Assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali saya mohon apologi seandainya ada yang tersasar kemari kerana tajuk drama di atas. Saya hanya ingin memetik beberapa 'dialog' dalam drama ini yang berjaya menarik perhatian saya. Secara terus-terang, saya tertarik untuk melihat drama ini kerana parody yang dibuat oleh kumpulan 2PM. Melihat 'kenakalan' mereka saya terpanggil untuk melihat sendiri jalan cerita ini. Keduanya, saya amat meminati cerita historikal, meskipun sedikit kecewa kerana drama ini hanya memainkan waktu Joseon, tanpa fakta sejarah, hanya sekadar cerita rekaan. Seperti yang saya nyatakan tadi, saya tidak akan menceritakan sinopsis dari A sampai Z, saya hanya akan memetik beberapa 'petikan'. Bahagian yang paling saya minati dalam drama ini adalah semasa Prince Crown, Lee Hwon (15) mendapat tutor baru, Heo Yeom (17). Lee Hwon berpendapat bahawa Heo Yeom terlalu muda untuk menjadi tutornya. Atas nasihat adiknya, Heo Yeom membuat deal dengan memberikan rid
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."