepanyol. Aku fikir ia tentang kisah golongan tersebut, Joze Rizal...etc, apabila Filipina merupakan antara negara Asia yang melalui Zaman intelektual. Itu expectation aku. Mungkin, aku kena cari buku sejarah lepas ni. Entah, sudah berapa lama aku tidak membeli dan membaca karya Malaysia. Bukan tidak berminat cuma tidak berkesempatan. Sama juga halnya dengan filem dan drama Melayu. Aku rasa, suda...

Terima kasih, cikgu

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera Semester ini, aku mengikuti kelas intro to usul fiqh yang mana dosennya adalah dosen yang pernah mengajarku dua tahun lepas bagi subjek intro to fiqh , dan asbab utama aku ikuti kelasnya kali ini kerana bagiku cara mengajarnya yang bagus. Tetapi, dapat tidak dapat, aku tidak ingat semuanya pelajaran sebelum ini ditambah lagi sikap pasif ku di dalam kelas menyebabkan aku 'merahsiakan' perkara ini. Alkisahnya, dosen ini rupanya masih ingat kalau aku merupakan salah seorang daripada muridnya dahulu. Asif jiddan ya Ustaz. Pernah seorang ustaz lain pada semester lepas menceritakan kepada kami di dalam kelas mengajarnya bahawa suatu ketika dahulu dia punyai seorang murid non-Muslim. Apabila peperiksaan tamat dan keputusan keluar, murid tersebut datang menemuinya semula. Berkata murid tersebut, "Terima kasih banyak Ustaz atas pengajarannya. Tetapi, saya merasakan bahawa saya tidak layak untuk mendapatkan A dalam mata pela...

mengenang bapa dan Ilmi

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera Sudah lama tidak berbicara tentang bapa dan Ilmi.  Apabila melewati November, December...Januari... semakin lama aku mungkin bakal lupa kesekian kalinya telah ditinggalkan insan yang ku cintai. Itulah yang paling ku takuti. Rindu. Tetapi semakin hari, memori akan pudar satu demi satu. Mungkin, ada yang berkata, biarlah, yang utama itu doakan kesejahteraan mereka di Sana. Atau ada yang mencemuh, kalau benar cinta, mana mungkin bisa lupa. Ayuh, aku katakan padamu. Untuk sejujurnya, inilah yang bakal dilalui, menjalani hari-hari depan, dan meninggalkan hari-hari lepas. Rindu, iya rindu tetapi dengan menempuh hari-hari kini yang tidak sunyi dari cabaran dan cobaan, fikiranmu dengan tanpa sengaja melupakan, terlupakan.  Dan jiwamu juga tidak dapat membatasi rasa rindu. Kerna kita bukan pemiliknya waktu. Cuma ada satu jawapan bakal terubatnya rindu, itulah tatkala dunia sudah berakhir. Itupun, kita bakal melalui proses ya...

semester akhir di tahun akhir

Assalamualaikum w.b.t. Akhirnya sampai ke semester akhir. Ndak sedar. Kali pertama aku datang UIA pada September 2011. Sekarang sudah Februari 2016. Sebenarnya aku pun belum bersedia untuk keuar dari status pelajar degree. Bukan ndak mahu graduate tetapi seakan tanggungjawab tu semakin bertambah. No more istilah 'manja' dari komuniti. Malah, inilah masa untuk berkhidmat pula. Apa yang bisa aku sumbangkan? Menjalani semester akhir ini terasa sunyi kerana rakan-rakan seperjuangan ramai yang sudah tamat pengajian. Apabila masuk dalam kelas dan majoriti junior~ baru terasa diri ini mahasitua. Tapi, ndak jugalah sampai tahap guling-guling ndak kasi abis semester baru-baru ni, kata orang, pelan-pelan ba.  Aku punya alasan sendiri kenapa masih bermuka tebal, betua di kampus demi segulung ijazah. Aku masuk UIA sebagai direct intake status (sebab aku pemegang STPM), maka awal semester aku habiskan di CELPAD atau PRSS. Kami wajib ambik dan lulus EPT (level mengikut kos yang ...

The girl with seven names

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera Pernah suatu ketika dulu, (semasa otak masih segar dengan idea-idea untuk menulis di sini) aku tertanya-tanya kenapa ada sebilangan orang, penulisannya semakin lama semakin sikit. Now, here I am. hahaha. Hendak kata hidup sibuk dengan urusan lain, nothing new. Same thing over and over. Pergi kelas. Buat assignment. Exam. Cuti. Kita lanjutkan.Buku ni antara yang aku 'rekomen' untuk orang baca. Bagi aku, apa juga kisah hidup yang seseorang lalui tu adalah 'menarik' dan aku tak dapat nak persoalkan 'why' sebab itu cerita dia. Kisah hidupnya. Seperti post sebelum ni, ada beberapa buku yang aku tulis pengalaman ketika membacanya, dan even penggunaan nama pun aku 'sentuh' (haha bukan nak kritik ke apa, tapi aku cuma bagi view as a reader from my own perspective). Berbalik tentang buku ini, persepsi awalku ternyata meleset kerana seperti yang aku sedia maklum, most of the stories, a North Korean as a spy, ata...

nota pengakhiran semester

Assalamualaikum w.b.t. Setelah sekian lama tidak mencoret satu dua kisah... Terlalu banyak kisah yang tak terungkap di semester ini. Aku cuma berdiri di tepi memandang satu demi satu kisah. Rumit. Selayaknya. Petang ini, tersentak aku lihat satu foto, di mana ia menimbulkan persoalan yang sampai ke hujung tiada jawapan yang pasti. Penyelesaian yang tidak kunjung tiba. Di mana silapnya, teman? Hari ini, kita enggan memberikan sedikit 'belas' buat mereka dengan alasan mereka ini 'diberi betis, nak peha'. Lantang saja kita bilang, 'mereka sudah ditakdirkan sebagai kaum yang selamanya begitu'. Salahkah mereka dilahirkan dalam kelompok minoriti itu? Dan kamu, si kelompok minoriti, sejauh mana kamu terusan berada di lingkungan yang sama? Padahal, kamu juga bermula sama dengan tempohnya seminoritinya kaum kami suatu ketika dulu. Tapi, kenapa kami tidak bersama kamu di persisir jalan, deretan kedai... apa kamu juga menyalahkan takdir nenek moyang mu yang mewa...

kucing tak bernama

Assalamualaikum w.b.t. Kucing adalah antara peliharaan yang kami ada yang kadang ada yang kadang tiada. eh? Maksudku, keadaannya itu tidak berterusan... kadang pergi tanpa berita dan tidak kurang juga yang pergi di depan mata kami, maka kami selalu menjadi persinggahan makhluk ini. Sampai yang kami punya sekarang, tempohnya bersama kami kalau dihitung belum cukup dua belas bulan, entah kurang berapa, aku juga tidak pasti. kucing Mahallah Sumayyah, k bidik awal tahun 2015. Tiada copyright, nama kucingnya saja aku tidak tahu. Versi kuak lentang juga ada, tapi tidak dimuat naik, aurat kan. haha. (canda)   Foto yang di atas itu, pastilah bukan kucing di rumah kami. Soalnya, kalau yang di rumah tu, ndak da sosok atau figure posing ya. Paling-paling lagi mahu ketip kamera, kucingnya gerak melulu, maju ngesel-ngesel badan ke kita atau langsung ngesel saja ke kamera. Iya, itulah karakter kucing di rumah kami sekarang ini. Kucing tak bernama.Sudah menghampiri dua belas bulan...