Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

buat sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t. Memasuki minggu pertama semester 3, ditempuhi dengan 1001 macam kondisi. Gembira iya. Kecewa iya. Sedih iya. Teruja iya. Apabila memikirkan 'keseronokan' kawan-kawan yang lain menikmati hari libur bersama keluarga, automatik cemburu merajai hati. Lantas saya berkata, "tahun depan, taknak ambil short semester,la!" Tapi saya tahu, jauh di sudut hati masih tersimpan rasa semangat dan berkorban waktu cuti demi menghabiskan subjek secepat yang mungkin. Diri yang tak seberapa nak sihat, mungkin sarat menanggung rindu pada ibubapa tercinta di bumi Borneo. Seakan ingin saja waktu ini berputar dengan secepat-cepatnya. Di awal semester, lumrah bertemu wajah-wajah baru yang bakal menemani perjuangan kelak. Tapi, tidak pernah saya terbayang akan 'kehilangan' seorang sahabat dalam tempoh terdekat ini. Walaupun adakalanya ada rasa berkecil hati, tapi sebagai seorang sahabat, saya haruslah memahami situasinya sekarang. Semo

Rooftop Prince

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t. Seperti yang terpapar kat tajuk di atas, saya tidak berniat untuk menceritakan sinopsis drama tersebut. Rasanya beratus mungkin juga beribu blog yang bercerita mengenainya. Apa yang dapat saya katakan, saya mencadangkan anda untuk menontonnya. Secara jujurnya, sejak awal saya tidak tergerak untuk menonton drama tersebut setelah mengetahui kronologinya. Saya merupakan peminat cerita Sageuk-historical drama (Korean) dan apabila drama ini meng'kombinasi'kan latar masa Joseon dan Seoul, ada rasa kurang senang yang bertapak. Tetapi, persepsi saya berubah tatkala watak Putera Mahkota Lee Kak dan tiga pengawalnya datang ke Seoul. Bagi saya, watak merekalah yang membuatkan saya untuk terus mengikuti drama ini sampai ke penamatnya. Memang tak kering gusilah...hehehe Selepas Sungkyunkwan Scandal, inilah drama kedua saya melihat 'lakonan' Park Yoo Chung. Sama halnya dengan aktor muda Lee Min Ho (bukan Lee Min Ho City Hunter/BOF/

Gembira

بسم الله الرحمن المحيم Assalamualaikum w.b.t... Lama tidak berbicara di sini, sebetulnya acapkali saya menaip tapi hanya tinggal nota-nota yang tersimpan. Terlalu banyak yang ingin dikisahkan tetapi akal sering menghalang daripada terus memaparkan kata-kata yang mungkin tidak bisa dikongsi dengan yang lain atau mungkin juga hemat saya tidak bermanfaat pada kalian. Berada dalam situasi yang gembira tetapi tidak dapat disuarakan pada yang lain. Itulah situasi saya semenjak akhir-akhir ini. Tipu andai tidak terselit seribu kebahagiaan tapi ada rasa tawar yang terselit dihujung tawa. Andai dikhabarkan, lumrah saya juga manusia, tapi setelah diluahkan rasa janggal. Terus saya putuskan untuk berdiam, takut andai kebahagiaan yang dirasa bakal bertukar penyesalan.  Pernah dengar kata ini? Kita merasa 'cemburu' andai kawan kita skor lebih daripada kita,tapi andai kawan skor lebih rendah, ada rasa 'kasihan' dan 'serba salah' yang menerpa. Mungkin kita sedar,

Lakaran hitam putih

Assalamualaikum w.b.t. Melewati hari-hari cuti tanpa agenda dan aktiviti memang membosankan. Sebelum ini, waktu seperti inilah yang dinanti. Minggu lalu saya meminta teman daripada seorang sahabat internasional untuk menemani saya ke pekan yang berdekatan (memandangkan semua sahabat2 tempatan balik kampung) untuk membeli cds historikal drama Korea. Hasilnya, kedua-dua drama historikal itu (44episod) saya habiskan dalam masa 2hari kerana kebiasaan mempercepatkan (forward) cerita pada waktu-waktu kuliah/kelas. Selain itu, saya sibuk dengan menerima 'teman-teman' baru yang menjadikan kompartmen saya 'full house". Memikirkan ini sahaja peluang dan kemampuan yang saya miliki, semoga bermanfaat buat yang lain. Tidak enak untuk saya mencuri waktu kalian, maka ini ada sedikit hasil tangan saya di saat-saat akhir semester 2. watak ni saya ambil daripada komik roomate saya, Fiza.. rasanya inilah pertama kali lukisan saya lengkap dari rambut ke kaki. Sebab tu banyak yang 

permulaan cuti semester 2

Assalamualaikum w.b.t. Akhirnya, berlabuh sudah semester 2 saya pukul 11 pagi tadi. Seandainya tiada istilah semester 3 selepas ini, pasti esok dengan senyum lebar saya mengusung bagasi ke lapangan terbang. Ya, masih segar degup gembira semester lalu apabila kembali ke teratak selepas 4bulan berada di perantauan. Kalau ditanya kenapa tak balik, selalu saya jawab beserta senyuman. Tiada siapa yang mungkin mengerti apa yang bergolak dalam  qalbu ni. Biarlah, hanya ALLAH yang tahu. Sesungguhnya, tiap kali perkataan "cuti" bertapak di jadual saya, tangisan pasti mengalir cuma saya masih punya 'pendirian' yang saya pegang untuk tidak memperlihatkannya di hadapan yang lain. Pahitnya, sakitnya tangisan itu cuma saya dan mereka yang berhadapan situasi seperti saya sahaja yang memahaminya. 'Ketabahan' dan 'kekuatan semangat' yang kami tonjolkan bukan bermakna kami ego tapi kami punya sebab tersendiri yang mana hanya terpendam di sanubari. Bukan soal wang j