Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh...
Pertama sekali, saya ingin memohon maaf andai penulisan saya kali ini agak keterlaluan dan mungkin juga agak 'keduniaan'. Izinkan saya untuk 'melepaskan' perasaan 'tidak senang hati' yang sekian lama bertapak di lubuk hati saya. Kenal apa itu k-pop? Jika tidak, saya merayu pada anda untuk meninggalkan entri ini tanpa perlu menghabiskan bacaan anda. Bukan beerti anda tak mengenalnya lantas saya 'mengusir' anda daripada entri ini, tetapi saya hanya ingin menjaga 'pengetahuan' dan 'deria' anda daripada perihalnya. Sungguh saya amat 'mengagumi' pendirian anda untuk tidak 'mengambil tahu akannya'. Anda hero dan heroin era moderen ini!
Kepada anda, mungkin kategori 'peminat mereka', seandainya tidak ingin mendengar khabar yang tidak elok mengenai 'artis korang', juga tolong tinggalkan blog saya ini. Saya hanya ingin berbicara kepada mereka yang dapat menerima sesuatu pendapat dan fikirkanlah betul salahnya. Saya tampil di sini bukan untuk menjatuhkan reputasi sesuatu pihak, cuma ingin membawa minda anda yang mungkin tidak sedar akan 'cerita' disebalik semua ini.
Tidak perlu saya nyatakan terang-terang mana kumpulan yang terlibat tetapi saya juga merasakan anda di luar sana juga sedar akan situasi 'boneka' dalam industri k-pop kini. Terbaru, mereka mencuba untuk memasuki 'pasaran negara yang mempunyai populasi tertinggi'. Bayangkan andai misi ini berjaya, mereka dapat memecahkan pasaran yang paling sukar untuk ditembusi dan sekaligus mengaut keuntungan yang berlipat-ganda. Malah, misi pendukung kuat mereka juga dapat disebar. Ramai yang membalas, ini merupakan kenyataan yang 'tidak siuman'. Tanpa memikir panjang, sesiapa yang menjadi pengikut merekalah sebenarnya yang menjadi 'tidak siuman' angkara menerima sahaja tiap yang 'dihidangkan' di telinga, asal sedap dek di pendengaran.
Kalian, mereka yang megah di atas pentas... juga manusia biasa seperti kita. Bezanya, mereka ada kuasa di pentas. Ada diantara mereka yang terpaksa melaksanakan misi tersebut (bukan saya hendak memadang rendah) mungkin disebabkan faktor ekonomi, ingin hidup mewah ,populariti atau apa sahaja. Malah mungkin tidak keterlaluan untuk saya katakan di sini, mungkin juga mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang mereka lakukan, segala aspek: koreografi, solekan, pakaian, simbol dan latar belakang. Kesemuanya dibawah kuasa pihak agensi. Agensi yang hanya tahu mengaut keuntungan!
Sayangnya, tidak ramai yang mahu terima kenyataan ini kerana amat 'mengagumi' mereka. Kalian, siapa mereka? Idola? Ya, benar mereka adalah 'idola' anda. (Sila semak makna sebenar idola). Hakikatnya, tiada siapa boleh menjadi idola kita,sama sekali tidak ada!.Sekali lagi, anda benar menginginkan seorang 'idola' dalam hidup anda? (maaf andai bahasa ini agak kasar)
Kehadiran saya di sini bukanlah untuk membuka lembaran 'ini tidak boleh', 'ini tidak boleh'.. 'ini tidak boleh'.. kerana itu saya ingin anda bersama untuk memikirkan bersama sejauh mana 'boleh' kita telusuri arena muzik k-pop. Saya amat dikenali dalam kalangan rakan-rakan sebagai 'pendengar k-pop'. Dalam hati saya ada seribu macam pergolakan. Ya, saya mendengar muzik-muzik mereka. Tidak, saya menolak misi yang mereka jalankan. Kesimpulannya, mudah. Saya melarikan diri daripada muzik barat setelah mendapati terlalu kurang siuman muzik yang dibawakan. Saya memasuki muzik k-pop, kurang siuman itu juga telah bertapak. Alangkah kasihan, sebenarnya barat dan Korea itu ada bezanya, baik dari segi masyarakatnya, budaya dan identitinya. Namun, nyatanya kini, ia serupa. Siapa tiru siapa? Siapa boneka?
Banyak yang berkata, 'rileks la..', 'chill arh', mana mungkin hanya sekadar muzik menyesatkan kita. Alahai, kasihan ya... terlalu butakah kita? Bukankah tiap kata itu adalah doa?
Mungkin, hari ini 'misi' tersebut tidak berjaya memperdaya kita, tapi bagaimana dengan generasi akan datang? Sekebal kitakah pendiriannya? Secerdik kitakah akalnya? Tolong, tolong beritakan 'misi' ini agar nanti tiada siapa yang menjadi 'katak dibawah tempurung'. Tolong, tolong beritakan 'berjaga-jaga' agar nanti tiada siapa menjadi 'boneka'.
(maaf, mungkin bahasa saya terlalu sukar untuk difahami)
Kalian, aku menulis berdasarkan apa yang aku lihat, dengar dan fikirkan, ini pendapatku.Terlalu kurang informasi dan keterbatasan ilmuku menyebabkan aku hanya bisa mengeluarkan kata-kata ini.

sekadar gambar hiasan... |
sy ska cra isi yg awk tls ..huhuhuhu
BalasPadamdreamer/ m....r (hehehe)
BalasPadamterima kasih.. selalulah berkunjung ke mari, semoga apa yang cuba saya sampaikan dapat memberi manfaat.
Dah lama awak tak menulis kat blog awak..kan?